Muslim Mother

Minta Bantuan dari Tuhan

Boleh saya kongsi cerita? Dalam hidup kita sebagai seseorang (samada sebagai ibu, isteri, engineer (read as en-ji-nia) mahupun usahawan) pasti ada waktu yang sukar. Sukar sampai mata tak boleh lena. Sukar sampai rasa nak putus asa dan ini semua tak pernah bermula. Pada waktu itu tiba, jangan sangka ianya adalah

Read More →

o-MOTHER-HUGS-BABY-facebook

7 Tips Berpisah Susu Ibu Tanpa Kecederaan Emosi | surayaali.com

Berpisah susu ibu adalah dimana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya dimana anak mula mengambil makanan lain selain susu ibu. Ianya proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah ditangan ibu dan anak serta bukannya disebabkan orang sekeliling. Waktu yang Sesuai untuk Berpisah Susu American Academy of Pediatrics

Read More →

Teknik Marketing

9 Idea Marketing untuk Hari Merdeka

Pastilah 31 Ogos adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia seterusnya 16 September sempena hari penubuhan Malaysia. Merdeka itu pada jiwa. Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan dan mempunyai alat pemasaran secara online, ini idea marketing (pemasaran) untuk hari Merdeka. Tak dapat buat semua pun tak apa. Cuba sekurang-kurangnya satu (dahulu) dan

Read More →

birthday-celebrations-9

9 Tips Marketing Sempena Hari Lahir

  Ada apa dengan hari lahir? Ianya adalah segala-galanya bagi sesetengah (atau kebanyakan) orang. Di usia ini — hari lahir adalah seperti hari hari yang lain. Bezanya ialah ianya istimewa apabila diraikan bersama sahabat dan keluarga yang disayangi. Dari awal bulan Ogos saya menerima SMS dan emel voucher sempena bulan

Read More →

How-Successful-Women-Manage-Their-Time-503568751

9 Tips Menguruskan Masa

Masa asalah aset kita — sama seperti kesihatan dan semangat dalaman. Tak ada yang boleh terbazir. Nama applikasi ini ialah Time Tune — ianya percuma. Hanya download di Play Store. Cara menggunakannya hanya masukkan apa yang kita lakukan dan tempoh masanya. Ada tag maksudnya nama group besar macam — reading,

Read More →

Pair of shoes in row against wall

TIPS MARKETING PERSONAL BRANDING — PART 1

TIPS MARKETING PERSONAL BRANDING  — PART 1 3K  IAITU KAREKTOR, KONSISTEN DAN KEKERAPAN Harini saya kongsikan tips pertama dari 3KENAL iaitu 3K untuk kawan kawan bisnes. Ini antara petua marketing yang sering saya kongsikan bersama pasukan dan juga adik adik berhampiran. Bahagian satu ialah 3 K iaitu karektor + konsisten

Read More →

helping-children-deal-with-anger

6 Teknik Ibubapa Berhadapan dengan Anak yang Pemarah

Berhadapan dengan anak yang pemarah atau mudah marah bukanlah mudah jika ibubapa tidak mempunyai ilmu. Enam perkara ini dapat membantu ibubapa menjadi ibubapa yang bijak apabila berhadapan dengan anak yang pemarah biar berapa pun usianya. Seawal usia anak dua ke tiga tahun kita akan dapat mengesan anak yang mudah naik marah

Read More →

Baby bottles with days of the week on adhesive notes

Berapa Banyak (oz) Bayi Minum Susu Ibu

Berapa Banyak (oz) Bayi Minum Susu Ibu Artikel ini adalah mengenai berapa banyak atau oz kah yang akan diminum oleh bayi yang minum susu ibu (melalui botol) sewaktu ibunya bekerja. Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah Ibu risau berapa oz bayi minum susu ibu Bila

Read More →

Tired Mother Suffering From Post Natal Depression

Bagaimana Jika Saya Mahu Menyusukan Semula (Relaktasi)

Ruangan Laktasi Pa&Ma, Julai 2009 Oleh Puan Suraya Ali   Bagaimana Jika Saya Mahu Menyusukan Semula (Relaktasi) Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan. Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya

Read More →

wpid-wp-1459640598208.jpg

Program Saintis Muda Muslim

Hari Sabtu 2 April 2016 saya bawa anak anak ke Program Saintis Muda Muslim di Taman Tasik Cempaka Bangi. Ayah anak anak pun mesti ikut untuk quality time haha dengan alasan –> Mommy tak tahu nak parking mana nanti. Kami sampai awal 7:34 am. Waktu direkodkan oleh Zikry. Program anjuran

Read More →

1364056755_luchshie-supy

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
– Masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingga naik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa.

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahan perasa mengikut kesesuaian.
Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging dihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlah diangkat.

Leave a Reply

Cari

Kategori

%d bloggers like this: