Month: February 2017
Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.
Program ini merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Untuk maklumat lanjut hubungi :
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd,
2360 Persiaran APEC, 63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Saya seorang usahawan. Kesukaan saya ialah mengajar.
Bukan menunjuk ajar tapi melihat orang yang mahu belajar itu dapat membuat perubahan dalam kehidupannya.
Dan dalam program ini, perubahan dalam perniagaannya.
Pemasaran ialah memberitahu. Ia adalah perkongsian ilmu sepanjang saya mengusahakan perniagaan.
Ianya ilmu yang terbukti betul dan salah pada saya.
Biarpun ianya mungkin berbeza untuk Tuan/Puan, namun penilaian itu pada pihak penerima.
Walaubagaimanapun, ianya akan jadi ilmu mahal untuk ejen perubahan dalam perniagaan anda pastinya!
Cara menyertai Program eUsahawan ialah:
1. Daftar di link ini
2. Pilih tarikh yang bersesuaian dengan anda
Temui Puan Suraya Ali, details di link ini
Setelah mendaftar, kehadiran adalah wajib (pada tarikh itu). Ianya kerana pendaftaran kita itu telah mengambil tempat satu rakyat Malaysia.
Kelas percuma ini adalah inisiatif kerajaan untuk rakyat.
Kita ambil apabila bertanggungjawab untuk menggunakannya ya!
Perubahan bermula dari kita.
Nama saya Suraya Ali dan merupakan seorang Trainer eUsahawan yang diiktiraf.
Mendapat pendidikan ijazah IT di University Multimedia dalam jurusan Data Communications.
Saya mula menulis di blog sejak berusia 18 tahun iaitu pada tahun 2000 ketika Internet mula berada di Malaysia.
Inspirasi memulakan perniagaan Lunatots juga bermula daripada penulisan di blog.
Keyakinan terhadap masa depan dunia serba terbuka iaitu Internet memang mengujakan saya.
Saya percaya, Internet akan membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Penyebaran ilmu dan peningkatan keyakinan semakin bertambah dengan adanya Internet.
Sebagai usahawan, kita tidak boleh takut atau mengelak dengan kepesatan dunia teknologi ini.
Ini juga adalah cabaran.
Upgrade ilmu kita tentang dunia Digital Marketing bersama eUsahawan.
eUsahawan merupakan sebuah program anjuran MDEC yang membantu rakyat Malaysia samada yang sedang berniaga untuk mula meng’online’kan perniagaan mereka.
Individu yang mahu memulakan perniagaan secara online juga dijemput hadir.
Program sehari ini akan dikendalikan oleh hanya trainer eUsahawan yang telah menghadiri kursus dan ujian serta latihan intensif.
Tahun ini adalah tahun ketiga eUsahawan dianjurkan di Malaysia.
Besar harapan kami untuk melihat dunia perniagaan online diterima dan digunakan sepenuhnya oleh usahawan di Malaysia.
Bercerita tentang semangat kebangsaan, memang membuatkan saya bertenaga dan menemui kembali punca.
Tidak banyak yang sudah saya sumbangkan kepada Malaysia yang telah banyak berjasa.
Sumbangan dari sudut berkongsi ilmu dan menjayakan program eUsahawan ini adalah antara langkah pertama.
Ilmu perniagaan sepanjang perjalanan keusahawanan juga saya kongsikan.
Jumpa di kelas eUsahawan.
Daftar di bit.ly/eupuansurayaali
Setiap kelas mempunyai 30 peserta sahaja bagi memastikan kualiti penyampaian dan penerimaan.
Program ini akan berakhir dengan segera, dan jadilah sebahagian daripada yang PANTAS mengambil tindakan dan mengoptimakan PELUANG.
Bagi individu yang mahu mendaftar:
Daftar eUsahawan di bit.ly/eupuansurayaali
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai kumpulan usahawan dan mahukan kami mengajarnya, emel puansurayaali@gmail.com ya!
Kawan kawan bersungguh sungguh SHARE artikel artikel sebelum ini.
Ianya usaha yang saya (tak akan jemu) doakan kejayaannya.
Saya teruskan penulisan ya.
Nak ambil hati pelanggan ni macamana Cik Sue?
Pertama sekali — kita mesti mempunyai hati.
Pernah dengar tak “Hanya orang yang ada boleh memberi”
Sebab kita hanya boleh beri apa kita ada.
Macam dalam keluarga, ibubapa yang gembira membesarkan anak anak yang gembira.
Guru yang bijaksana melahirkan murid tulis dan baca.
Doktor yang sihat baru boleh merawat.
Malah pakar psikologi juga kena sentiasa (kekal) berada dalam keadaan positif.
Agar dapat membantu orang lain.
Jadi kita mahu beri apa pada pelanggan kita?
Mahu beri kegembiraan, mahu mereka berjaya menyusu.
Kita juga mahu mereka menikmati kehidupan dengan anak anak yang sihat dan bijak.
Kata tim Lunatots dan The Milk Story.
Gembira — lah dahulu (dari awal pagi).
Dan sepanjang hari itu kita akan berjumpa pelanggan yang pengasih dan lembut hatinya.
Usah awal pagi terus update status “Hidup ini kadangkala mencengkam perasaanku ehhh.”
Kena atur strategi dulu.
Kita nak ambil hati dari sudut mana.
Biasanya ada tiga bahagian dan kita pilih mahu ‘terel’ dimana.
Maksudnya bersaing dan menghasilkan produk yang kompetitif dari sudut harga.
Sebab banyak kos dapat dikurangkan.
Maybe dengan penggunaan mesin baru atau teknologi.
Macam kebanyakan yang berada di pasaraya dan mass market.
Atau kedai printing yang dapat beri harga murah.
Maksudnya mahu mengetengahkan jenama dan buat orang berbangga dengannya.
Tidak ramai yang dapat melakukan perkara ini.
Belajar dari brand yang kita suka gunakannya ya.
Pendek kata ‘die hard fan’.
Bagaimana brand itu dapat (hati) kita?
Sangat intim dengan pelanggan.
Macam Dominos Pizza yang kasi kupon untuk next purchase kalau pizza kita sampai lambat.
Gambar saya ketika berkongsi ilmu dengan usahawan didalam kelas eusahawan
Tetapkan kita dan syarikat yang membawa jenama ni nak buat yang mana dulu.
Nak tiga- tiga? Mestilah!
Tapi biasanya sebagai syarikat comel yang sedang berusaha lagipun kita masih muda (perlukah statement ini) — ambil satu dahulu.
Baru mudah nak atur strategi dan taktik teknik seterusnya.
Kenal pasti dan bercakap bahasa mereka.
Memang customer kita mungkin perempuan berusia 25 hingga 35 tahun.
Anda tahukan mereka bercakap bahasa berbeza biarpun dalam range usia yang sama.
Ada yang cakap “Sorry Sis, Sis terlupa nak bank in semalam. Sis mengantuk. Sis tak marah kan?”
Ada yang “Babe, ko ok ke babe?”
Ada yang ” Boleh saya bantu Puan?”
Dah tu customer kita yang mana satukah?
Nak semua?
Boleh. Tapi taktiknya lain lain untuk kumpulan yang berbeza.
Lagi senang kalau kita sendiri berada dalam etnik (ha etnik?) yang sama.
Fahami preference mereka.
Ada 3 jenis customer yang datang je kedai atau kedai online kita.
3 je Cik Sue? Haha. Iye. Ramai.
30 million rakyat Malaysia — ramai meno tu.
Grupkan 3 dulu senang hihi.
Suka benda cantik macam poster kita, flyers, sales person. Haha.
Tak semestinya lelaki je. Perempuan pun ramai yang sukakan perkara cantik dan selesa dipandang.
Jadi untuk customer ini (jika datang kedai)
Sebaik sahaja melangkah masuk kedai kita, mereka akan melihat sekeliling seperti siling, dinding, langsir dan seterusnya rak.
Tunjuk flyers, poster dan gambar kita masuk TV atau majalah.
Kemudian biarkannya menelek.
Dia mahu masa.
Hantarkan poster dan testimonial yang comel lah sikit.
Biasakan buat yang comel terus jadi senang beri yang sama pada semua customer.
Selalu beritahunya perkataan perkataan ini “Ramai customer kami gembira bila NAMPAK perubahan pada susu nya Puan”
Atau “Puan ambil Milk Story dan Puan akan LIHAT perubahan dalam tiga ke empat hari”
Ayat ayat yang berkaitan dengan perbuatan melihat.
Dia suka dengar penerangan. Kalau kita dah beri flyers ditangannya dan dia masih bertanya, maksudnya dia mahukan penerangan.
Teruskan memberitahunya point point didalam flyers.
Usah suruhnya baca.
Usah copy paste keterangan senafas panjang gila ayat dalam satu dialog.
Pecahkan. Jadi pendek pendek.
Senang dia nak hadam.
Juga banyakkan perkataan seperti “Puan beritahu kami ya, kami DENGAR”
Atau testimoni “Pelanggan kami selalu MENGADU perkara yang sama seperti yang Puan KATAKAN”
Perkataan seperti BERITAHU, TANYA sangat merangsang mereka.
Jenis pelanggan ini perlukan pergerakan mencuba.
Jika di kedai, berinya cuba try test.
Dia akan sangat sukakannya sebab itu caranya memahami sesuatu.
Atau ambil kertas kosong dan lakar dihadapannya. Kalau boleh berikannya pensel jika mahu tambah apa apa.
Perasan tak doktor selalu lukiskan untuk kita bila dia nak beritahu jantung, buah pinggang dan usus dok tang mana?
Cara penerangan doktor itu mencombinekan orang visual + auditory + kinestetik.
Hantarkannya video cara menggunakan.
Berikan testimonial yang banyak perkataan-perkatan ini.
CARA CARANYA IALAH.
“Puan nak CUBA …..”
“Nanti TANYA sahaja” biar dia macam boleh berbuat (sesuatu).
Ok dah panjang sangat ni.
Kita ke tips seterusnya pula.
Sebut namanya. Jika Pelangi Mendung nama FB nya — tanyakan bagaimana boleh kita panggil dia.
Usah terus panggil Mendung — dia bukan adik sepupu kita yang masa kecil kita main dengannya dikampung dahulu bersama.
Kalau di kedai, sudah tanya tu — hafal.
Usah beritahunya kelemahan kita ni susah hafal nama.
Dia tak kisah.
Namun bila kita sebut namanya berkali kali, dia akan sangat jatuh hati.
Namakan hadiah pertama yang ibu bapa kita beri.
Tips kalau tersalah panggil nama please Cik Sue?
Katakan kita dok panggil dia Aisyah, nama dia Fatimah.
Bila dia betulkan “Saya Fatimah Cik Sue” itupun selepas tak tahan kita dok sebut Aisyah Aisyah berkali kali.Sebut “Saya minta maaf Puan Fatimah. Saya ada cikgu nama Puan Aisyah dan dia sangat cantik dan baik iras Puan Fatimah. Sampai terkeliru saya.”
Jangan panjang-panjangkan yang saya ni memang tak ingat nama. Sehari ada 365 orang jumpa saya — amboi. Ok lah, gurau.
Takpun mesti kita berbangga dengan invention pensel dan kertas kan.
Tulis nama dia atas kertas tu masa dia beritahu nama.
Atau kat tangan pun boleh — guna pen.
Buatlah apa sahaja.
Asal dapat buat pelanggan gembira.
Ada rezekinya, mereka membeli dari kita.
Andai bukan rezekinya dan mereka membeli ditempat lain pun tak apa.
Lain kali mereka berkunjung juga inshaAllah.
Teruskan buat baik ya kawan kawan usahawan.
Berilah apa yang kita ada.
Belajar lagi di kelas eusahawan di bit.ly/euonline2017 (daftar di link ini)
Artikel ini untuk membantu memudahkan kawan-kawan yang mahu memindahkan gambar dari Facebook ke laptop.
Sebenarnya gambar kita akan dipindahkan ke emel terlebih dahulu ya.
Bersedia untuk pindah gambar?
Ha sebelum tu, kenapa nak pindah?
Ada yang mahu buat backup jika sesuatu berlaku kepada Facebook Account mereka.
Maklumlah segala-galanya ada didalam sana.
Dari kisah anak pertama sampailah anak ke lima hihi.
Klik butang tiga segi dihujung sana.
Tapi sebelum apa-apa mestilah login akaun dahulu kan.
Siapa yang belum mengikuti FB Page saya — dibawah ini adalah FB penulis ya!
Klik Settings.
Segala-galanya bermula dari setting disini.
Tengok di bahagian General.
Bawah sekali ada Download a Copy kan? Klik situ.
Of course Facebook akan tanya password kita dahulu.
Masukkanlah — jangan terlupa pula.
Ni dia kata, ambil masa sikit.
Masa sebenar — bergantung kepada berapa besaq saiz arkib negara kita itu.
Segala mala post, gambar, mesej, video akan didownload tau tak buleh pilih-pilih tak mahu simpan yang hat gambaq kekasih lama dah takkan tak delete lagi hihi.
Nanti keluar notification bahawa harta kita itu akan dihantar ke emel.
Pastikan emel tak penuh supaya dapat menerima gambar dan segala yang dipindahkan itu dengan hati yang terbuka ya!
Nak baca lagi banyak dari laman web Facebook klik sini
Nak dapat tips guna Instagram? Klik sini
Segala langkah diatas dilakukan menggunakan komputer atau laptop dan bukannya handphone.
Maybe interface jika guna handphone berlainan sedikit tapi pasti tak jauh bezanya.
“Sebagai orang yang buat online bisnes, lepas saya mesej pelanggan dan beritahu harga — mereka diam. Kalau ada bunyi pun bunyi krik krik. Apa saya nak buat ya untuk buatkan pelanggan membeli dari saya ya?”
Bagus soalan tu. Berbentuk kata kerja —
Jom kita explore sama sama.
Tiap kali nak reply mesej pelanggan tu kena perbetoi mindset kita toksah dok kata “customer ni tanya ja ni bukan nak beli”.
Kita ni ada mahkluk aura.
Kita boleh hantaq signal kepada sesama manusia seperti signal “aku suka sembang dengan hang” mahupun signal “menyampah sungguh aih”.
Jadi toksah hantaq aura “pelanggan ni bukan mau beli pun”. Hantaq aura “Ok — pelanggan ni nak beli ni. Harini.”
Ambil tahu tentang dia. Yang berkaitan dengan bisneslah.
Umur anak berapa bulan. Ini anak keberapa. Pernah menyusu tak sebelum ni. Bekerja dak. Sempat pam susu 3 jam sekali tak.
👆 Semua info ni nak guna untuk kita bantu dia (kalau produk kita Milk Story lah)
Jangan tanya macam inspektor ka peguam dalam mahkamah. Tanya lembut lembut.
Macam kawan.
Kawan yang kisah.
Ceritakan pengalaman. Lepas dia cerita tentang dia, berceritalah sikit.
Habaq mai dulu pun kita pernah mengalaminya (masalah yang sama).
Kut tak pernah alami, hantar testimonial beritahu ini customer yang hampir sama kisahnya dengan dia.
Manusia ni self centered. Kita suka cerita tentang kita — me, me, me.
Korbankan sikit perhatian untuk diri kita tu, relatekan banyak cerita dengan pelanggan dan mereka akan rasa selesa dengan kita.
Cari satu keywords dalam conversation tu.
Mesti ada macam perkataan — risau.
Atau bekerja dan tak tahu nak handle susu ibu —
Dah jumpa keyword, identify apa masalah
Kadang perkataan tu disebut berulang kali oleh pelanggan kita.
Ulang sebut dan selesaikan masalah keyword itu.
Contohnya dia kata dia risau susu dia kurang.
Tanya semula “Puan risau susu Puan kurang ya?”
“Kami faham Puan, ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak”
“Kita cuba ya Milk Story — supaya Puan kurang risau”
Ini kalau Milk Story 👆👆
Speed is king.
Tips ini bukan untuk mereka yang ada waktu urusniaga online.
Ini khas untuk mereka yang ligan siang malam nak capai target jualan.
Nak target jualan tu selalunya semakin dan semakin tinggi diletakkan.
Kalau orang tanya di page pukul 8 malam — kalau boleh 7.59pm dah jawab. Haha maksudnya kena cepat.
Tak bolehlah 8 pagi esok.
Perasaan orang nak membeli ni lain macam.
Unless kalau kita tinggalkan auto reply message yang kita tak reply malam dan minta dia buat pembelian di website.
Tapi nak tahu tak kalau kita dapat reply dia malam tu — dia mungkin adalah seorang pembeli yang serius.
Peluang adalah 50/50 tapi masih tinggi 💪
Reply segera ya.
Pakejkan dan cadangkan pakej.
Ada tekniknya juga. Orang tu tanya harga untuk satu, kita kasi harga untuk tiga. Dia mungkin sakit hati hisy.
Ada tekniknya.
Mulakan dengan ayat “Bagaimana jika saya cadangkan pakej untuk Puan? Ia lebih jimat. Boleh Puan?” (Minta kebenaran)
Siapa tak suka jimat?
InshaAllah dia jawab “Boleh”
Barulah berikan poster. Dan jangan berhenti di situ.
Selalu tanya soalan.
Lepas beri poster. Tanya nya “Berapa umur baby Puan?” Rujuk tips yang ke#2
Bila kita tanya soalan, usah hamburkan semua soalan depan dia. Step by step.
Lepas dia jawab — kasi pakej.
Tanya lagi soalan. Dia jawab lagi.
Kasi tips —
Tanya lagi.
Dia jawab lagi —
Kasi testimonial.
Tanya lagi soalan.
Jangan jadi jurujual yang orang tanya soalan dan kita jawab lepastu dua dua diam.
Bagaimana kalau pelanggan tak tanya soalan dah lepastu dan terus keluar kedai kita?
Dapatkan cara untuk hubungi dia.
Katalah dia belum mahu beli.
“Nantilah ye dik” katanya.
Jawab “Tak apa Puan.”
Sambung “Oh ya boleh kami dapatkan no WhatsApp Puan? Ini bagi memastikan Puan mendapat informasi berkenaan penyusuan”
Orang beli produk kita untuk apa?
Offer ilmu tentang apa sebab orang membeli.
Contohnya orang beli gergaji untuk memotong kayu. Offer nak beri ilmu tentang cara membina rumah kayu atau reban ayam.
(Maksudnya dia beli gergaji untuk apa)
Jadilah kawan kepada pelanggan.
Kalau dia tak perlukan produk kita — beritahunya tak perlu beli lagi. Lain kali sahaja.
Ada harga promosi — beritahunya kita mahu dia jimat duit beli waktu sekarang.
Semua orang suka beli dari kawan dia.
Kawan ialah manusia yang kisah tentang kita.
Tunjukkan yang kita kisah tentang pelanggan kita ya.
Ikhlas la nohh wahai semua usahawan online bisnes.
Puan Suraya Ali