Saya update blog kerana saya ingat sebab utama saya beli smart phone ialah –>untuk update blog
Tapi selepas saya ada smart phone saya suka ke Facebook
Katanya lebih interaktif dan menarik (dan lebih ramai kawan hihi)

Sekarang saya teringat semula sebab itu dan kembali kepada sebab tersebut
Kembali menulis
Tulisan ini untuk diri saya sendiri, generasi dan sesiapa sahaja agar mendapat manfaat daripadanya
Amin

Sebab kedua, saya segan jika tulisan saya di blog sangat ringan
Ini contoh malu tidak bertempat
Sepertilah status saya tulis di FB itu sangat ‘berat’ ๐Ÿ˜›
Jadi apakata saya tulis apa yang saya tulis di FB di blog?

Eh eh balik ke tajuk
(Suka lompat lompat kemudian tak ingat jalan pulang hihi)

Saya membaca coretan dinding FB Dato’ Roslan Ab Hamid
Katanya semalam
(Betul, dia beritahu saya dan kita semua)

Roslan Ab Hamid
Yesterday at 2:00pmย ยท

Pantang larang besar. Usah dilanggar. Ini soalan seluang lincah di tasik.
“Awak kerja di mana. Awak bisnes apa?”
Jerung di lautan tidak bertanya begitu. Lelaki dan wanita berdarjat meletakkan dirinya bebih besar dari kerjanya.
Pertanyaan betul adalah, “Bagaimana tuan @ cikpuanmenghabiskan masa sehari hari”

Ini pertanyaan darjat tinggi. Orang kaya dan berjaya tidak bekerja. Mereka seronok dengan apa yang mereka lakukan.
Ubah soalan dan orang berdarjat akan tahu samada kita seluang di tasik atau jerung di lautan.

Dalam maksudnya
Lebih dari maksud kaya dan kerja yang saya pernah faham
Sampai saya tak dapat lelap mata
Sayang jika masa tersebut digunakan untuk tidur

Meluangkan masa dengan orang yang saya selesa dan gembira dengan izin-Nya
Menyiapkan tugasan bagai orang berjaya
Melatih diri supaya terbiasa

Orang berjaya habiskan apa yang dimulakan

Dalami maksud kaya sebelum anda membaca perenggan seterusnya

 

3 Sebab Kenapa Kita Mesti Kaya

1. Yang Maha Kaya ada dalam salah satu sifat Allah

88. Al-Ghaniy: ( ุงู„ุบู†ู‰ ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

Sumber daripada Blog Shafiqolbu

Maka ianya sifat yang baik
Sama seperti penyayang
Seperti seperti sifat bijaksana
Saya pilih untuk menjadi kaya

lanya sebab pertama

2. Sebab kedua ialah betapa luasnya ruang kekayaan dalam dunia ini
Abundance
Melimpah ruahnya kekayaan Allah itu sehinggakan bukan satu orang sahaja yang terpilih untuk kaya sehinggakan tiada ruang untuk kita
Malah sekiranya kita kaya bukannya kerana mengambil tempat orang lain dimana pada awalnya dia yang patut kaya
Ruang kekayaan melimpah ruah untuk kita semua
Sebab kedua iaitu : Kita sentiasa ada peluang dan ruang untuk jadi kaya

Pernah dengar jangan salahkan sesiapa bila lahir tidak kaya
Namun berasa bersalahlah bila mati dalam keadaan tidak kaya

3. Tiada jaminan kita akan kaya namun Allah janjikan bahagian untuk mereka yang berusaha

DAN janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda,
ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).

(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;

(maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa’: 32)

Usah berharap dari manusia
Harap pada janji Allah
Hati dan hidayah milik Dia
Jalankan tanggungjawab
Berkerja bagaikan bermain
Bermain sungguh sungguh bagai satu pasukan yang tidak boleh kurang seorang

Saya bersyukur punya ruang ibadah dimana adik-adik di Lunatots adalah tanggungjawab saya selagi Allah benarkan

Untuk sama sama kami melihat betapa mulianya pekerjaan yang menyenangkan insan lain dan banyaknya pahala Muslim yang bersungguh sungguh.

Sebab ketiga ialah : Ianya janji Allah untuk yang berusaha jadi saya percaya waktunya akan tiba untuk kami semua hatta dengan sekelipan mata jika Allah mahu beri

Itik

Bagai kayuhan itik yang tenang dari atas air
Pasti usaha berterusan dibahagian bawah
Bukan sedikit pengorbanan atau perkara yang perlu dilakukan dalam mencapai sesuatu
Cuma anda mahu atau anda mahu?
(Tiada pilihan ๐Ÿ˜› )

 

Leave a Reply