4 Insanities Directive Communication Psychology

Blog

DC1

Hari ini merupakan hari pertama Program TTT Directive Communications (DC) Psychology.

Lokasi ialah di The Gardens, Mid Valley.

Program DC ini dibangunkan oleh Arthur Carmazzi, Leadership Guru No 8
Rujukan mengenai senarai Leadership GuruĀ di laman web ini

Trainer yang membantu menjelaskan kefahaman tentang DC di Malaysia ialah Lily Lau dari Culture Dynamics.

Asas DC Psychology ialah bagaimana reaksi kita boleh dipengaruhi oleh persekitaran kita dan dalam masa yang sama, kelakuan kita juga menyumbang serta mampu mengubah sekeliling kita.

Objektif DC Psychology ialah mehasilkan individu dan organisasi yang efektif.
Program DC Psychology bermula dengan kesedaran tentang dua perkara ini iaitu bagaimana seseorang individu memproses informasi dan memenuhi keperluan emosinya.

Hari pertama didalam program ini kami diperkenalkan dengan beberapa perkataan dan juga konsep baru didalam DC Psychology antaranya ialah Being Right, RAS, Encoded Assumption dan juga Rules of Engagement.

Didalam gambar diatas, saya sedang berkongsi dengan kawan-kawan mengenai 4 insanities ataupun kegilaan yang sering berlaku didalam masyarakat kita.

Kegilaan ini adalah topik yang sering menjadikan kita bergaduh sesama kita.
Saling membenci dan tidak dapat bekerja bersama didalam pasukan.
Berpecah belah dan tidak dapat memfokuskan kepada tujuan asal kumpulan.

Kegilaan pertama ialah ‘Common Sense is Obvious’.
Kita sering memandang sesuatu perkara menggunakan kanta saring (filter) kita.
Seperti apa yang pernah kita dibesarkan dan percaya.

Contohnya aktiviti memicit ubat gigi.
Common sense pada sesetengah orang ialah memicitĀ sahaja dari mana mana bahagian.
Namun bagi sesetengah yang lain, common sense bagi memicit ubat gigi adalah memicit dari bahagian bawah.
Biarpun common sense kita berbeza, dengan kefahaman mengenai 4 insanities, kita dapat mengurangkan perselisihan faham antara kita.

 

Kegilaan kedua ialah ‘If I Can Do It, You Can Do It Too’.
Kekecewaan sering berlaku sesama kita apabila kita merasakan orang lain tidak melakukan seperti proses yang pernah kita lakukan untuk mencapai sesuatu.

Orang lain tidak pernah sama dengan kita.
Kita dibesarkan dengan cara yang berbeza oleh individu yang berbeza dalam keadaan yang berbeza.
Bagaimana orang lain mahu melakukannya, berikan ruang autonomous untuk mereka asalkan objektifnya tercapai.
Fokus pada penyelesaian dan bukannya proses.

 

Kegilaan ketiga ialah ‘People Should Be Fair’.
Keadilan bukanlah kesamarataan.
Fair is not equal.

Usah bergaduh mempersoalkan keadilan sesuatu perkara atau keputusan majikan atau orang atasan.

Umpama seorang bapa yang mempunyai 3 orang berusia dari 6 tahun sehingga 20 tahun.
Bapa ini mahu membelikan pakaian untuk ketiga-tiga anaknya.
Sebagai seorang bapa yang adil, dia akan membelikan saiz yang bersesuaian untuk umur mereka dimana anak yang kecil mendapat saiz yang kecil.
Keadilan bukanlah apabila bapa itu membelikan tiga helai baju yang sama saiz untuk keempat-empat anaknya bukan.

Apabila kita berhenti mempersoalkan tentang keadilan keputusan, kita akan lebih tenang dan saling menerima.

Kegilaan keempat ialah ‘Truth is Universal’.
Kebenaran seseorang tidak sama dengan kebenaran kita.
Usah paksa orang lain menerima kebenaran kita yang kita percaya.

Kepercayaan orang Asia dan Eropah, makan dengan senyap iaitu tanpa bunyi adalah sopan.
Namun bagi orang Jepun, kita perlu makan dengan berbunyi untuk menghargai makanan tersebut.

Apabila keempat empat kegilaan atau 4 insanities ini dapat dipadam terus dari diri kita dan organisasi, ianya memberikan ruang yang cukup besar untuk kita saling menerima dan berinteraksi dengan baik.

Ia juga menggalakkan tindakan yang baik untuk diri sendiri dan juga kepada individu lain di sekeliling kita.
Sekaligus ianya akan memperbaiki kualiti kehidupan di tempat kerja ataupun bila bersama keluarga.

Lanjut di laman web DC disini

 

 

1 thought on “4 Insanities Directive Communication Psychology

Leave a Reply