Blog

5 Langkah Menenangkan Keadaan Ketika Marah Anak

Kita ini manusia ada rajuk, marah dan terasa.
Namun sebagai ibubapa banyak yang perlu kita pelajari tanpa berhenti.

Dalam setiap perkara yang anak-anak lakukan dirumah, kadang cepat sahaja kita mahu menggurui.
Kita marah dengan alasan kita sedang menunjuk ajar baik atau buruk.
Cuma marah kita itu juga dalam suara yang tinggi kerana alasan kita sedang ‘mengajar’.

Saya kongsikan 5 langkah yang boleh ibubapa lakukan ketika ‘sesuatu’ berlaku dirumah.

1. Samakan kedudukan.
Katakan berlaku suatu keadaan dimana kita sangat marah. Sangat-sangat marah.
Contohnya anak menconteng dinding.
Sebelum berkata apa-apa dengannya, ingat langkah pertama ini iaitu samakan kedudukan anda dan anak.
Contohnya jika dia berada di lantai, naikkannya di atas kerusi.
Jika anda sedang berdiri, duduk biar sama tahap kedudukan dengan anak.
Ianya kini sebuah perbincangan, bukan kemarahan.

2. Pandang matanya.
Bayangkan situasi ini. Anda sedang memasak didapur dan anak sedang memanjat gril di bahagian pintu hadapan.
Risaukan beliau jatuh, anda memanggil dari dapur “Adik, turun. Nanti jatuh.”
Dan beliau masih tidak mahu turun.
Apakah perasaan anda? Pasti geram bukan.
Sudahlah kita kelam kabut mahu menyiapkan urusan didapur, kini anak tidak mahu mendengar kata pula.
Sedih juga ada.

Selepas ini jika ada sesuatu yang mahu ibu atau ayah tegur, berhentikan apa sahaja kerja kita.
Pergi kepadanya dan ingat langkah 1 iaitu samakan kedudukan dahulu.
Pandang matanya dan beritahu.
Apa yang mahu diberitahu? Kita pergi ke langkah seterusnya.

3. Empati.
Aduh banyaknya langkah sebelum marah haha kata sang ayah.
Mula-mula memang terasa namun bila sudah biasa cepat sahaja skip dari langkah satu ke langkah seterusnya.
Pandang matanya dan bersetuju dahulu “Adik conteng dinding sebab adik rasa seronok?” atau “Adik panjat gril sebab rasa exciting dan mengujakan ya?”
Jawapannya “Ha a” bersahaja aduh makin geramlah sang ibu hihi.
Ini prosesnya — bersetuju dahulu.
Semua orang suka difahami, selesa didengari.

4. Beritahu perasaan.
Ini baru kesempatan kita untuk beritahu perasaan kita dan jangan lupa maklumkan akibatnya.
“Tapi bila Adik conteng dinding, ia membuatkan ayah sangat sedih kerana rumah kita comot” atau
“Bila Adik panjat gril, mama takut Adik jatuh dan kita kelam kabut perlu rawatan di hospital.”

Langkah 4 ini tentang kita. Bukan dia.
Contohnya anak-anak yang bising ketika anda mahu tidur.
Selain berkata “Abang dan Adik selalu bising sampai ayah sakit kepala”
Katakan “Ayah sakit kepala dan perlukan rehat”

It is not about you.
It is about me.
Mereka tidak rasa dituduh. Ia membuatkan mereka berkeyakinan.
Dan elakkan memberitahu anda tidak suka. Maklumkan perasaannya seperti — sedih, runsing, risau.

5. Berikan alternatif.
Berikan cadangan lain seperti “Apakata Adik lukis di buku ini?”
Atau “Adik main lego blocks di bawa sini ya” dan juga “Abang dan Adik keluar bermain diruang tamu”

Cuba dahulu dan ibubapa akan mula merasakan kebaikan dalam aplikasi langkah-langkah ini.
Gambar ialah semasa Program Parenting 212 yang khusus untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia 2 sehingga 12 tahun.

Puan Suraya Ali

CSC_0102

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *