image

Setahun ada 365 hari
Tambahkan keseluruhan jumlah jam saya berada dirumah bermula 1 Januari, ianya mungkin kurang daripada 10 hari.
Saya pulang untuk tidur dan mandi sahaja.

Tiada cuti Sabtu Ahad jauh sekali hari Wesak atau hari Buruh.

Urusan rumah sebelum ini dibantu oleh pembantu rumah dan kini beliau sudah pulang.

lbubapa mertua memberikan sokongan sepenuhnya membantu menjaga anak-anak untuk saya tenang berkerja.

Sehinggalah minggu lepas saya niat mahu meluangkan masa dengan anak anak selama 10 hari dirumah.

Tanpa bantuan bonda kerana atok &opah punya urusan di kampung halaman.

5 Perkara Saya Belajar sepanjang Bergelar Surirumah (3 hari sahaja) ialah

1. Kerja rumah ialah kerja

Sama macam menulis surat, membuat invois, merancang strategi, berjumpa prospek
tanya adalah kerja dan memerlukan skill.

Skill kemahiran bertambah hanya dengan latihan berulang.

Maka surirumah juga ada career pathnya.
Daripada tempoh percubaan, sampailah ke bahagian pengurusan

Ianya juga adalah kerja yang paling mahal gajinya.

Gaji surirumah ialah pahala kebaikan dan anak anak yang mendengar kata.
Hebat bukan!

EPF dan Socso disimpan di sana.
Senyum dan bergembiralah.

Surirumah yang sedang berkarya datam ruangnya meniti pahala.
Tiada satu yang tidak Allah kira.

2. Kerja rumah ialah ibadah

Mudahnya mengutip pahala dirumah.

Membasuh dan menyidai kain baju suami supaya ianya bersih dan boleh digunakan untuk solat dan berkerja.

lbadah yang mulia tak terkira.

Masakkan (panaskan) makanan untuk anak anak.

Juga satu ibadah supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak Adam yang berbakti pada negara dan agama.

lstimewa bergelar Muslim bilamana segalanya dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim,
dapat pahala dengan senang dengan cara menyenangkan orang.

Indah!

3. Berada dirumah adalah asli

Berpeluh kesana kemari, basuh lampin dan masak roti canai (segera) dan tak pakai tudung lawa.

Memang betul-betul seorang Suraya.

Pada ketika ini saya menyedari sesuatu iaitu wanita perlu berasa selesa.

(Dapat mandi sekurang-kurangnya)

Untuk terus bahagia dan membahagiakan seisi keluarga.

4. Anak tak ingat rupa, anak ingat rasa

Seronok bila tahu fakta.

Memang anak kecil tak ingat rupa.

Mereka ingat rasa kenyang, gembira dan dimanja.
Selalu peluk selalu dengar mereka.

Mereka juga faham makna rasa terluka.

Percaya perkara baik pasti akan datang kepada kita semua.

5. Punya masa sendiri

Selepas 3 hari berada bersama yang tiga tiga.

lbubapa saya datang menjengah cucu dan saya berpeluang keluar bersama suami.
Tak jauh cuma ke kedai buku berhampiran sahaja.

Ianya cukup membuatkan saya ceria.

Dan bila saya pulang bersama mereka, saya lebih bertenaga.

Mereka juga nampak lebih segar tanpa ibu mereka buat beberapa ketika.

Salam hormat saya buat semua ibu menyusu, wanita bekerjaya, surirumah yang saya kagumi.
Mereka juga perlu hari.

Macam hari setiausaha, hari buruh, hari kanak kanak.

Satu hari untuk semua surirumah yang berdedikasi dan bervisi.
Tahniah Surirumah!

Leave a Reply