Blog

5 Tips Menyusu untuk Ibu yang Baru Melahirkan

muslim-baby-mom-arms

Melahirkan bayi merupakan satu momen yang tidak akan kita lupa sepanjang kehidupan kita biar jumlah keberapa kalipun bergelar ibu, kan?

Apatah lagi momen menyusukannya. Pasti ianya suatu yang mendebarkan namun bagi ibu yang mempunyai informasi awal, mereka akan lebih bersedia.

Ramai ibu mengadu tentang masalah di awal proses kelahiran terutama masalah penyusuan susu ibu.

Entri ini sebagai panduan dalam menjalani dunia penyusuan.

 

  1. Berat badan bayi akan berkurangan selepas 1 minggu kelahiran.

Bayi yang dilahirkan cukup bulan (38 ke 40 minggu) mempunyai berat 2.72 kg ke 4.08kg. Berat sewaktu lahir (birth weight) difaktorkan oleh beberapa keadaan seperti tempoh kehamilan, jantina bayi, kesihatan ibu, faktor keturunan, nutrisi ibu semasa mengandung, jumlah bayi yang dikandung dan juga kesihatan bayi sewaktu dilahirkan.

Bayi boleh jadi dilahirkan dengan berat yang bukan didalam panduan diatas dan dalam keadaan yang sihat sempurna.

Berat baru lahir dijangka akan susut sepanjang 5 ke 7 hari pertamanya. 17% ke 10% susut berat waktu kelahiran (birth weight) adalah normal bagi bayi yang minum susu ibu. Kebanyakan bayi akan mula kembali ke berat asalnya pada usia 10 ke 14 hari selepas kelahiran. Sekiranya bayi adalah pra-matang mahupun mengalami situasi kesihatan, beratnya akan kembali kepada berat sewaktu lahir waktu minggu ketiga.

Usah tergesa-gesa menambah susu formula jika keadaan ini berlaku kepada bayi anda.

 

  1. Kolustrum adalah makanan terbaik

Kolustrum adalah susu awal manusia yang paling baik untuk tumbesaran bayi anda. Teruskan menyusuinya kerana ia akan memberi nutrisi lengkap untuk bayi tersebut. Kolustrum tidak dihasilkan sebanyak susu ibu matang kerana perut bayi juga masih kecil.

Bagi ibu yang anaknya tidak mengalami sebarang situasi (contohnya berpisah mahupun anak masuk NICU), anda tidak perlu mengepam kolustrum anda.

Cukuplah dengan menyusukan bayi setiap 1 ke 2 jam dan alami momen ini dengan bahagia.

Keadaan kelahiran bayi mempengaruhi cara penyusuannya.

Bagi bayi yang dilahirkan secara trauma, seperti pembedahan, forceps, vacuum atau pengambilan ubat atau dadah oleh ibu, ianya boleh menyebabkan bayi kurang menyusu.

Sokongan keluarga dan ibu yang berpengetahuan dapat membantu bayi menyusu dengan baik.

 

  1. Susukan bayi sebelah payudara

Susu ibu terbahagi kepada dua komposisi iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk). Susu awal mengandungi lebih air sementara susu akhir mengandungi lebih lemak.

Kedua-dua jenis susu ini berada dalam satu payudara.

Oleh itu ibu perlu bertenang dan menyusukan sebelah payudara selama 15 ke 20 minit bagi satu tempoh penyusuan.

Ianya tempoh yang lama jadi ibu perlu duduk dengan selesa, mempunyai bantal menyusu yang selesa mahupun belajar berbaring untuk menyusu.

 

  1. Karektor Bayi Anda

Penyusuan anda akan berlangsung dengan baik bergantung kepada karektor bayi anda.

Ada bayi yang cerewet (fussy), ada yang baik (textbook type baby).

Bersabar dan selalu yakin dengan pilihan anda untuk menyusukan bayi.

 

  1. Growth Spurt

Bayi akan beralih bulan (Growth Spurt) dengan kadar berkali-kali sepanjang satu bulan pertamanya. Pada usia 3 hari, 7 hari, 14 hari dan 30 hari kadangkala bayi meragam dan selalu mahu menyusu.

Ia tempoh yang penting dimana beliau akan mengalami perubahan saiz tubuh dan perut.

Beliau perlukan lebih susu dan cara terbaik untuk beliau mendapat susu yang cukup ialah meminta dari ibunya (mungkin dengan cara meragam).

Tempoh ini akan berakhir dengan cepat dan alangkah bagusnya ibu yang berilmu dapat menggunakan ilmunya untuk mengendalikan keadaan ini dengan bertenang.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *