Blog

6 Perkara Usahawan Mesti Tahu Tentang Kepimpinan (Leadership)

170515

 

Seminar Lubuk Kekayaan Baru (Online)
Tarikh : 17 Mei 2015
Waktu : 8.30 pagi sehingga 10 malam
Lokasi : MPWS Bangi
Yuran Kebijaksanaan : RM190

6 Perkara Usahawan Mesti Tahu Tentang Kepimpinan (Leadership)

 

1. Kita mahir teknikal, kita kumpul ilmu berniaga. Ilmu Kepimpinan (Leadership) adalah pelekat utamanya. Tanpa gam pelekat semuanya terawang-awang. Mudah naik mudah turun balik. Kumpulkan pelekatnya disini.

2. Pada waktu bisnes semakin baik dan mengalukan ahli baru pasukan, bisnes dan kita kini mahu berlari. Kurangnya ilmu kepimpinan mungkin membuatkan perlahan-lahan seorang demi seorang pergi — dengan pelbagai sebab. Kita keliru kembali dimana silapnya.
Sampai bila mahu beritahu diri, sabarlah menanti orang yang betul akan datang nanti.
Sekaranglah kita belajar.

3. Asasnya satu — setiap kita adalah khalifah yang berilmu. Dua cabang dalam niaga. Satu ilmu spesifik — kunci kira kira atau pemasaran niaga. Satu lagi ilmu generic — ilmu Kepimpinan berada di sini.
Tak boleh dacing berat sebelah. Tak tertanggung bahu nanti.

4. Ada impian mahu kita capai, ada impian sudah panjang disenarai.
Sarat sudah rasa ilmu didada, mahu pergi terbang tinggi namun ahli pasukan tidak memahami.
Mengapa mahu cepat, kenapa pula kena berubah — yang ada sekarang apa tak elokkah?
Ilmu Kepimpinan digunakan disini.
Kenali apa yang membuatkan manusia mahu berubah.
Ketahui apa yang membuatkan individu kekal bermotivasi.

5. Kita kata kita berminat dengan sistem dan kejayaan. Di luar sedar, manusialah tunggaknya.
Mereka yang akan menyokong kita sewaktu berdiri.
Bila waktu patut dihargai, pasti bukan setiap waktu kita dipuji.
Bila waktu tegaskan misi dan visi, kita bukan robot. Kita manusia ada hati yang mengemudi.

6. Usahawan jatuh bangun berjalan sendiri.
Tak biasa ditegur dimana yang tidak kena. Ilmu kepimpinan ialah ilmu bedah organisasi.
Kenal pasti mana yang tak kena supaya mudah tak tersadung waktu berlari.
Ilmu ini actionable knowledge boleh terus digunakan biarpun syarikat hanya ada kita sendiri.
Kita tahu, syarikat kita ini berpotensi tinggi — bermula dari menyertai dan mempelajari Ilmu Kepimpinan ini.

Recommended Articles

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *