6 TIPS GUNA INSTAGRAM SEBAGAI PERSONAL BRANDING BISNES

Dalam tempoh 4 hari, hampir 1000 friend request yang diterima.

Alhamdulillah.

Instagram (atau IG) adalah media sosial yang kita boleh ambil gambar, edit menggunakan filter dan kemudian postkan. Gambar yang sama turut boleh dipostkan di Facebook dan Twitter.

Sebagai individu berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil berat.

1. Fikir tujuan sebelum post.

__________________________________________________

Sebelum meng’post’ apa apa gambar di dalam IG, fikirkan tujuannya dahulu.

Pastikan ianya salah satu daripada tujuan dibawah:

i. Memberitahu

ii. Menginspirasi

iii. Mendidik
Tak boleh saja saja mahu update ya hihi.

(Macam pernah buat sahaja)
Hanya kerana IG mudah digunakan tidak bermakna kita tidak perlu mengaturkan secara strategik tentang ‘apa’ dan ‘bila’ untuk meng’post’ gambar.

2. Jadi pengguna tegar.

________________________________________________

Biasakan diri dengan IG.

Sehari guna beberapa kali untuk membiasakan diri melihat bagaimana ‘suasana’ didalamnya seperti bagaimana orang lain menggunakannya.

Alah bisa tegal biasa lama lama pasti luar biasa.

3. Post gambar bersama produk kita.

________________________________________________

Sekiranya anda mempunyai sebarang produk atau bisnes, bergambar lah dengannya.

Bukan untuk mendapat jualan sekarang namun untuk memberitahu kepada rakan rakan.

Ianya pemasaran (marketing) yang mengujakan.

Sekiranya ia adalah akaun individu, selang-selangkan ia dengan gambar kita dan kerjaya.

Hanya sedikit sahaja gambar keluarga.

4. Ambil gambar sisi.

________________________________________________

Kata kunci di IG ialah keterujaan visual.

Sekiranya kita mempunyai produk untuk dilancarkan, berikan ‘sneak preview’.

Beri sikit sikit sahaja.

Berikan tajuk untuk setiap post anda itu.

5. Ingat ini — cuteness sell.

________________________________________________

Maksudnya lebih cute sesuatu (atau seseorang) itu lebih mudah dibeli pandangan mata dan hati.

Bayangkan betapa popularnya group K-Pop kerana mereka cute!

Ok bagaimana untuk digunakan didalam IG ialah postkan gambar kucing, bayi, pen pink hihi.
Ianya tentang gambar yang cute.

6. Ambil peluang membudayakan.

________________________________________________

Melalui gambar dan cerita, tonjolkan sisi baik yang kita selalu mahu di tempat kerja. Senyuman, makan bersama, berpakat dalam organisasi dan menyebarkan kasih sayang.

Ia akan menjadi antara saham modal diri.

Terutama untuk pemilik syarikat mahupun pengurus pasukan.

Leave a Reply