9 Idea Marketing untuk Hari Merdeka

Blog

Pastilah 31 Ogos adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia seterusnya 16 September sempena hari penubuhan Malaysia.

Merdeka itu pada jiwa.
Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan dan mempunyai alat pemasaran secara online, ini idea marketing (pemasaran) untuk hari Merdeka. Tak dapat buat semua pun tak apa. Cuba sekurang-kurangnya satu (dahulu) dan lihatlah perbezaan dalam perniagaan anda!

IDEA PERTAMA #1
Gunakan warna merah, biru, kuning dan putih.

Meriahkan sambutan kemerdekaan Malaysia dengan empat warna ini.

Mulakan seawal bulan Ogos sehingga sepanjang September. Hias kedai dengan warna-warna ini juga.

Kalau boleh semua entri di IG dan FB pun warna ini (sahaja). Mestilah boleh.

 

IDEA KEDUA #2

Tukar Timeline dan Cover Photo Facebook kepada tema kemerdekaan.

Tak aktif di FB? Hampir 95% jenama-jenama mahupun organisasi perniagaan mempunyai Facebook Account namun tidak menjadikannya sebagai tools untuk ‘engage’ bersama pelanggan (setia) mereka.

Web

Adakah kita terlewat?

Menurut laman web www.statista.com, dijangkakan pada tahun 2018 pengguna Facebook akan mencecah 12.66 million berbanding 9.24 million pada tahun 2014.Pada suku tahun pertama 2016, seramai 1.65 billion mengguna akses media sosial dalam tempoh sebulan.

Mulakanlah. Waktu terbaik untuk memulakan marketing ialah semalam. Namun hari ini masih belum terlewat.

IDEA KETIGA #3

Hantar emel ucapan Merdeka.

Beritahu mereka bagaimana kita meraikan kemerdekaan dalam ertikata yang dihayati.

Ceritakan pengalaman sambutan merdeka kita semasa kecil dahulu atau sebarang momen yang masih kita ingati kenangan hari Malaysia.

Email

Ini kan negara yang dikongsi bersama — semua rakyat pasti dapat merasai ‘rasa’ yang sama apabila membaca cerita.

 

IDEA KEEMPAT #4

Video hari Merdeka.
Kalau boleh yang dilakonkan oleh staff kita. Ini bukan kerja mudah. Lagi-lagi bila tiada keyakinan di depan lensa kamera haha.

Namun apa salahnya kalau dapat buat yang short, simple and sweet (gitu).

IDEA KELIMA #5

Buat trending hashtag.

Istimewa merdeka macam #inimalaysiakita #merdekaluna #merdeka(jenama anda) #sehatisejiwa.

Sekalipun kita tidak dapat kembali ke usia muda — kita sentiasa ada ruang untuk berjiwa (muda).

Kawan-kawan masih bersama artikel ini?Teruskan bacaan ya.
Oleh kerana dunia online ini dunia visual, maka warna merah, biru, kuning dan putih adalah kata kuncinya.

IDEA KEENAM #6

Ambil gambar produk kita
Atau produk yang kita jual dengan 4 warna istimewa ini — merah, biru, kuning dan putih.

Dalam gambar adalah contoh dari Facebook Zappos sempena hari kemerdekaan Amerika pada 4 Julai tempohari.
4thjuly-ideas2

IDEA KETUJUH #7

 Limited packaging atau produk keluaran khas sempena Merdeka.

Kalaupun belum mahu buat, masukkan dalam perancangan ya!

IDEA KELAPAN #8

Promosi istimewa untuk hari Merdeka.

Beri promosi istimewa yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Jangan lupa war-warkan pada pelanggan sedia ada — mereka sentiasa mahu diupdate-i

Promo-Merdeka

IDEA KESEMBILAN

Peraduan hari Merdeka.

Yang kena dengan tema hari Merdeka — apa sahaja yang berbentuk patriotik.

Objektifnya ialah membina engagement dan menyeronokkan pelanggan.Pelanggan yang membeli ialah pelanggan yang percaya dan berbahagia.

contest

Ikuti tulisan FB Puan Suraya Ali di link ini

 

Leave a Reply