Ada apa dengan hari lahir?
Ianya adalah segala-galanya bagi sesetengah (atau kebanyakan) orang.

Di usia ini — hari lahir adalah seperti hari hari yang lain.
Bezanya ialah ianya istimewa apabila diraikan bersama sahabat dan keluarga yang disayangi.

Dari awal bulan Ogos saya menerima SMS dan emel voucher sempena bulan kelahiran.
Perasaannya?
Macam nak pi peghambat beli haha. Mujur ianya adalah (hanya) rasa.
Bayangkan betapa ramai customer yang akan rasa dihargai apabila kita lakukan pemasaran ini.

1. Iklan FB
Spesifik untuk orang yang hari lahirnya hampir tiba.
Rujuk gambar yang pertama.
Kalau tak tahu nak buat bagaimana inshaAllah kawan kawan yang celik FB boleh bantu. Hubungi Tuan Mohd Suhaimi yang selalu buat kelas untuk bantu usahawan.

2. Emel Voucher
Ini antara cara yang mudah. Cipta satu poster dan berikan diskaun istimewa untuk mereka yang lahir pada bulan itu.
Berilah percuma air ke untuk kedai makan.
Atau percuma berus ke untuk kedai kosmetik.

Ianya cukup untuk buat pelanggan gembira.

3. SMS
Tahukah anda rate orang buka SMS ialah 90%? Dan saya sendiri buka (semua) SMS saya.
WhatsApp juga semua saya baca.

Ucapkan selamat hari lahir dan jemput mereka membuat belian dari kedai kita.

4. Voucher Khas untuk e-Commerce
Kawan kawan yang ada kedai online web (e-Commerce) boleh berikan voucher khas jika membeli di laman web.

5. Hantar Kad Birthday
Alahai ini sweet sangat ni. Lagi best kalau tulis pakai tulisan tangan.
Saya pernah dapat dari Dato’ Feroz Jakel empat tahun lepas dan sampai sekarang saya masih ingat (effortnya).

6. Hantar Poskad
Ini pun sweet. Penuh ingatan mesra.
Tempah poskad yang istimewa dan tertera gambar kedai atau produk kita.

7. Promosi sempena Birthday anda!
Ini bagus —
Berilah promosi 10% ke hanya untuk bulan kelahiran Founder contohnya.
Raikan kegembiraan bersama.
Tapi kalau dah buat diskaun, kenalah target jualan dalam bentuk jumlah yang tinggi (volume).

8. Buat Contest
Sempena birthday Founder, ada contest untuk pelanggan menangi.
Libatkan pelanggan dalam survey, future planning atau storytelling.
Lain kali saya ulas topik contest ini ya!

9. Live di FB atau buat Video
Ucapkan Selamat Hari Lahir untuk semua pelanggan yang menyambut hari lahir pada bulan itu — dan berikan hadiah istimewa.

Ok cukup 9 dahulu.
Gambar gambar dibawah adalah contoh yang saya ambil di Google dan beberapa website serta mesej yang saya terima.
Lihat contoh untuk kita applikasi dalam bisnes kita ya.

Tapi sebelum nak buat 9 tips diatas —
Mesti kena ada database senarai pelanggan dan tarikh lahirnya ya!
Boleh juga buat terbalik. Siapa birthday bulan ni, mesej untuk dapat voucher tapi unik juga begitu.

Di Lunatots kami juga simpan tarikh anniversary pelanggan cuma hari lahir juga istimewa dan boleh digunakan dalam semua perniagaan.

Berusaha!

Leave a Reply