9 Tips Menguruskan Masa

Blog

app-urus-masa

Masa asalah aset kita — sama seperti kesihatan dan semangat dalaman. Tak ada yang boleh terbazir.

Nama applikasi ini ialah Time Tune — ianya percuma.
Hanya download di Play Store.

Cara menggunakannya hanya masukkan apa yang kita lakukan dan tempoh masanya.
Ada tag maksudnya nama group besar macam — reading, working, Internet so kita boleh lihat berapa peratusan masa kita spend untuk perkara perkara tersebut.

Beberapa tips untuk kawan kawan.

1. Biasakan waktu pagi update diri kita tentang sesuatu yang kita mahu fokuskan.
Pagi pagi usah ke wall FB kawan kawan (dulu).

Pagi adalah waktu yang sesuai untuk memikirkan apa yang kita mahu lakukan. Fokus —
Ada orang fokusnya melalui tulisan.
Ada orang fokus melalui pembacaan.
Ada orang fokus melalui duduk diam dan berfikir.

2. Sehari ada 24 jam. Katakan kita bangun 6 pagi dan tidur 10 malam, berbaki 16 jam sahaja.
Apa kita nak buat dengan 16 jam ni.
Berapa jam kita nak guna untuk buat perkara ini:

Kategori A
— Mengenang perkara lepas dan berkata tentang orang lain (atau tentang diri kita) seperti “kalaulah aku pun sepertinya…” dan mungkin juga “kalaulah dulu aku buat begini..”

Skrol FB dan IG cerita Scha dan Awal (contohnya) juga perkara A ya 😂

Kategori B
— Melakukan rutin untuk hari ini atau jangka waktu terdekat.Seperti makan, mandi dan menonton TV.
Membaca buku untuk anak anak ialah rutin.
Meluangkan masa dengan keluarga ialah rutin.
Bekerja juga.
Nikmati hari ini sepenuhnya ya.
Hargai insan insan disekeliling kita.

Kategori C
— Melakukan sesuatu untuk masa hadapan iaitu lagi 3 ke 5 tahun. Seperti membaca buku, mula menulis, berfikir.

3. Cik Sue update FB nak masuk dimana? Hihi.
Kalau skroll gambar Che Ta bercuti — masuk kategori rutin iaitu A 🙈

Kalau update untuk ilmu atau pengalaman serta membaca sesuatu untuk kita praktikkan dalam kehidupan — masuk kategori masa hadapan kategori C.

4. Sebenarnya kita lagi tahu apa kita buat untuk diri kita.
Jangan sampai kita tak tahu kita buat apa dah hidup lama lama (cakap pada diri sendiri).

5. Allocate hampir 0% kepada kategori A ya Suraya — haha.
70% masa diluangkan untuk rutin iaitu kategori B.
30% masa untuk aktiviti masa hadapan iaitu kategori C. Ianya dapat ditambah dengan mengurangkan perkara dalam kategori A yang banyak mengambil masa kita.

6. Tulisan ini untuk buatkan kita sentiasa beringat dan menjaga setiap saat.

7. Apa sahaja yang kita perlu lakukan — keutamaannya ialah hari ini. Mereka yang disekeliling kita.
Perlahan lahan bila kategori A dapat dikurangkan, perhatikan semula rutin kita yang dapat dikurangkan masanya.
Mungkin kerana itu Steve Job dan Mark Zuckenberg guna baju satu warna — boleh kurangkan rutin memilih baju, memberitahu suami yang kita tiada baju (baru), memadankan dengan tudung (untuk wanita), dan menggosok baju.

Kurangkan rutin yang berkaitan dengan diri kita.
Bukan suami, ibubapa atau anak anak.

8. Alangkah rugi jika kita tidak dapat melindungi masa kita. Cuma guna applikasi ini ya. Mungkin ada applikasi lain juga yang lebih baik.

9. Menulis membuatkan saya berenergi untuk buat lebih baik lagi.

Leave a Reply