Apakah Yang Membentuk Diri Kita?

Blog

DSC_0008

Satu persoalan yang sering berlegar diminda saya sejak kecil ialah apakah ciri-ciri orang berjaya.
Mengetahui manusia adalah ciptaan yang unik membuatkan sukar menebak apakah resipi ataupun perkara mesti ada untuk orang berjaya seperti ketua negara mahupun artis antarabangsa.

Biarpun tidak dinafikan, orang berjaya mempunyai banyak sikap yang mutual atau hampir sama dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang mereka capai sekarang namun, masih apakah kandungan asasnya?

Macam kek dengan bahan asas tepung, air dan gula.
Adakah jenis tepung tertentu akan membuatkan kek itu sedap.
Atau jenis gula — atau airnya?
Jawapannya untuk membuat kek agak linear — mesti ada semua dalam kelas pertama.
Termasuk bahan perencah rasa macam telur, esen vanila, sedikit garam dan pewarna (serta mungkin banyak lagi!).

Tapi apakah bahan asas dalam resepi manusia?
Dan bagaimana mahu kita katakan jenis atau kelas pertama sesuatu ciri (katakan personaliti) itu?

Perjalanan menuntut ilmu menemukan saya dengan Pakar Leadership di Malaysia iaitu Ibu Hanim.
Perlahan-lahan beliau memimpin tangan dan merungkaikan persoalan di fikiran.
Dengan niat beliau yang sangat mahu memandaikan anak bangsa, tahun 2015 dan seterusnya membawa saya dan kawan-kawan ke perguruan tahap seterusnya.

Sambung cerita kek dan manusia.
Resepi seseorang manusia lebih kompleks dimana biar apapun yang individu itu miliki, ianya perlu digilap dan menyinari.
Resepi asasnya (dalam artikel ini) ada 4 iaitu :

  1. Brain Color atau warna otak mereka
  2. Personaliti iaitu apa yang orang lain dapat lihat dari luaran seperti pendiam atau peramah
  3. Human Emotional Drive iaitu mengapa mereka melakukan apa yang mereka lakukan sekarang.
  4. Kompetensi atau sering diringkaskan kepada attitude, skills dan knowledge

Pewarna dan perasa menambahkan seri pada diri seseorang.
Menariknya, kita tidak perlu menjadi orang lain dengan resepi yang lain.
Hanya jadi diri kita sendiri, kenali diri dan  berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat.

——————————————————————————–
Prinsip pertama insan yang berjaya ialah — Gunakan sepenuhnya apa sahaja yang kita ada. Serlahkannya. Tonjolkan kebaikan daripadanya.

Prinsip kedua — Gali dan bantu menggilap ke empat-empat resepi asas diasas kepada ahli pasukan yang bersama bergerak kearah matlamatnya.
———————————————————————————

Saya mula berminat untuk mempelajari tentang uniknya seseorang manusia itu selepas hampir tiga tahun didalam perniagaan dan mula mempunyai seorang demi seorang pertambahan ahli pasukan.
Sepatutnya pertambahan ahli pasukan akan membuatkan kita lega dan jualan bertambah namun berlaku sebaliknya kepada organisasi kami.

Pastilah bukan salah sebelah pihak namun saya tertanya-tanya apa lagi yang tak kena.
Kita menyangkakan manusia bekerja untuk mendapatkan gaji dan akan melakukan apa sahaja untuk kerja.
Ini kegilaan pertama — merasakan jika kita boleh melakukannya, orang lain boleh juga!

Duit itu adalah tools dan mengapa mereka mahu mendapatkannya yang perlu difahami.
Mengapa manusia sangat mahu melakukan sesuatu biarpun tanpa bayaran duit.
Dalam keadaan sekarang, manusia memerlukan duit untuk membeli sesuatu bukan?
Andai daun pisang dapat digunakan untuk membeli sesuatu, pasti kita mahukan daun pisang pula kan.
Maksudnya kita bukan mahu duit.
Kita mahu duit untuk melakukan sesuatu yang emosi kita puas.
Ada manusia puas apabila menyelesaikan setiap cabaran.
Ada manusia puas apabila insan disekeliling mereka gembira dan berjaya.
Ia tak sama.

Berbalik kepada kisah saya.
Pertambahan ahli pasukan semakin membuatkan tidur malam tidak lena dan duit masih tidak dapat menyelesaikan isu mereka.

Bermulalah perjalanan saya mencari ilmu.
Dan sebenarnya setiap masalah adalah peluang bukan?
Peluang untuk belajar dan memperbaiki.

Saya belajar numerologi, personality plus, MBTI dan pelbagai.
Aduh macam masih tak cukup resepinya.
Nah terjawab selepas hampir empat tahun dalam pencarian ini, kini saya kongsikan bersama pembaca dan peserta seminar.

Bergelar International Certified DC Psychology pada penghujung tahun 2015 adalah permulaan bagi saya.
Lapangan untuk berkongsi kebaikan mengenali diri sendiri, ahli pasukan dan seterusnya berkomunikasi dengan berkesan.

Ilmu yang dikongsikan ini turut dapat digunakan untuk menghasilkan cara memikat pelanggan samada online mahupun walk-in!

SEJAUH MANA KITA BOLEH PERGI

Apabila kita masih mempunyai situasi sebegini:
Terasa hati dengan kawan satu pasukan yang kelihatan tidak sensitif?
Geram dengan kawan (atau pasangan) yang terlalu cepat melakukan sesuatu tanpa berfikir?
Ada ahli pasukan yang terlalu lambat membuat keputusan?
Sebagai pemilik perniagaan, alangkah risaunya hati apabila anak buah mula bercakaran atau menyimpan perasaan walaupun mereka mengambil keputusan untuk diam!
SESUATU PERLU DILAKUKAN!
Setiap individu mempunyai gaya/bahasa pemikiran yang berbeza.
SELESAIKAN situasi diatas melalui cara MEMAHAMI tiga perkara penting ini!

Gaya pemikiran manusia ini dipengaruhi oleh:
Bagaimana otak kita memproses maklumat yang diterima
Gaya pemikiran ini juga akan menentukan bagaimana tindakbalas kita terhadap sesuatu maklumat
Gaya pemikiran yang semulajadi, kita dilahirkan dengannya, yang kemungkinan ada persamaan dengan orang sekeliling kita.

Mudahkan cara kita sebagai pemilik perniagaan dan bawa bersama ahli pasukan menyertai COLORED BRAIN SEMINAR

========================
Jadi, siapa kita?
========================

PURPLE, BLUE, RED, GREEN
Setiap warna ada kriteria unik.
Memahami ‘brain colour’ ini amat penting dalam sesebuah organisasi. Kita akan lebih jelas, siapa yang perlu duduk di unit HR, Account, Operation & Marketing.
Selain daripada berkesan mengukuhkan prestasi pengurusan syarikat, ia membina persekitaran yang lebih positif sesama anggota.
Ketahui bagaimana penggunaan brain color kepada komunikasi, pembinaan tim dan customer engagement.

Temui tim Annems Leadership Solution pada 23 Januari 2016.

FBV2_ColouredBrain

Leave a Reply