suedc

Saya kongsikan modul pertama didalam DC Psychology ialah Being Right (Menjadi Betul).

Ada 4 perkara atau tajuk besar yang akan saya ceritakan iaitu:

1. Konsep
2. Karakter
3. Subjek
4. Tools ataupun Alat Bantuan

Kita terus kepada perkara pertama ya!

Konsep Being Right
ialah tentang 2 perkara penting ini iaitu :
1. Diri kita boleh dipengaruhi oleh persekitaran (environment)
dan
2. Persekitaran juga memberi impak kepada diri kita.

Contohnya : Majikan kita sangat baik kepada kita. Kebiasaannya kita akan rasa bermotivasi dan mahu membuat lebih baik lagi dari hari demi hari.

Namun sekiranya majikan kita sering menuduh dan mencari kesalahan kita, biasanya kita akan merasa tertekan dan tidak dapat perform dengan baik.

Adakah ianya bermakna kita tidak pandai dalam melakukan tugasan tersebut?
Kita terpengaruh dengan persekitaran yang tidak menyokong ketika itu.

 

Perkara kedua ialah Karakter.
Karakter didalam DC Psychology ialah Rama, Jack dan Mary.
Rama merupakan seekor monyet dengan watak yang suka mencuba dan positif.
Jack ialah watak seekor cicak yang selalu merungut dan mempersalahnya.
Mary ialah seorang wanita yang pendiam dan jarang menyuarakan pendapatnya biarpun dia ada pendapat tersendiri.

Ketiga-tiga watak ini ada dalam diri seorang manusia.
Metaforanya memperkatakan bahawa Rama ialah Hero sementara Jack ialah Villain (masalah).
Seseorang Hero akan dikenali sebagai Hero sekiranya keadaan ketika itu mempunyai masalah yang besar dan dia dapat menyelesaikannya.

Perkara ketiga ialah Subjek.

Terdapat beberapa subjek yang dikhususkan bagi membantu kefahaman bagi Modul Being Right.
Ianya adalah :
1. 4 Insanities
2. Reticular Activation System (RAS)
3. Encoded Assumption
4. Rules of Engagement
5. Circle of Tolerance

Subjek-subjek ini perlu dikuasai bagi membantu memperjelaskan kepada peserta tentang bagaimana kita saling respons (action) dan juga bertindak balas (reaction) kepada persekitaran kita.

Perkara keempat ialah Tools atau Alat Bantu Mengajar.
Dalam bidang training, tools adalah sesuatu yang amat penting.
Ianya perlu disesuaikan dengan adult learning (cara orang dewasa belajar) yang lebih fleksibel dan penuh pengalaman yang menyeronokkan.
Ianya bagi kemudahan penyerapan ilmu untuk terus diaplikasikan dalam kehidupan.

Antara tools yang membantu ialah:
1. CBC Card
2. World of Work Map (WWM)
3. Cerita — samada cerita kita atau cerita orang lain
4. Video dan lagu juga membantu

Dengan menjadi betul (being right), pasti orang lain salah bukan?
Tidak akanlah dua-dua atau semuanya betul?
Atau kesemuanya salah?
Atau it does not matter pun betul atau salah?
Bagaimana jika tiada betul dan salah?

Saya tidak sabar untuk berkongsi lebih lagi dengan kawan kawan semua!

Leaders build leaders, not followers ait!

 

Leave a Reply