Perkongsian ini tentang berani dalam kehidupan. Ianya boleh diaplikasikan oleh Tuan/Puan dalam kehidupan seharian atau dalam mendidik anak-anak dan keluarga.

“It can be miracle, when you believe”. Maksudnya kita cuma perlu berani percaya untuk menjadikan sesuatu perkara itu menjadi.

Saya kongsikan tiga fasa yang memerlukan keberanian.

Namanya pil berani dalam kehidupan haha dan diambil setiap kali rasa takut menjenguk diri.

Berani dalam Kehidupan : Fasa Pertama Masa Lampau

Semua kita ada kehidupan masa lampau. Kita datang dari latar belakang, pengalaman dan didikan yang berbeza.

Berani menerima kehidupan masa lampau kita adalah langkah pertama untuk melangkah kehadapan.

Menerima kesalahan sebagai peluang untuk belajar perkara baru.

Masa lampau : Ingin Dilupakan.

Pernah tak ada masa lampau yang kita tidak mahu ingat dan sebut. Sesuatu yang kita akan malu apabila ditimbulkan semula samada oleh kita atau orang lain. Boleh sentap atau jadi isu kalau ada yang menimbulkannya.

Boleh jadi ianya adalah suatu kesalahan atau keadaan yang memalukan. Boleh jadi ianya adalah kenangan pahit untuk kita.

Masa lampau : Sebuah Kenangan dan Pengajaran.

Berani itu adalah hadapilah. Setiap kesalahan, kebusukan dan kelukaan itu menjadikan kita hari ini.

Usah marah dan benci pada sesiapa. Jika ada insan lain dalam memori kita itu, dia juga tak mahu atau tak tahu semua ini akan jadi begini.

Jika kita seorang suami atau isteri, peluklah pasangan kita dan beritahunya bahawa semua kenangan harus di hargai untuk menjadikan mereka secantik, sebaik dan secerdik hari ini.

Sebagai ibubapa juga kita boleh selalu beritahu anak-anak untuk sentiasa menjadikan semalam sebagai pengajaran terbaik.

Berani dalam Kehidupan : Fasa Kedua iaitu Hari Ini

“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God, which is why we call it the present.”

Sebuah kata kata yang sangat indah tentang hari ini.

Bagaimana untuk berani dengan kehidupan hari ini? Ia bermula dengan azam atau matlamat yang kita telah letakkan.

Bagaimana menetapkan azam boleh dibaca disini.

Setelah meletakkan matlamat yang kita mahukan, kita mesti senaraikan juga proses iaitu apa yang akan kita lakukan secara konsisten.

Fokuskan tenaga kepada apa yang boleh kita lakukan setiap hari (atau minggu serta bulan) yang dapat menyumbang kepada kejayaan matlamat kita itu.

Contohnya matlamat kita ialah menurunkan berat sebanyak 1kg setiap bulan.

Prosesnya ialah minum air kosong setiap hari (bukan sekali sekala sahaja), ambil makanan rendah kalori setiap kali dan bersenam selama satu jam selama seminggu tiga kali.

Apabila kita tekun menyiapkan proses pasti kita akan dapat hasil yang kita mahukan!

Hanya jadikannya habit.

Lalu apa aktiviti hari ini yang merupakan habit baik untuk diteruskan? Lakukannya.

Berani dalam Kehidupan : Fasa Ketiga iaitu Masa Depan

Saya pernah menonton sebuah wawancara video artis lelaki luar negara yang agak terkenal. Beliau bercerita tentang anak perempuannya.

Pada usia empat tahun, anaknya datang kepada beliau dan bertanya mengapa beliau tidak mempunyai alat kelamin lelaki?

Tersentak dengan soalan anak ini, bapanya menjawab “Awak mempunyai payudara.”

Anaknya menjawab “Saya tak mahu payudara.”

Ayah menjawab “You can have whatever you want my dear.” (Awak boleh mendapat apa sahaja yang awak mahukan).

Anak itu berpuas hati dan berlalu pergi.

Semasa menaip cerita ini. Baru saya teringat yang kita boleh ulas mengenai topik transgender mahupun kesyukuran tapi bolehkah saya bawa pembaca ke satu perspektif lain?

Iaitu perspektif masa depan.

Saya pernah terdengar tentang beza orang kaya berjaya dengan sempit minda dan harta.

Bezanya bukan sekadar pada pendapatan tapi juga pada kosa kata dan pilihan.

Anak orang susah asyik mendengar ‘Jangan, tak boleh, kita tak mampu beli, kita bukan siapa siapa’.

Membesar dalam keluarga yang besar hatinya membuatkan kita berfikir besar juga setelah membesar dengan kata-kata ‘Boleh, pasti boleh, mesti ada caranya, kita yang lakukannya, kalau usaha mesti berjaya, mahu apa semua boleh punya’.

Nah, pilihlah kosakata untuk menjawab soalan anak-anak kita dan juga soalan ‘budak kecil’ dalam diri kita yang sering tertanya-tanya “Bolehkah aku lakukannya?”

‘Budak kecil’ yang sama juga yang menjawab “Jangan berangan, kau bukan siapa siapa.”

Didiklah diri kita bergaul dengan kawan-kawan positif biar sampai yang ada dalam kepala kita ialah siapa kita tahun ini, lima tahun lagi dan sepuluh tahun seterusnya.

Hanya diri kita yang paling menyayangi diri kita. Seorang lelaki atau wanita hadiah kiriman Tuhan untuk dirinya, keluarga dan masyarakat serta negaranya.

Apabila dikenang kembali, antara perkara berani yang saya tidak sangka dapat lakukan ialah pergi Jepun setahun empat kali sejak 2016.

Berani dalam erti kata yang difahami sendiri. Berani pergi tanpa suami, berani pergi dengan kekusutan yang berselirat disini (Malaysia) dan berani buktikan pada diri sendiri bahawa tiada apa yang tidak dapat kita lakukan apabila percaya kepada diri dan berkali kali beritahu yang diri kita sangat berharga untuk bermimpi!

Apabila berani dalam kehidupan itu adalah berani untuk bermimpi dan pergi berlari.

Gambar di Hokkaido Jepun semasa musim panas dan sejuk bersalji.

Leave a Reply