Adakah anda mencari buku asas perniagaan?

Jika kawan-kawan mahu memulakan perniagaan dan tercari-cari buku untuk mendapatkan ilmu perniagaan, saya cadangkan buku asas perniagaan ini bertajuk “Kuasai Formula Perniagaan” tulisan Wan Nong Muzafar.
Buku Asas Perniagaan

Kenapa anda berniaga? Adakah kerana;

• Anda fikir masa anda akan lebih fleksibel; atau
• Anda merasakan bahawa potensi pendapatan yang bakal diperoleh tiada batasnya?

Apa pun yang anda mahukan, berniaga memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi memastikan kejayaan. Dengan ilmu perniagaan yang betul dan praktikal, anda mampu mencapai kejayaan tersebut. 

KUASAI FORMULA PERNIAGAAN adalah buku asas perniagaan sangat sesuai untuk anda yang ingin memahami dan mendalami selok-belok ilmu perancangan dan pengurusan perniagaan secara strategik.

Buku ini padat dengan informasi dunia perniagaan, diselang-selikan dengan contoh-contoh yang mudah difahami dan praktikal untuk memastikan para usahawan dapat menguasai formula kejayaan perniagaan. Antara topik-topik menarik yang diketengahkan ialah:

• Proses Menghasilkan Idea Perniagaan
• Perundangan & Struktur Perniagaan
• Penyelidikan Pasaran
• Pemasaran vs Penjenamaan vs Jualan
• Merancang Aliran Tunai
• Pelan Perniagaan

Selain itu, pendekatan pembelajaran yang mengutamakan realiti perniagaan berbanding teori sudah pasti memberi impak positif kepada hala tuju perniagaan anda.

 

Buku Usahawan Internet

Dunia digital sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita hari ini. Penggunaan media sosial, contohnya sudah menjadi ‘alat’ komunikasi utama bagi berkongsi informasi kehidupan kita kepada rakan-rakan dan saudara mara.

Selain sebagai ‘alat komunikasi’, dunia digital juga secara beransur-ansur telah membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan pada modal yang agak rendah berbanding perniagaan melalui kaedah tradisional.

KUASAI PERNIAGAAN DIGITAL (SIRI 1 dan 2)
Mendedahkan asas-asas utama dalam menjalankan perniagaan dengan menggunakan platform:

Facebook
Instagram
WhatsApp
Pemasaran E-mel
Laman Web
Search Engine Optimization

Buku ini amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online mahupun yang sedang berniaga dalam usaha memahami kaedah penjualan produk atau perkhidmatan selain mampu meluaskan potensi sasaran pelanggan digital di Malaysia dan di luar negara.

Ini adalah buku asas perniagaan yang mesti dimiliki oleh semua bakal usahawan!

Buku Perniagaan

Untuk mendapatkan ketiga-tiga buku dan PERCUMA satu buku pengurusan masa oleh Suraya Ali, klik link ini (menggunakan phone)

Atau beli terus disini (klik sahaja)

 

Buku asas perniagaan online

Leave a Reply