Cabaran PKP untuk Penyedia Latihan seperti Lunaworks

Blog



Lunaworks menyediakan perkhidmatan latihan pemasaran digital secara face to face iaitu mengajar secara berhadapan.
Sejak dari bulan Februari 2020, kami sudah terasa kurang permintaan latihan.
Ketika itu orang takut takut berani. Mahu dan perlu buat latihan tapi tak selamat untuk berkumpul adalah dilemanya.

Tambah-tambah bagi organisasi kerajaan yang perlu mematuhi banyak SOP.
Susahnya hati kami bila tak dapat menjalankan servis ini, Tuhan lah yang tahu.

Bergurau juga mengusik diri sendiri untuk apply zakat sebelum akur, ramai orang susah lain yang memerlukan.

Apa yang kami ada ketika itu adalah luang masa yang sangat banyak.
Bermula pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020, rasanya beberapa hari kami berehat dahulu. Tarik nafas dan luangkan masa mengulit diri sendiri.

Seminggu lepas tu baru mula menyusun jadual LIVE di FB eUsahawan My.
Seminggu hampir tiga ke empat kali LIVE topik pemasaran digital.
Nanti kami kongsi persediaan dan pengalaman LIVE di hantaran lain.

Jadi cabaran pertama iaitu masa yang banyak diluangkan dengan mengadakan sesi perkongsian ilmu.
Puan Suraya Ali (Cik Sue) mewakili Lunaworks juga LIVE di FB Bahagian Pembangunan MARA Selangor dan juga webinar bersama Ejen2U.

Hampir setiap hari terisi dan looking forward untuk hari seterusnya.
Sehinggalah 1 April 2020, pengumuman kelas eUsahawan sudah boleh dijalankan secara online.

SYUKUR ALHAMDULILLAH, Lunaworks mula nampak sinar di terowong PKP ini.

Ketika awal-awal mengajar di Zoom, memang belum mahir mengendalikan peserta dan dalam masa yang sama aplikasi teknologi online.
Bila dah hampir 37 kelas dilakukan ketika PKP ini, pejam mata pun boleh buat kelas haha tapi kami tak buatlah.

Cabaran kedua iaitu tak boleh berkumpul secara berhadapan diatasi dengan berkumpul di dalam dunia digital.

Cabaran ketiga pula ialah team Lunaworks tak dapat berjumpa. Sebelum ini mesti jumpa kalau nak bincang apa-apa. Nampak depan mata baru puas rasanya.

Bila PKP dan semua di rumah sendiri, kami berkomunikasi dan berinteraksi melalui Zoom.
Siang tak ada beza dengan malam. Komunikasi juga semakin lama semakin efisien dan kerja menjadi produktif.

Bila masuk PKPP ke hari ini, kami akan mula bertemu di pejabat.
Banyak norma baru yang boleh kita teruskan.
PKP mendidik kami yang ada perkara boleh kita kawal dan ada yang tidak.

Pada saat kita menerima dan bekerja dengan apa yang ada, kekuatan dalaman kita akan terserlah.
Semakin lama kami semakin kurang memberikan alasan, selepas sebuah pengalaman.

Cik Min, Lunaworks

P/s – Oh ya, latihan pemasaran digital masih diteruskan melalui online dan boleh daftar di laman web Surayaalidotcom.

Leave a Reply