Buat Blog Free

Cara-cara Buat Blog Free

Blog

Ramai orang rasa buat blog ni susah dan mahal dan tercari-cari cara buat blog free. Tuan/Puan boleh ikut langkah seperti dibawah yang sangat mudah.

Langkah pertama buat blog free ialah buka laman web www.wordpress.com di laptop anda.

Klik Get Started untuk Bermula

Langkah Kedua Buat Blog Free ialah daftar akaun menggunakan emel kita.

Dalam skrin dibawah, ada 6 langkah yang perlu diisi.

Namun ianya bergantung kepada keadaan sewaktu Tuan/Puan melayari Internet. Ia boleh jadi lebih banyak atau lebih sedikit kerana WordPress selalu update interface mereka.

Namun asasnya masih sama iaitu kita perlu mendaftar akaun WordPress terlebih dahulu.

Langkah Ketiga Buat Blog Sendiri : Namakan Blog Kita

Dalam contoh dibawah, saya pilih untuk namakan blog saya surayaali.wordpress.com.
(Tukar surayaali kepada nama yang Tuan/Puan mahukan).
Mungkin nama syarikat atau nama jenama.

Jika Tuan/Puan pilih selain dari yang ada wordpress.com, ianya tidak lagi percuma. Kita sedang belajar cara buat blog free jadi pilih yang free sahaja dahulu ya.

Langkah Keempat : Teruskan Memilih yang Percuma

Langkah Kelima : Sahkan Emel Kita

Kita akan perlu mengesahkan emel kita sebelum boleh membuat sebarang perubahan di blog baru ini.

Langkah Keenam : Blog Kita Sudah Siap

Mudahkan?
Jika Tuan/Puan mahu membuat sebarang perubahan, login ke http://namablogkita.wordpress.com/wp-admin

Untuk melihat bagaimanakah rupa wajah blog kita apabila pembaca lihat, buka tab lain dengan alamat http://namablogkita.wordpress.com

 

 

 

 

 

Jom tonton video tentang cara mudah buat blog free di WordPress.

Untuk menyertai kelas blog dan SEO yang dianjurkan oleh Puan Suraya Ali boleh lengkapkan borang ini ya.

Klik pada link ini untuk menyertai WhatsApp Group kelas blog dan SEO.

[ninja_forms id=1]
[ninja_forms id=1]

Antara soalan yang sering ditanya ialah antara WordPress atau Blogspot mahupun mana mana subdomain yang lain, yang manakah SEO nya lebih power? Atau dengan kata lain yang Google suka letaknya di page pertama carian?

Google suka laman web yang berinformasi dimana pembacanya mendapat manfaat dan suka berlama-lama di dalam web tersebut. Jadi apapun domain yang kita gunakan tidak memberikan kesan yang besar sekiranya kita tidak update selalu.

Sertai kelas blog dan SEO Puan Suraya Ali untuk lebih mengetahui tentang bagaimana untuk berada di Google Page nombor satu pada setiap kali pelanggan kita cari.

Leave a Reply