Happy mother with newborn baby
Happy mother with newborn baby

Cerita Puan Tiha.

Anak pertama kami Afif Amsyar lahir pada tarikh 15 Julai 2014 Malam Nuzul Quran jam 12.10am di Selangor.
Jam 9 malam kami dibenarkan pulang dan terus pulang ke kampung di Kerteh, Terengganu.

Selepas lebih 24 jam bayi lahir, 16 Julai jam 8 pagi, jururawat desa datang menjalankan tugasnya melawat baby dan ibu. Katanya jaundis (penyakit kuning) Afif nampak teruk.
Kami dirujuk ke Klinik Kesihatan Kerteh. Selepas pemeriksaan di Klinik,bacaan bilirubin sudah mencecah 273.
Klinik referkan ke Hospital Kemaman dan ditahan.

Sebaik sahaja tiba di hospital Kemaman, bacaan bilirubin diambil dan ianya makin tinggi 282.
Risaunya hati ibu tidak terkira.
Yang terngiang-ngiang didalam fikiran ibu cuma perkataan “susu ibu…susu ibu”

Afif masih diberi susu ibu selang sejam sekali.
Apabila diminta doktor untuk bayi diwajibkan duduk dibawah fototerapi untuk turunkan bacaan bilirubin, ibu berinya minum melalui botol.
Ketika itu bayi berusia kurang 48 jam dan susu ibu masih sedikit.

Seorang keluarga dari Kerteh sanggup menghantar susu ibu lain untuk menampung susu ibu di awal kelahiran.
Badan ibu juga semakin penat.
Sudah hampir jam 1 pagi ketika susu dihantar!

Ibu turut mengamalkan anggur hitam.
Apa sahaja yang orang kata dapat membaikkan jaundis, ibu makan. Namun bukan untuk bayi makan kerana hati ibu kuat mengatakan anak ini akan minum susu ibu sahaja. Susu ibu makanan terbaik bayi.

Jaundis bayi semakin hampir mencecah 300.
Doktor memberitahu, mungkin proses tukar darah akan dilakukan.
Ibu memiliki darah jenis O. Begitu juga bayi.

Ibu diberitahu tahap optimum bacaan bilirubin bergantung pada umur bayi. Bagi bayi usia 2 hari,bacaan optimum 260.

Masuk hari ketiga, alhamdulillah ibu bersyukur diatas caturan Allah.
Hari seterusnya bacaan turun dan kami dapat meneruskan penyusuan susu ibu sahaja sehingga kini.

Saya simpan kemas-kemas dalam hati “Hanya susu ibu sahaja selama enam bulan pertama. Makanan diperkenalkan selepas usianya 6 bulan. Terus menyusukan sehingga usia bayi dua tahun atau lebih.”

“Susu ibu merupakan titisan emas yang sangat berharga.
Untuk semua ibu yang anaknya mempunyai jaundis, kuatkan semangat dan susukan dengan susu ibu sahaja.

Terima kasih Puan Tiha kerana berkongsi cerita dan pengalaman berharga ini.

Leave a Reply