Coaching Penulisan Konten Lunaworks

Coaching Penulisan Konten

Coaching Penulisan Konten merupakan sebuah inisiatif Lunaworks dalam membimbing usahawan untuk menulis secara konsisten dan berstruktur di laman FB Page perniagaan.

Sesi Coaching akan dilakukan di dalam FB Group dalam sebuah kumpulan kecil mengikut kategori perniagaan. Usahawan yang baru bermula mahupun usahawan yang sudah lama menjalankan perniagaan dijemput untuk bersama-sama dalam sesi coaching 21 hari ini.

Sepanjang sesi ini usahawan akan menulis menggunakan laman FB Page yang sama. Ianya akan berkisarkan konten yang berkaitan dengan perniagaan mereka.

Avatar sesebuah perniagaan sangat penting

Sebelum memulakan penulisan, usahawan akan menetapkan siapakah avatar buyer dan avatar seller mereka supaya penulisan dapat diarahkan kepada kumpulan tersebut.

Beberapa orang coaches akan membimbing usahawan dari segi panduan penulisan dan penambahbaikan dalam membina laman page FB yang interaktif dan mesra prospek seterusnya dapat menjana jualan berterusan.

Daftar sesi coaching untuk 1 – 21 Jun 2020 disini

Leave a Reply