Blog

Bagaimana Saya Mahu Daftar eUsahawan Youcanduit

eusahawan

Cara Daftar eUsahawan Youcanduit

Tahukah anda, sebagai rakyat Malaysia berusia diatas 18 tahun yang anda layak daftar eUsahawan Youcanduit secara percuma?
Belajar Online Marketing dengan Certified Master Trainer yang dilatih oleh MDEC.

daftar eusahawan

Apakah yang perlu dilakukan untuk daftar eUsahawan Youcanduit?

Pertama #1
Kita mesti mempunyai minda yang bersedia untuk belajar.
Biarpun ianya percuma, namun masa kita semua bukannya percuma kan? Jadi kita daftar eUsahawan Youcanduit memang nak belajar betul-betul dan bukanlah sekadar mengisi masa lapang.

Kelas eUsahawan Youcanduit ini hanya boleh dihadiri sekali sahaja tau!

Kedua #2

Layari link ini untuk daftar eUsahawan program.
Isi tempat kosong seperti yang diperlukan dan isi tarikh yang mahu kita hadiri.
Sekiranya tiada tarikh yang availaible, pilih – hubungi saya semula sekiranya ada kelas. Tuan/Puan akan dihubungi melalui WhatsApp makluman tarikh yang tersedia.

Ketiga #3

Hadir ke kelas membawa laptop, smart phone dan Internet.
Ada lokasi yang tiada Internet jadi kita perlu gunakan Internet kita sendiri.
Bawa buku nota bagi yang perlu menulis semasa didalam kelas.
Belajar dan mula applikasikan ilmu yang dipelajari.Ilmu tanpa amal adalah sia sia kannnnnnnn….

Apakah yang saya dapat jika menghadiri eUsahawan Youcanduit?

eUsahawan Youcanduit merupakan inisiatif kerajaan dalam menggalakkan penggunaan Internet dikalangan rakyat Malaysia.
Ianya bagi menggalakkan online marketing dikalangan usahawan yang baru bermula berniaga.

Ada juga usahawan yang sudah lama berniaga namun belum menggunakan online marketing sebagai channel pemasaran juga digalakkan hadir.

Sepanjang tahun juga ada pelbagai kelas lanjutan yang disediakan untuk usahawan eUsahawan Youcanduit. Rebutlah peluang ini ya kawan-kawan sebagai rakyat Malaysia sebuah negara bertuah.

 

Ilmu yang akan dipelajari ialah asas perniagaan, Facebook, Instagram, Google Trends, SEO, designing menggunakan Canva.

Setiap satu kelas akan mempunyai lebih kurang 30 peserta dari pelbagai latar belakang.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai ejen atau kawan-kawan melebihi 30 orang (untuk kawasan Lembah Klang), email ke link ini untuk membuat aturjanji kelas di tempat anda.

eusahawan youcanduit 2018

 

Daftar eUsahawan bersama Master Trainer yang berpengalaman.

Setiap hujung tahun ada Program Daya eUsahawan yang meraikan semua usahawan yang telah menyertai Program eUsahawan Youcanduit ini.

Ajak kakak, abang, kawan, makcik, pakcik untuk hadir ke lokasi yang dijemput untuk Program eUsahawan Youcanduit 2018 ini.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai kumpulan 30 peserta di kawasan Lembah Kelang atau mahukan Puan Suraya Ali untuk mengajar eUsahawan (di luar KL)iaitu di tempat Tuan/Puan, hubungi kami melalui email ke lunaworks.co@gmail.com


(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *