Kemuncak eUsahawan – Program Daya eUsahawan 2017

 

Kemeriahan semakin terasa menjelang Program eUsahawan dalam masa kurang dua minggu lagi.
Seramai 4000 peserta yang menyertai e-Usahawan akan berkumpul dalam sebuah majlis ilmu.
Majlis gilang gemilang yang dinanti-nantikan.

 

Apakah itu Daya eUsahawan?

Daya e-Usahawan

Seramai 4000 peserta yang telah mendaftar Konvensyen Daya eUsahawan ini akan ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Orang Sabah dan Sarawak pun turun ni fuhhhh memang hebat!
2000 peserta akan menyertai Learning Lab iaitu kelas keusahawanan yang sepanjang 2 hari program ini.

TARIKH:
30 – 31 OKTOBER 2017

HARI 1:
LEARNING LAB (9.00 AM – 6.00 PM)

HARI 2:
PERSIDANGAN (9.00 AM – 5.00 PM)

Terdapat 4 aktiviti utama yang akan berlangsung sepanjang Program Daya eUsahawan ini iaitu:

  • Persidangan yang menjadi wadah untuk perkongsian ilmu digital

  • Learning Lab iaitu pengalaman pembelajaran dengan guru-guru hebat dalam industri perniagaan digital

  • Pelancaran Akademi eUsahawan yang menempatkan lebih 50,000 usahawan berdaftar sejak 2016

  • Malam Gala untuk meraikan kejayaan para peserta sepanjang tahun.

Apa istimewanya Daya eUsahawan 2017?

Tahun ini, portal eUsahawan yang baru akan dilancarkan.
Lebih efisien dan lebih mudah dengan sistem navigasi yang lebih lancar.
Berinformasi untuk menjadi pusat capaian maklumat oleh para usahawan digital di Malaysia.

Inilah waktunya. Inilah tempatnya!

Selain itu, eUsahawan eLearning juga akan dilancarkan pada majlis ini.
Kelas keusahawanan digital dalam talian ini adalah satu lagi inisiatif lanjutan MDEC untuk membantu rakyat menguasai ilmu perniagaan digital.

Tentatif Learning Labs untuk sepanjang 2 hari ini boleh didapati di link ini

Saya kongsikan dengan bakal usahawan yang akan hadir ke Program Daya eUsahawan 2017.
Antaranya ialah SifuFBAds yang akan berkongsi topik yang bermanfaat diantaranya ialah:

Mastering Copywriting

Dalam dunia bisnes online, teknik copywriting adalah kemahiran yang paling penting untuk menarik hati prospek.

Di Malaysia ada 11 juta pengguna Facebook.
Dengan mempelajari ilmu penulisan posting yang betul, usahawan boleh menjana pendapatan dalam bidang dunia perniagaan digital.
Kelas Instagram pun ada!

Tentatif untuk Persidangan.

Persidangan Daya eUsahawan dimulakan seawal 8.30 pagi sehingga 10 pagi bersama Prof Dr Muhaya dengan tajuk ‘Niat Tepat, Bisnes Berkat’

Paling istimewa dengan tema meriah bling bling ialah Malam Gala Daya eUsahawan.

Kita jumpa disana ya!

Malam Gala Program Daya eUsahawan

Sebagai Master Trainer eUsahawan, saya amat berbangga melihat usaha MDEC membantu usahawan dengan pelbagai peluang.
Serba sedikit tentang eUsahawan di link ini.

eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Video Daya eUsahawan tahun 2016. Pastinya tahun 2017 menjanjikan lebih aktiviti yang menarik.

DUB! DAB! DUB! DAB! DEBARAN DAYA eUSAHAWAN SEMAKIN TERASA!Pengisian Yang Lebih Menyengat!Penceramah Yang Lebih Power dan Mantap!Rebut peluang untuk menjadi salah seorang daripada lebih 2,000 peserta eUsahawan yang bertuah!Bagaimana ingin sertai kami?Kemas kini profil diri dan prestasi perniagaan anda di https://web.eusahawan.net/login dan layari http://eusahawan.mdec.my/daya-eusahawan/ untuk maklumat lanjut mengenai DAYA eUsahawan 2017.Jumpa pada 30-31 Oktober nanti ya!

Posted by eUsahawan MY on Ahad, 1 Oktober 2017

Konvensyen Daya eUsahawan 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 dan 9 November yang lalu. Konvensyen gilang gemilang ini telah dihadiri seramai lebih 3,000 peserta eUsahawan yang terdiri daripada para pelajar dan tenaga pengajar TVET, serta usahawan mikro.

Tujuan utama konvensyen tahunan ini adalah bagi meraikan kejayaan peserta program eUsahawan yang berjana menjana pendapatan melalui platform digital.

Sepanjang 2 hari konvensyen ini, para peserta dapat mempertingkatkan ilmu keusahawan digital melalui sesi taklimat dari pakar-pakar dan mentor dalam perniagaan digital.

Leave a Reply