DAYA Usahawan – eUsahawan MDEC

Blog

Konvensyen Daya Usahawan (eUsahawan) 2017

Ini tahun kedua untuk konvensyen Daya Usahawan (eUsahawan). Ianya bagai sebuah majlis yang dinanti-nanti bukan sahaja oleh peserta eUsahawan namun oleh trainernya juga haha.

Puan Suraya Ali merupakan antara Certified Master Trainer untuk Program eUsahawan.

Konvensyen Daya eUsahawan 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 dan 9 November 2016.
Manakala tahun ini, Daya Usahawan akan berlangsung pada 30 & 31 Oktober 2017.

Seronoknya!

Pada tahun lepas, konvensyen gilang gemilang ini telah dihadiri seramai lebih 3,000 peserta eUsahawan yang terdiri daripada para pelajar dan tenaga pengajar TVET, serta usahawan mikro. Tujuan utama konvensyen tahunan ini adalah bagi meraikan kejayaan peserta program eUsahawan yang berjana menjana pendapatan melalui platform digital.

Sepanjang 2 hari konvensyen ini, para peserta dapat mempertingkatkan ilmu keusahawan digital melalui sesi taklimat dari pakar-pakar dan mentor dalam perniagaan digital.

 

Guru-guru bisnes dalam Daya Usahawan

Nama-nama besar sebagai guru dalam bisnes online (digital) yang akan turut serta dalam Daya eUsahawan ialah Sifu FB Ads, Sifu Wan Mus dan Firdaus Azizi.

Agensi seperti Halal Industry Development Corporation, Pos Malaysia, Manage Pay dan AKPK pun ada untuk memberikan informasi berguna kepada usahawan.

Paling best bila ada The Photolicious kongsi ilmu ambil gambar produk yang cantik dengan kos yang rendah. Wahhh memang berbaloi kalau datang Daya Usahawan ni tau kawan kawan.

Daya Usahawan

 

Hanya 4000 peserta eUsahawan terpilih

Daripada hampir 50,000 peserta eUsahawan sepanjang 2017, hanya 4000 yang terpilih untuk menghadirinya!

Memang bertuah, siapa yang dapat jemputan melalui SMS.

Kelas sifu-sifu ni kalau diikutkan sangat-sangat mahal.
Tapi dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Sdn Bhd, usahawan datang dengan membawa hati yang gembira sahaja!

 

Malam Gala Daya Usahawan

Oleh kerana sudah 2 hari menuntut ilmu penuh didada, usahawan dijemput ke Malam Gala Daya eUsahawan dengan tema blink blink glittering (berkilat-kilat merelip).

Ada rezeki, dapatlah kita jumpa Mok Cun kan?

 

Daya Usahawan

Siapa yang belum sertai eUsahawan, cepat sertai kelas Puan Suraya Ali ya.

 

Mak Cun eUsahawan

 

https://youtu.be/g4RhpEBiKPo

Details lanjut tentatif Program Daya eUsahawan di link ini ya!

Nak tahu tentang Daya eUsahawan di blog Puan Suraya Ali disini.

Leave a Reply