Ekspedisi Sungai Lepoh


Sungai Lepoh turut dikenali dengan nama Sungai Lopo dan juga Sungai Lepok. Menurut kata orang tempatan, namanya berbeza mengikut slang orang asal.

Sungai Lepoh berada di Hulu Langat dan sangat mudah cariannya di Waze.
Dalam gambar dibawah ialah tempat parking dan cas parking ialah RM5.
Pada tahun 2008, parking baru RM2.
Di tempat parking ini ada tandas jadi kalau buang air, buang siap siap disini.

wpid-wp-1459726625095.jpg

 

Sebelum bermula, kami stretch dahulu kasi otot yang ketat baru bangun tidur itu panas.
Angkat kaki, pusing pusing dan lapan lagi haha.

Gambar pagi untuk membuktikan saya sangat bersemangat dan tak sabar menuju puncak Bukit Sungai Lepoh.
Ekspedisi kalini disertai oleh yang paling matang usia 45 tahun dan yang paling muda ialah Iman berusia tujuh tahun.

wpid-wp-1459726707789.jpg

 

Dari tempat parking kereta ke pintu masuk bukit ini, ada kedai runcit yang kecil dijaga oleh seorang pakcik.
Kami perlu tulis nama dan IC No di buku yang disediakan.
Katanya untuk pastikan siapa yang naik dan berapa orang yang naik.
Masa turun takpayah register dah jadi saya tanya kalau ada yang turun macamana pakcik?
Dia gelak sahaja katanya dia boleh agak berapa orang naik dan berapa orang turun.

 

 

wpid-wp-1459727254309.jpg

 

Ok — kita dah sampai.
Malam semalam hujan lebat di kawasan Cheras – Hulu Langat jadi sungai banyak air.
Belum apa apa dah basah kasut dan stokin.
Kalau taknak kotor dan basah, duduk kat rumah jalan jalan AEON haha itu kata hati saya ditujukan kepada diri sendiri.

wpid-wp-1459727756889.jpg

 

Siap ada titi buruk sebegini.
Betul betul mengembalikan memori.
Saya tidak takut titi buruk ini runtuh. Paling paling kita akan jatuh ke dalam kenangan eh dalam air.

wpid-wp-1459727384243.jpg

 

Sewaktu memulakan trekking, saya masih dihadapan. Anis berusia 10 tahun di belakang sangat cool dan tidak merungut.
Senang sangat trek ini untuk dia yang aktif. Haha.

Saya yang separuh hidup separuh berusaha untuk tiba ke destinasi

wpid-wp-1459727839746.jpg

 

Trek dimulakan dengan kebun orang. Kiri kanan ada banyak pokok pisang dan pokok lain.
Ada yang segar bugar, ada yang baru lepas terbakar.

wpid-wp-1459727905568.jpg

Ada yang baru berputik dan ada yang tinggi melangit megah (hampir) mencecah awan.

wpid-wp-1459727941137.jpg

 

Dalam usia sebegini, memang kena banyak berehat.
Haha sebenarnya bukan salah usia, saya yang jarang gunakan lemak bagi tujuan baik.
Selalu memanjai (lemak) itu. Kini tiba masa kita berpisah.

Saya bersama Rayyan Iman yang berusia 7 tahun dan mula mendaki seawal usianya 5 tahun!

wpid-wp-1459728187708.jpg

 

Kalau mahu kurus, sinilah tempatnya.
Ia menguji bukan sahaja stamina malahan ketahanan (endurance) fizikal dan mental.
Mahu patah balik pun sudah jauh.
Bunyi air terjun makin kuat kedengaran.
Pergi dalam kumpulan, tidaklah kita hilang semangat didalam hutan ini.

wpid-wp-1459728284480.jpg

 

Trek didalam Bukit Sungai Lepoh ini kadang bercabang.
Pilih yang paling kurang rumput tanda sering dilalui orang.
Atau ikut sahaja tanda tali warning maksudnya itu jalan yang benar.

Cara lain, ikut bunyi air terjun.
Ada saya baca di blog, kalau ikut bunyi air terjun kita akan sampai kebun durian (orang).

wpid-wp-1459728479340.jpg

 

Sepanjang perjalanan 5 km untuk naik, kami berhenti 6 kali semasa naik dan 3 kali semasa turun.
Buat juga muka bergembira tak mahu kalah dengan anak anak ini.
Dulu kakak (makcik) ni jaguh kampung tak ada hal trek 5km ini lah haha
Sebenarnya kalau ada perlawanan, ianya adalah perlawanan kita dengan diri sendiri.

Mahu teruskan sampai atas atau berhenti disini.
Semuanya dialog didalam diri.
Jawapannya pula — dalam cekalnya hati.

Kalau kita jumpa paip air besar begini tandanya kita di jalan yang benar.

wpid-wp-1459728594805.jpg

 

Alhamdulillah kami selamat sampai.
Ekspedisi pada pagi Ahad ini menemukan kami dengan ramai manusia yang juga (exercise?) macam kami.
Ada yang bawa anak, goreng ikan masin, ayam panggang.
Macam satu perkampungan lain disini haha.

wpid-wp-1459728861132.jpg

 

Air terjun Sungai Lepoh ini adalah berbaloi dengan panjatan sebanyak 5 km!
Cantik dan sangat bersih.
Macam nak bawa balik rumah.

Gambar sebelum masing masing terjun tiruk.
Saya tak mahu mandi.
Air terjun dan saya bukan ditakdirkan bersama. Haha.

wpid-wp-1459729244417.jpg

Gambar saya ambil di Google —

wpid-wp-1459729092714.jpg

 

Saya lebih tak sabar untuk baring dan tidur didalam hammock yang sudah dipasang oleh encik suami haha
Memang tenang, sunyi dan tak dengar suara manusia.
Yang kedengaran hanya bunyi air terjun dan kartun Shin-Chan.
Haha — Mama Anis pasang video Sin Chan dan sayur sayup saya mendengarnya dari dalam hammock.
Ingatkan ianya (Shin Chan) didalam minda saya haha.

wpid-wp-1459729279030.jpg

 

Nasi lemak di atas puncak Bukit Sungai Lepoh adalah yang tersedap!
1500 kcal kalori yang terbakar membuatkan hari ini adalah free day buat saya haha.
Another side of me rasa sayang pula untuk menggunakan kuota ini.
Lagipun ianya kuota harian dan bukannya mingguan.

Hari esok dan seterusnya jarang kami bakar 1500 kcal sehari!

wpid-wp-1459729316600.jpg

 

Bekalan yang paling sedap biarpun berat nak bawa naik tapi memang berbaloi jika dibawa.
Macam naturalist sangat makan dengan tagline — limau yang ditanam sendiri tapi ini tanam sendiri ke?
Haha.
Cita-cita itu ada.

wpid-wp-1459729335279.jpg

 

Untuk perjalanan naik dan turun sejauh 10 km ini kami berdua suami isteri bawa 2 liter air Performance Drink Shaklee, 1 liter air kosong dan 1 flusk air nescafe panas.
Sedap sangat baq ang.
Atas bukit ni — rare, semua sedap.

wpid-wp-1459729350623.jpg

 

Dalam hammock, saya layan perasaan jadi Puteri Gunung Ledang sementara semua orang mandi air terjun.
Jangan kecam saya sebab tak mandi sebab saya pun tak faham kenapa kena mandi air terjun untuk menikmatinya.
Kita kan boleh memandang atau tidur dengan bunyi air terjun tanda menikmatinya?
Eh saya pula kecam orang haha.

Hikers kental, jangan lupa bawa power bank solar.
Masa nyawa (read as bateri handphone), boleh charge dan dalam masa yang sama recharge power bank tu dengan cahaya dari alam iaitu cahaya matahari!

wpid-wp-1459730730202.jpg

 

Sedang berseronok (read as hampir tertidur), kawan kawan ajak balik.
La saya sangkakan kita akan stay sepanjang hari.
Orang lain ada urusan lain pula lagipun diatas ni tak ada Internet.
Seakan terhenti dengan dunia luar dan ada hati mahu fikir tentang camping disini?

wpid-wp-1459730893979.jpg

 

Lain kali bila datang lagi mesti bawa plastik hitam dan juga sarung tangan untuk kutip sampah di atas dan bawa turun.
Hikers kental semua mesti tahu zikir naik bukit ini iaitu :

Take nothing but pictures,
Leave nothing but footsteps.

Di atas bukit tak ada majlis perbandaran dan banyak sampah masakini lambat lupus macam plastik dan botol.
Sampah pembalut nasi lemak semua bawa turun semula untuk dibuang di tanah rendah.

 

Dalam perjalanan pulang kami terjumpa bunga halia yang dikatakan cukup banyak di trail ini tapi cuma nampak satu sahaja.

Tak tahu mana pokoknya dan kenapa dia tersadai disini seorang diri.
Saya tahu ini adalah bunga halia dari seorang wanita yang sedang menanti kawan – kawannya turun dari bukit ini.

wpid-wp-1459768104836.jpg

 

Ini wajah bunga halia waktu dah kering. Masih cantik dan mengkagumkan.

wpid-wp-1459768116975.jpg

 

Rakan rakan ekspedisi yang selepas sahaja gambar ini diambil saya terus ke kereta dan tak jumpa sesiapa.
Haha semuanya hampir tinggal baki baki nyawa meneruskan kehidupan.

Maklumlah setahun sekali baru buat aktiviti begini.
Lepasni 2 kali seminggu untuk mendapatkan lebih peluang makan dengan tergembira.
(demi sebuah cita cita)

wpid-wp-1459768126532.jpg

 

Gambar terakhir ialah sebaik sahaja saya keluar hutan dan melihat matahari sambil memberitahu panasnya Malaysia.
Macam orang seberang yang baru turun tongkang, tak takut dengan cabaran meredah hutan demi sebuah harapan masa depan.
Untuk berjaya naik dan turun, ia bukan mudah untuk seorang kita.

Banyak keselesaan yang kita dan diluar sedar keselesaaan itu semakin membunuh kita semua.

wpid-wp-1459768141132.jpg

 

Seorang pendaki cinta,
Pendaki wanita,

Suraya Ali


3 comments

Leave a Reply

Cari

Kategori

%d bloggers like this: