Hari ini bermula Cabaran Blogging 40 hari Cik Sue.
Kata orang perkara yang dibuat berulang selama 40 hari akan kekal dan terbiasa buat.
Bila tak buat akan rasa gatal gatal hihi.

Pagi ini Cik Sue di T Lodge Kuala Besut berhampiran Jeti Kuala Besut.
Bersiap untuk ke Program Pulau Jutawan 2014 di Pulau Perhentian.

Penginapan satu malam bilik Deluxe ada 2 katil queen ialah RM139.
Ada wifi password diberi namun tak ada line hihi.

Phone line Maxis kadang ada lama tiada.
Seolah olah kena bersabar dengan semua ketentuan waktu ia tiada line.

Keadaan hotelnya boleh tahan — Cik Sue tidak minta banyak dari sebuah bilik dengan harga tersebut.
Ada TV ada water heater namun tak boleh guna air panas — tak tahu kenapa.

Kuala Besut

Gambar di atas dari koridor T Lodge.
Pagi ini Cik Sue akan berkumpul dengan team #pulaujutawan2014 di jeti pukul 10.
Jadi kena parking kereta siap siap beli topi ke apa ke dahulu.
Bagi kawan kawan yang memerlukan khidmat parking kereta di Jeti Kuala Besut hubungi 0169309773 Tuan Hilal.
Dimaklumkan ramai budak dadah akan ambil kesempatan untuk tolong kita parking kereta di tempat yang bukan bukan.
Jaga keselamatan dan pendirian ya.

Pakai sandal pink Cik Sue beli di Pasaraya Kuala Besut.
Mestilah ia buat saya gembira.
Wanita yang mudah bersetuju dengan benda berwarna merah jambu. Hihi.

Dimana juga kawan kawan berada Cik Sue doakan hati kita sentiasa dalam keadaan iman paling tinggi.
Percaya fungsi seorang kita belum berakhir.
Nafas hadiah percuma Allah untuk kita berusaha memberi manfaat kepada sekalian alam.
Macam bunga macam serangga.

Cik Sue sambung lagi.
Sehari kena ada 3 entry — Cabaran 40 hari blogging — boleh ke boleh.

Cik Sue.
Dalam hati ada bunga.
Follow FB Page https://www.facebook.com/puansurayaali
Follow IG @puansurayaali

Leave a Reply