Blog

Luna Inspirasi Nov 2014

Luna Inspirasi Nov 2014

Terima kasih kawan-kawan yang mengikuti Luna Inspirasi – Suraya Ali.
Syukur Tuhan rezeki berpagi pagi.
Nikmat yang benar benar Cik Sue syukuri walaupun malam sebelum tidur tenaga berbalance sedikit baki.Lena itu proses recas tenaga — tidak perlu lama rupanya — bercakap pada diri.

Setiap kita melalui proses self discovery — atau rehabilitasi hihi.
Pada waktu tiada energi atau hidup rasa tidak bererti, syukurilah sebuah nafas yang Allah beri.
Pasti nafas ini untuk sebuah tugas.

Ada sesuatu perkara yang kita suka dan cekap melakukannya. Lakukan sebaik gred A.
Bila kita bagus, ia bukan sepenuhnya kita. Ia refleksi kesempurnaan Allah dalam ciptaan.
Mari jadi wakil yang menunjukkan kebaikan.

Teruskan melaku.
Catatkan semua impian di suatu buku.
Buat semua langkah langkah yang perlu.
Hidup ini bagaikan sebuah rantai mutiara yang dicantum menggunakan benang yang halus.
Dengan sekali rentapan, rantai kan putus bertabur butir mutiara di lantai.
Kita mahu terus memakai rantai.
Dalam waktu mencari mutiara yang jatuh, ada mutiara yang sumpik dan pecah. Andai dipakai rantai begitu, lukalah kita.

luna inspirasi nov 2014
Letak tepi mutiara pecah, teruskan mencari.
Akan ada mutiara yang mengambil masa yang lama untuk ditemui lantas warnanya kusam dan pudar.
Ambilnya, gilapnya, cantumkannya semula menjadi rantai.

Rantai dengan beberapa mutiara yang ada sangat pendek untuk dipakai. Andai disarung juga, leherkan tercekik.
Kita perlu mendapatkan mutiara baru — melalui pengalaman hidup dan ilmu dari guru.

Usah dikutip mutiara lain yang pecah, kita akan membazir masa. Dapatkan terus mutiara yang bersinar dan bermanfaat — yang guru ada — guru kongsikan.

Orang biasa guru nya adalah pengalaman sendiri.
Orang bijak, guru nya adalah pengalaman orang lain.

Melihat kalung mutiara kita, fahamlah mengapa kita perlu positif dan bersinar — jika berlebih butirnya, berikan kepada orang lain yang meminta.

Belajar biar berguru.
Air hanya mengalir dari tempat tinggi ke tempat lebih rendah.

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *