Entri 2 Hari 32 #cabaranblogging 40 Hari
—————– Mengapa semua makhluk buat apa yang dilakukannya.
Bagaikan ada manual dia dengan Tuhan-Nya.

Semua kita ada kisah.
Kita tidak berbangga atau berduka dengan kisah kita.
Ia yang menjadikan insan itu sebenar hari ini.

Bila bersama insan lain, berikan telinga lapangkan hati.
Dengari dan hadami.
Bukan untuk sebuah penilaian tapi untuk perkenalan dan kefahaman.
Dengarkan.
Bunga raya ini cukup cantik sebagai bunga raya.
Usah banding, usah jelingnya dengan bunga lain.
Kita cukup sempurna sebagai seorang manusia.
Hidup dengan bahagia, bersyukur dengan setiap cinta yang bermula dengan kejadian kita.

#ciksue
#bungaraya
#batupahat

Leave a Reply