Online Marketing Trainer

Puan Suraya Ali

Terlibat dalam dunia keusahawanan runcit dan pelesenan sejak tahun 2007, Puan Suraya Ali kini aktif dalam menyediakan latihan keusahawanan digital kepada rakyat Malaysia. 

Bergelar Jurulatih Program eUsahawan anjuran MDEC, beliau turut menyediakan latihan dan coaching kepada usahawan mikro.

Beliau boleh dihubungi di emel suraya@lunaworks.co untuk jemputan sebagai trainer untuk sebarang program keusahawanan digital untuk kolej, universiti mahupun tim pemasaran sebarang organisasi.

 

Servis Yang Disediakan

Penulisan di Laman Web

Penulisan dengan gaya SEO-friendly dan mesra pembaca untuk meneruskan pembacaan. Servis ini dapat menaikkan laman web Tuan/Puan ke muka surat pertama Google.

Latihan Pemasaran Digital

Latihan pemasaran digital yang merangkumi perancangan konten, media sosial (FB & IG) dan laman web (SEO dan Video).

Coaching Persendirian

Usahawan yang memerlukan konsultasi dan sesi coaching persendirian untuk perancangan pemasaran digital.

 

Dalam kalangan wanita bergelar ibu, nama Suraya Ali atau lebih dikenali sebagai Che Sue cukup dikenali sebagai perunding laktasi dan pengasas perniagaan Lunatots.

Bermula menjual pam susu dan lampin kain pada 2008, dia antara wanita yang memulakan penulisan keibubapaan di blog lantas mempunyai pengikut tersendiri.

Kecintaan dalam bidang penyusuan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila dia sanggup berguru setiap hujung minggu di Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM) sehingga menerima gelaran perunding laktasi bertauliah (IBCLC) pada 2011. Malah usaha keras dan gigih membolehkan usahawan ini membuka sembilan cawa-ngan Lunatots di seluruh negara suatu ketika dahulu.

Namun menyedari peralihan tumpuan masyarakat terhadap perniagaan dalam talian, Suraya turut melakukan perkara yang sama apabila dia mula mengalihkan perhatian kepada penyampaian ilmu di bawah jenama Lunaworks.co.

“Pengalaman berkongsi ilmu penyusuan susu ibu ketika bersama Lunatots saya gunakan sepenuhnya untuk menyampaikan ilmu dalam bidang pemasaran. Pada saya dunia pemasaran dalam talian bukanlah sesuatu yang baharu. Menerusi syarikat sendiri saya sudah menggunakannya malah ia semakin berkembang disebabkan permintaan pengguna yang inginkan perkhidmatan kedai dalam talian yang lebih cepat dan pantas,” katanya.

Tambahnya, tanpa menggunakan pemasaran digital ini sukar untuk perniagaan bermula, bertahan malah berkembang. Malah Suraya menjadikan perniagaan terdahulu sebagai contoh setiap kali mengadakan kelas kepada orang ramai.

 

 

MENYAMPAIKAN ilmu pemasaran kepada usahawan dalam talian.

Mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah apabila turut terbabit secara langsung dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai Master Trainer eUsahawan sejak 2016, disebabkan pemilihan yang sangat ketat. Namun Suraya bersyukur kerana pengalaman dalam pembinaan blog, perniagaan dalam talian menjadi sebab dia terpilih di antara puluhan jurulatih yang lain.

“Sejak mengetahui mengenai eUsahawan saya bersemangat untuk mendidik masyarakat mengenai mudahnya pemasaran dalam talian. Program ini diadakan bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai pemasaran digital dan terbuka kepada semua yang berusia 18 tahun ke atas.

“Latihan diberikan dalam bentuk geran dan kelas bersemuka di Cyberjaya. Namun sekiranya terdapat permintaan kelas untuk di luar Lembah Klang, ia tidak menjadi masalah untuk saya menyertainya,” katanya yang memberi tumpuan kepada latihan menaikkan laman sesawang di halaman pertama Google atau Search Engine Optimization (SEO).

Ditanya perbezaan kerjaya dahulu dan sekarang, Suraya menjelaskan, ketika di syarikat sendiri dia berhadapan dengan ibu bapa yang inginkan ilmu mengenai keibubapaan. Tetapi, sejak menjadi jurulatih usahawan digital, kebanyakan pengikutnya terdiri daripada usahawan yang sentiasa mengikuti perkembangan Lunaworks.co.

Namun persamaannya, kedua-dua latihan diadakan di dalam kelas dan memerlukan latihan praktikal berterusan. Peserta juga perlu nekad dan berlatih secara konsisten demi memajukan bisnes mereka.

“Inilah cabarannya apabila saya perlu memberikan kefahaman yang jelas mengenai selok-belok pemasaran dalam talian. Walaupun ada yang sudah berusia, ia tidak menjadi halangan untuk mereka belajar kerana ilmu ini tiada hadnya” jelasnya.

Disokong suami, ibu bapa dan kawan yang banyak memberikan kata-kata semangat sepanjang menjalankan perniagaan, namun perkara yang menyuntik semangat untuk terus menyampaikan ilmu ialah pahala berterusan selepas meninggal dunia kelak.

“Saya selalu ingatkan ilmu yang diamalkan juga akan memberikan seribu satu manfaat kepada masyarakat dan pahalanya akan mengalir di sana. Jadi inilah sebabnya mengapa saya semakin tekun menambah ilmu agar penyampaian saya sesuai mengikut peredaran semasa,” katanya.

Pada masa akan datang besarlah harapan wanita ini ingin melihat dunia latihan pemasaran terus berkembang dengan lebih dan hebat. Kombinasi sains dan seni di dalamnya akan membuatkan seseorang individu itu terus berusaha dalam perniagaan mereka.

Pada masa sama dia ingin menjadikan Lunaworks.co sebagai jurulatih perniagaan yang menjadi rujukan usahawan terutama dalam bidang pemasaran.

Selain menulis, Suraya kerap melancong ke luar negara bagi meluaskan pengalaman serta memenuhi kerjaya sebagai blogger dan vlogger LunaStory.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 4:30 AM

Share this:

Like this:

Like Loading...
%d bloggers like this: