eUsahawan

eUsahawan Sign Up Cara Mendaftar Program

Promosi tentang eUsahawan Sign Up telah pun bermula tau. Ianya adalah peluang belajar Digital Marketing ataupun Online Marketing secara percuma melalui geran yang disediakan. Wahhh, ini peluang baik untuk semua rakyat Malaysia diatas 18 tahun!

daftar eusahawan

Apa itu eUsahawan Sign Up?

Program eUsahawan Sign Up adalah sebuah program yang memfokuskan kepada pendidikan dunia digital kepada individu mahupun organisasi yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan dalam bidang digital. Asalkan rakyat Malaysia dan berumur diatas 18 tahun.

Gambar bendera Malaysia daripada biswardihasbi.wordpress.com

Siapa Boleh Hadir eUsahawan?

  • Usahawan yang mempunyai produk yang boleh diniagakan secara digital. Kalau boleh, produk kita mestilah mudah dipos menggunakan servis pengeposan dan tidak mudah pecah.
  • Usahawan yang mahu berkembang dalam perniagaan berbentuk servis. Tahun 2020 dan seterusnya melihat pemasaran dalam bentuk digital sangat penting kepada perkembangan sesebuah perniagaan.
  • Individu yang mahu memulakan perniagaan namun tidak tahu bagaimana untuk bermula.
eUsahawan Sign Up
Usahawan Online perlu membanyakkan lagi ilmu

Kenapa Kena Hadir eUsahawan?

Trainer yang bertauliah

eUsahawan memberikan penekanan terhadap kepentingan promosi perniagaan secara online ataupun digital. Trainer eUsahawan yang terpilih telah melalui pelbagai latihan dan pemilihan yang ketat dalam membawa mandat kerajaan dalam pendigitalan perniagaan rakyat Malaysia.

Barisan Trainer eUsahawan yang menerima latihan dari MDEC

Modul yang berkesan

Modul eUsahawan telah melalui saringan yang bukannya sedikit dari pelbagai latar belakang konsultan. MDEC iaitu Malaysian Digital Economy Corporation sangat komited dalam memastikan para peserta program mendapat kebaikan daripada program yang dijalankan agar ia bukan sekadar melepas betuk di tangga kata orang lama.

Jaringan Usahawan yang Mantap

Berniaga tak boleh keseorangan kan? Jadi bersama dengan eUsahawan Sign Up ini kita akan dapat bertemu dan seterusnya bertukar fikiran dengan kawan-kawan usahawan yang lain. Ianya adalah sebuah pengalaman yang pastinya dapat memberikan perspektif yang berbeza kepada bisnes kita.

Bila Saya Boleh Daftar eUsahawan?

Usahawan boleh mendaftar untuk eUsahawan pada sepanjang bulan Jun sehingga Oktober. Link untuk mendaftar adalah seperti berikut dan Tuan/Puan hanya perlu klik untuk eUsahawan signup.

Sekiranya saya mempunyai lebih daripada 30 orang peserta, bolehkah saya menghubungi Puan Suraya Ali untuk hadir ke organisasi kami?
Boleh. Hanya emel lunaworks.co@gmail.com dan nyatakan hasrat Tuan/Puan.

Organisasi yang mempunyai ejen
eUsahawan Sign Up
Puan Suraya Ali, eUsahawan Trainer didalam salah satu kelas yang dikendalikan

Suka cara Cik Sue mengajar.. memang best

Puan Cyma Hashim, Pulau Pinang

Bagaimana Nak Daftar eUsahawan?

Senang aje caranya. Pertama sekali Tuan/Puan mestilah tidak pernah hadir mana-mana program eUsahawan yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan ataupun organisasi. Sekiranya Tuan/Puan sudah pernah hadir, yuran RM80 akan dikenakan dan ianya masih berbaloi untuk hadir sekali lagi.

Klik pada link ini untuk daftar eUsahawan signup dan pilih tarih yang Tuan/Puan available. Jangan lambat-lambat nanti tak sempat dah habis dana geran.

Follow Facebook Lunaworks Online Marketing di link ini.

Instagram Lunaworks.co untuk makluman kelas disini.


(Disclaimer: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *