Blog

eUsahawan Youcanduit – Program untuk Rakyat Malaysia

Trainer Digital Marketing

eUsahawan Youcanduit

Pernahkah Tuan/Puan lihat iklan eUsahawan Youcanduit di kaca TV mahupun sewaktu melayari Internet?
Program eUsahawan adalah inisiatif Perdana Menteri Najib Tun Razak pada tahun 2015.

Inspirasinya ialah untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia mahir dalam bidang online marketing.
Medium online marketing dapat membantu individu yang mahu memulakan perniagaan.

eusahawan youcanduit 2018

 

Siapa yang patut hadir eUsahawan Youcanduit?

eUsahawan Youcanduit ialah kelas asas online marketing yang dikendalikan oleh Certified Master Trainer yang dilantik oleh MDEC.

Siapa yang patut hadir kelas ini?

  1. Individu yang belum mempunyai perniagaan namun mahu belajar tentang asas memulakannya

  2. Individu yang sudah ada perniagaan namun belum menggunakan online marketing

  3. Individu berniaga yang sudah menggunakan medium online marketing untuk pemasaran namun mahu menambah ilmu.

 

Kelas ini mungkin tidak sesuai dengan:

  1. Individu yang mahu belajar lebih advance dalam bidang online marketing kerana ianya dibuka kepada semua rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang yang mahu belajar online marketing.
  2. Individu yang mahu menjadi konsultan dalam bidang online marketing.

Syarat untuk menyertai kelas eUsahawan Youcanduit?

  • Rakyat Malaysia (rakyat negara lain tak boleh ya. Kena ada IC)
  • Berumur diatas 18 tahun
  • Mempunyai laptop ataupun telefon bimbit (smart phone) dengan talian Internet

youcanduit trainer 2018

Kelas eUsahawan Youcanduit adalah PERCUMA untuk semua rakyat Malaysia bagi pertama kali menghadirinya.
Individu yang sudah pernah hadir, tak boleh datang lagi ya.

Bagaimana untuk mengetahui kelas eUsahawan Youcanduit yang seterusnya?

Layari http://bit.ly/eupuansurayaali atau daftar Youcanduit disini.

 

Apakah yang akan dipelajari didalam program Youcanduit?

Kelas bermula seawal 9 pagi sehingga 5 petang. Sesi pagi akan membincangkan tentang asas perniagaan samada online mahupun offline.
Online marketing memerlukan kita sebagai usahawan memahami demografi pelanggan kita dari sudut jantina, umur, pekerjaan dan juga kegemaran mereka.
Ini bagi memudahkan kita mensasarkan iklan kita dilihat oleh prospek ketika iklan kita dijalankan.

Ramai rakyat Malaysia menggunakan Facebook dan Instagram untuk berniaga.
Tak lupa juga untuk membuat pembelian online!
Amat sayang jika kita tak meletakkan perniagaan kita di Facebook dan Instagram untuk lebih pendedahan kepada prospek kita.

 

Pelanggan sedia ada juga perlu dilayan. Dan kali ini kita gunakan online marketing untuk ‘bermesra’ atau kata lainnya mempunyai ‘engagement’ dengan pelanggan kita.

 

Perniagaan hari ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.
Sebagai usahawan, kita perlu bergerak seiring (ataupun lebih laju) daripada teknologi sekarang supaya kita dan perniagaan kita sentiasa di hadapan.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai kumpulan 30 peserta di kawasan Lembah Kelang atau mahukan Puan Suraya Ali untuk mengajar eUsahawan 2018 (di luar KL)iaitu di tempat Tuan/Puan, hubungi kami melalui email ke suraya@lunaworks.co

 

 

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *