fbpx

Facebook, Instagram dan WhatsApp down

Pagi 5 Oktober 2021 saya terjaga jam 4.43 pagi dan terus buka Facebook untuk menulis.

Dah terbiasa menulis 40 minit ke satu jam sebelum memulakan hari.

Punyalah panjang saya tulis siap ada screenshot yang pelbagai, ianya tak boleh dipublish.

Asyik keluar error macam ni. Saya cek WhatsApp yang saya reply pada kawan-kawan pun semuanya tak dihantar. Ada gambar jam yang delay tu.

Tiga empat kali cuba masih error

Save dulu tulisan dulu dalam Google Keep sebelum reboot handphone. Siap uninstall Facebook dan install semula. Ada button update dan saya klik tapi tak ada beza.

Paling kelakar saya ingat saya dah meninggal. Maksudnya bukan didunia nyata dah tapi tak tahu. Jadi tak boleh update apa-apa.

Sempat fikir eh aku tak solat lagi Subuh sebab belum masuk.

Ok relaks dulu. Saya cuba kejut suami nak beritahu FB saya tak berfungsi di jam 5 pagi. Dia beri handphonenya untuk saya cuba.

“Eh boleh pula bila Sue tulis status pada wall abang yang Only Me.”

Bila cuba login di handphonenya ID saya, keluar notification ni pula.

“Server untuk ID Sue down lah tu.” Sempat pula dia pujuk kita pagi-pagi ni.

Pukul 8 pagi saya buka status FB nampak akhbar melaporkan yang FB, IG dan WhatsApp down 6 jam dimana kali terakhir mereka ialah pada 2019 dan paling teruk pada 2008.

Tak keluar apa

Dikatakan saham Facebook juga mengalami penurunan. Tapi ini tiada kaitan dengan saya kerana saya tak beli saham mereka pun hahaha.

Nak juga join the bandwagon sebab memang resah dok on off wireless dan modem.

Cerita panjang-panjang yang saya tulis tu takkan nak emel pula haha.

Nanti saya tulis di blog lah!

Leave a Reply