Facebook, Instagram dan WhatsApp Mengalami Gangguan Sementara

Blog

Tidak dinafikan sebagai pengguna apatahlagi yang berniaga, Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami gangguan memang sesuatu yang sangat menggangu emosi.

Sehingga ke waktu posting ini ditulis iaitu jam 9.51 am waktu Malaysia, beberapa posting yang diupload di Facebook dan Instagram tidak dapat dipaparkan.

Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami gangguan
Sumber Twitter akaun Facebook

Perkara ini mula disedari oleh rakyat Malaysia sejak hampir 6 jam lalu apabila mendapati tiada update terbaru dari orang yang mereka ikuti di media sosial.

Dan apabila kita sendiri cuba upload pun seolah olah ‘tidak lepas’


Menurut rujukan beberapa buah laman web yang berkongsikan ini, ianya berlaku kerana keadaan teknikal yang sedang Facebook lakukan dan tim Facebook juga sedar tentang keadaan ini.

Hampir seluruh dunia terganggu dengan situasi ini dimana WhatsApp tidak boleh menghantar sebarang image mahupun video.

Bagi usahawan yang mempunyai website dan blog, ini peluang kita untuk mendapatkan jualan melalui website kerana Google tidak mengalami gangguan.

Untuk mengetahui lebih tentang bagaimana mengendalikan content di laman web dan media sosial, saya kongsikan dalam kelas. Sertai Grup Telegram untuk mengetahui maklumat kelas Online Marketing di link ini.

Leave a Reply