Formula Kejayaan Kehidupan : Matlamat Dahulu atau Lalui Proses

Kita terbiasa sukakan formula kerana ia menyuntik idea baru yang membolehkan kita terus melalui kehidupan. Antara formula yang dicari oleh kita ialah formula kejayaan kehidupan.

Artikel tentang menetapkan azam baru di sini.

Ini sedutan dari drama Korea tahun 2018 iaitu ‘What’s wrong with Secretary Kim?’

Setiausaha Kim telah berkhidmat selama 9 tahun dengan majikan beliau.

Gambar-gambar dibawah ialah semasa beliau mengenang semula kisah di awal-awal bekerja. Ketika itu beliau sering melakukan kesalahan dan dimarah dengan teruk.

Sudahlah satu malam sempat tidur dua ke tiga jam sahaja, berjauhan dengan keluarga dan tak rasi dengan makanan Amerika ketika itu membuatkan hatinya cukup sedih.

Ketika dimarahi majikan, beliau beritahu yang beliau akan berhenti. Bila dah masuk bilik barulah beliau ‘sedar diri’ dan menyesal beritahu nak berhenti.

Kim Mi So menyesal beritahu bos beliau yang beliau sudah tak tahan kerja lagi.

Padahal masih banyak hutang ayahnya dan yuran sekolah dua orang adiknya di kolej dan sekolah yang memerlukan wang yang bukan sedikit.

Selepas itu majikan beliau mesej minta datang kerja pukul 5 pagi esok bermakna beliau tak diberhentikan atau jadi berhenti.

Beliau bersabar dengan kerjanya demi sebuah matlamat.

Selepas 9 tahun Setiausaha Kim bekerja dan adik-adiknya sudah mula bekerja sendiri, beliau berhenti kerja. Bulan terakhir beliau membayar hutang ayah beliau ialah bulan terakhir beliau bekerja sebagai setiausaha.

Matlamat gadis manis ini sudah tercapai lalu beliau berhenti.

Sorotan kisah ini untuk kita kenang kembali MATLAMAT kita. Siapa yang begitu? Seorang yang fokus kepada matlamat.

Tidak dinafikan matlamat membuatkan kita terus menerus ‘hidup’ ke arah yang kita mahu jadi.

Cuma bila sudah tiba kepada matlamat, saya tidak segera ada matlamat baru lalu terus meraikan dengan gembira.

Contohnya : Matlamat mahu kurus iaitu kurang 3kg.

Selepas kelihatan kurus (dalam gambar), muat beberapa pakaian bersaiz 34 dan kita berhenti bersenam. Makan semula (semuanya) seperti yang pernah dilakukan.

Begitu juga Matlamat : Mahu dapat jualan sekian sekian ribu, puluh ribu atau juta setahun.

Selepas capai, apakah kesinambungannya? Kita boleh jadi terberhenti dan tidak meneruskannya.

Kawan-kawan usahawan dan pembaca boleh cuba tiga langkah ini.

Formula Kejayaan Kehidupan : Fokuskan kepada Proses Sahaja.

Langkah Satu

Pecahkan Matlamat kepada Bahagian Kecil iaitu Proses-proses.

Contohnya Matlamat : Mahu pandai menulis blog

Proses Satu : Menghadiri kelas menulis blog Puan Suraya Ali setiap bulan.

Link WhatsApp Grup disini

Proses Dua : Menulis satu artikel setiap minggu.

Proses Ketiga : Membaca buku tentang penulisan satu setiap bulan di perpustakaan.

Langkah Dua

Buat Jadual Proses

Seminggu kita hanya ada tujuh hari. Hari bekerja hanya 5 hari. Jadi kena tulis, hari apa ke kelas. Hari apa yang menulis dan hari apa yang membaca.

Setiap hari pula ada 24 jam sahaja dimana masa produktif kita dalam 10 jam sahaja (selepas tolak waktu tidur, solat, makan, berbual).

Tulis dalam jadual pecahan bagi setiap proses. Ini baru untuk matlamat pertama. Kita ada banyak matlamat lain juga tahun ini kan?

Bagaimana membina sikap orang berjaya yang positif pada tahun ini artikelnya disini.

Langkah Tiga:

Persembahkan kepada Rakan-rakan

Seronok kan bila ada orang tanya “Apa yang ingin awak capai tahun ini?”

Beria-ria kita mahu cerita dengan ikhlasnya. Bila setiap kata-kata adalah doa maka pemilihan penyampaian kata-kata juga sama pentingnya.

Ajak kawan-kawan yang boleh mendengar dan bercerita bersama dan bincangkan apa yang mahu anda lakukan.

Nanti ada kawan beri cadangan, ada yang puji, ada yang mahu perbaiki, ada yang bangkang haha tapi selalunya orang bangkang kerana sayang.

Manalah tahu matlamat dan proses kita itu sangat menyimpang.

Tapi kongsikan sahaja samada di Facebook atau blog. Dihadapan bersama kawan-kawan atau keluarga. Mungkin dalam ramai-ramai sahabat itu, turut ramai yang mendoa kita.

Benar juga, fokus pada kedua-dua proses dan matlamat buat kejayaan lebih hampir pada kita.

Selepas saya renung-renungkan ianya sangat bagus untuk diri saya iaitu fokus kepada proses.

Contoh Matlamat : Mahu menunaikan haji tahun 2022

Proses Satu : Menyimpan duit sehari RM20.

Proses Dua : Menghantar surat permohonan ke Tabung Haji.

Proses Tiga : Membaca Al-Quran setiap hari 2 mukasurat.

Bila kita sudah terbiasa dengan proses, biarpun selepas menunaikan haji nanti kita akan terus menyimpan duit sehari RM20.

Akibat baik fokus kepada proses!

Fokus pada matlamat sahaja kadangkala membuatkan kita rasa ‘belum cukup bagus’ sebab belum tercapai lagi.

Relaks dan nikmati proses yang sedang dilalui ini. Seperti sebuah kehidupan.

Kesakitan? Ianya proses. Kegagalan? Juga sebahagian daripadanya.

Tidak ada yang salah datang dalam hidup kita selain daripada untuk mematangkan.

Oh ya ada lagi satu contoh matlamat dan proses.

Contoh matlamat yang lain ialah menulis sebuah buku.

Proses yang terlibat ialah menulis di blog setiap hari.
Nah, jadi setiap hari saya cuma perlu fokuskan tenaga dan perhatian kepada menulis kandungan di blog tanpa risaukan bila buku akan siap.

Kerana apabila prosesnya dijaga dan dilaksanakan, matlamat juga akan tercapai kan kawan kawan!

Leave a Reply