Green Brain Directive Communications Psychology

Blog

Hari ketiga didalam Program TTT Directive Communication (DC) Psychology.

Pernahkah kita mengalami situasi komunikasi sesama majikan, rakan sekerja dan mungkin juga pekerja kita.
DC Psychology yang saya hadiri memfokuskan kepada bagaimana dua perhubungan yang memberi impak iaitu bagaimana kita sebagai individu memberikan impak kepada persekitaran (environment) dan juga persekitaran juga memberikan impak besar kepada seseorang individu.

Ianya penting untuk memahami konsep sebuah perhubungan secara DC Psychology supaya dunia pekerjaan kita kekal harmoni, fokus dan lebih produktif!

Ujian brain processor color boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui ujian bertulis dan juga penggunaan Colored Brain Communications (CBC) Card.

Artikel ini tentang green brain (hijau) ya.

DC Psychology ialah mengenai bagaimana otak kita memproses sesuatu data atau maklumat.
Ianya bukan tentang personaliti.

Green Brain color menerima data secara berterabur (chaotic) dalam keadaan yang tidak tersusun.
Segalanya akan tergantung-gantung di dalam fikiran mereka dan semuanya tidak dapat bersambung!

Ianya hanya akan dapat difahami apabila mereka mula melakukannya!
Kdang-kadang (atau selalunya) mereka kelihatan seolah tidak sabar dan tidak berfikir panjang walaupun sebenarnya mereka sedang cuba memahami maklumat yang diterima (dengan cara mereka).

Individu dengan Green Brain menerima masalah dengan tekanan yang besar (seolah-olah ianya terlalu besar dalam suatu masa). Namun mereka juga cepat melupakan dan meneruskan kehidupan seterusnya (moving forward) seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Apabila mereka mendapat informasi, mereka sudah dapat melihat gambaran besar atau ‘big picture’ tentang apa yang akan berlaku.

image

Apabila bekerja dalam kumpulan, mereka sangat gembira kerana dapat berinteraksi dan bertukar fikiran sesama ahli pasukan.
Green brain color akan mencadangkan beberapa idea yang kreatif dan selalu bermula dengan apa yang mereka bayangkan.

They always starts with the end of mind.

Green brain color sangat fokus dan passion terhadap idea mereka –membuatkan orang lain (dengan warna otak yang lain) mungkin merasakan ‘orang hijau’ ini cuba mengatakan bahawa cara mereka adalah betul walaupun sebenarnya ianya adalah terbuka untuk dibincangkan.

Mereka mungkin kelihatan kurang fokus kerana sedang berfikir tentang bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam bentuk perbuatan. Semasa sedang berfikir (sambil melakukan), mereka akan bertanyakan banyak soalan.

Berkomunikasi dengan green brain color sedikit mencabar kerana mereka tidak memfokuskan tentang perkara yang terperinci. Idea mereka adalah secara am dan bukan spesifik.

Namun mereka adalah individu yang seronok untuk berbual.
Jika perbincangan itu terlalu panjang, green brain color mungkin akan bertindak untuk meninggalkan perbincangan itu kerana mahu segera melakukan tindakan.
Kurang sabar kan? Haha!
image

 

Bagaimana green brain color belajar ialah dengan cara melakukannya dan memperbaikinya sepanjang perjalanan tersebut.
Andai jatuh sekalipun, mereka cepat bangun, move on dan ceria semula (mencuba).

P/s – Quotes dibawah ini saya buat sebelum mengetahui saya adalah green brain color yang belajar melalui tindakan.

 

SNS_quotes

Leave a Reply