Hobi Suka Membeli Buku

Tabiat suka (sangat) beli dan baca buku ini saya develop sewaktu ada cawangan Lunatots di Amcorp Mall Petaling Jaya. Kedai kami betul betul dihadapan Kedai Buku Popular.

Ilmu berniaga dan kehidupan oun belum banyak ketika itu (malah sehingga kini). Tempat yang saya pergi bila stuck atau mahu cari idea ialah kedai buku Popular lah mana lagi.

Ada buku yang saya selak selak, ada juga yang saya menyimpan impian mahu memilikinya.
Kalau mencari ilham, kesini jugalah saya menuju.

Hobi Suka Membeli Buku

Dengar perkataan kedai buku sahaja sudah (keterlaluan) gembira walaupun sekadar melihat-lihat sahaja. Banyak buku yang saya rasa perlu sebab bila selak-selak pun saya dapat tambah ilmu dan bayangkan jika saya menetap didalam itu (iaitu buku).

Semasa saya bekerja dalam bidang IT hampir 12 tahun lepas, Mr Yap, majikan saya ketika itu sangat suka membaca dan menggalakkan kami juga membaca.

Setiap masa ada sahaja buku baru yang dibawanya bersama. Jika ada kesempatan saya duduk menumpang keretanya, saya belek-belek juga bukunya.
Soalan yang akan ditanyanya ialah buku apa yang saya baca sekarang.
Biasanya saya sekadar senyum malu-malu menjawab novel.
Dan dia akan puji, bagus sikap itu walau apapun buku yang kita baca ia tetap sebuah ilmu.

Seorang teman yang saya baru kenal berkunjung ke pejabat saya di Cheras ketika itu sekitar tahun 2013. Keatas kebawah matanya melirik buku di rak buku di pejabat saya.
Katanya dengan melihat buku yang sedang kenalannya baca, dia boleh agak apa yang mereka sedang lalui samada fasa ataupun keperluannya.

Buku dari Dale Carnegie ini memang kegemaran biarpun ianya buku lama yang ditulis sekitar tahun 1930 an namun ia masih valid dan boleh digunakan sehingga hari ini.
Ianya evergreen. Bahasanya juga mudah untuk difahami dan ada seni.

Saya beli di Popular dan mahu simpannya sebagai koleksi. Buku buku Dale Carnegie yang saya ada sebelum ini sudah macam belacan haha penuh contengan dan lorekan. Air liur basi je tak kena.

Antara impian saya ialah menghasilkan buku yang evergreen seperti ini dan boleh diwariskan kepada seterus generasi.
Penulis buku ini lahir pada 1888 dan meninggal dunia pada 1955.


Biarpun selepas 64 tahun beliau tiada.

Grup Telegram untuk yang bercita cita menjadi penulis di t.me/Impressa

Leave a Reply