Human Emotional Drive

Apakah itu human emotional drive. Pernahkah kawan-kawan memikirkan perkara yang sama seperti saya iaitu Piramid Giza yang berusia lebih 2000 tahun dibina oleh para hamba dan bukannya hamba biasa-biasa yang malas kerja.

image

Setelah kajian dilakukan melalui motif lukisan pada dinding piramid, ianya adalah cerita yang bahagia dan gembira.

Piramid Giza sebenarnya dibina oleh tenaga mahir yang berkebolehan dan bersemangat.

Pakar sejarah juga menjumpai fosil tulang lembu dan daun clover. Hasil kajian merumuskan bahawa pekerja pembinaan Giza diberi makanan yang baik iaitu lembu yang makan daun clover.
Ianya kualiti daging lembu yang sama seperti makanan King Pharaoh!

Tidak mustahil pekerja pembina Piramid Giza sangat bermotivasi untuk bekerja dan sangat memahami mengapa mereka perlu melakukan apa yang mereka lakukan — iaitu membina sebuah bangunan hebat!

Hebat bukan.

Apabila manusia tahu mengapa mereka melakukan sesuatu dalam kehidupan, mereka akan jadi sangat bermotivasi dan menghasilkan produk atau rekaan yang berkualiti.

Lihat sahaja betapa kukuhnya Piramid Giza!

8 human emotional drive

 

human emotional drive

Hari ini saya belajar tentang 8 human emotional drive manusia yang membuatkan manusia melakukan apa yang sedang mereka lakukan sekarang.

Mengapa kita bekerja?
Jawapannya — untuk mendapatkan duit.

Untuk apa duit tersebut?
Maksudnya bagaimana duit itu akan dibelanjakan?

Tools yang mungkin membantu ialah CBC Card.
Tanya soalan “Bagaimanakah anda akan membelanjakan RM10 juta”

Jawapan kepada soalan itu mungkin jatuh kepada beberapa pilihan dibawah iaitu :

1. Love / Belonging
Ini dapat dikesan daripadaapabila jawapannya berbunyi untuk keluarga dan perhubungan.

2. Security / Control
Individu yang mahukan jaminan contohnya wang tersebut akan dilaburkan dalam pelaburan yang stabil.

3. Growth  / Challenge
Sekiranya mereka mahu menggunakan duit untuk belajar. Tanya lagi kenapa mahu belajar.
Peserta akan jawab — untuk cabar diri sendiri atau tambah ilmu. Puas apabila dapat belajar.

4. Achievement
Mereka adalah insan yang suka menghabiskan apa yang telah dimulakan.
Perasaan siap apabila selesai melakukan sesuatu itu amat puas.

5. Significance /Recognition
Individu ini akan memilih jawapan yang berbunyi — untuk diketahui orang lain dan lain lain.

6. Diversity
Insan yang sukakan kelainan pada setiap kali serta keseluruhan kehidupan.

7. Excellence
Insan yang amat cerewet dan mementingkan ketelitian.

8. Contribution
Individu yang  melakukan sesuatu untuk meninggalkan kesan baik dalam kehidupan orang lain.

 

Leave a Reply