Kisah Seorang Anak Banjar

Saya dibesarkan oleh atuk (nenek yang dipanggil atuk) dari keturunan Banjar. Kami menetap di sebuah kampung di Bagan Datoh. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Banjar yang lebih kurang dengan Bahasa Melayu namun sedikit berbeza terutama pada kata nama benda dan kata nama kerja.

Contohnya

Balik dipanggil Bulik
Cawan di panggil Cangkir
Emak dipanggil Uma
Gembira dipanggil Arai
Melihat dipanggil Tiring

Mengikut sejarah, etnik Banjar berhijrah ke pulau Sumatera pada 1905 berikutan Sutan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.
Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Pernah suatu ketika berada di Kuching Sarawak, saya mendapati bahasa yang digunakan seakan bahasa Banjar.
Contohnya
Kamih iaitu Buang Air Kecil
Semangka iaitu Tembikai

Perasaan ‘arai’ bagaikan ‘bulik ke halaman’
Feel like home kata orang Putih biarpun berada di tempat orang!

Dua etnik Melayu besar yang mendiami Bagan Datoh ialah Banjar dan Jawa. Ironinya sehingga kini saya tidak dapat berbahasa atau memahami bahasa Banjar dan Jawa dengan baik ketika kecil sehingga sekarang.

Membesar di Shah Alam sebelum tinggal bersama nenek sewaktu usia 3 tahun membuatkan saya sering berbahasa Melayu berbanding menggunakan bahasa Banjar.

Pernah dimarah atuk apabila salah mengambil barang yang diminta.
Beliau meminta kibah.
Saya bawakan selimut.
Rupanya atuk mahu kipas tangannya.
Marah sungguh dia yang sedang panas dibawakan selimut!
Jika zaman kecil dahulu ada Internet untuk saya google dahulu pasti hubungan kami terjalin dengan lebih baik. Hihi.

Mari berdaftar di dalam Pertubuhan Banjar Malaysia memeriahkan organisasi Kulaan Nireng Napa Takurihing (Saudara Melihat Mengapa Tersenyum Sengih) ini.

Bangga bergelar Suraya Ali Al-Banjari hehe.

 

Leave a Reply