Online Marketing

Logo Baru Facebook bertukar kepada FACEBOOK

Facebook telah mengumumkan pertukaran brand mereka daripada Facebook kepada FACEBOOK untuk semua produk mereka.

Pengguna sudah biasa dengan logo biru F dan hanya 29% daripada rakyat Amerika tahu bahawa Instagram dan WhatsApp juga dimiliki oleh Facebook.

Ini adalah antara sebab utama mereka menukar logo korporat mereka kepada logo baru Facebook.

Contoh gambar daripada Facebook bagaimana logo FACEBOOK akan dipaparkan di produk mereka seperti Instagram.

Sebelum ini pada bulan Jun mereka telah mula menambahkan perkataan “from Facebook” dibeberapa applikasi milik syarikat ini.

FACEBOOK merangkumi Facebook app, Messenger, Instagram, WhatsApp, Oculus, Workplace, Portal and Calibra.

Kesemua applikasi ini berkongsi sumber dan teknologi yang sama di bahagian belakang tabir.

Tindakan ini juga diambil berikutan terhadap mereka atas dasar penggunaan data privacy pengguna applikasi mereka dimana kini semuanya jelas berada di bawah satu bumbung.

Adakah ia sebuah tindakan yang bijak?

Cantikkah tulisan nipis FACEBOOK ini?

Adakah huruf f biru yang kita sudah biasa guna untuk mewakili applikasi Facebook manakala tulisan nipis ini ialah korporat brand semua produk mereka?

Atau kita boleh ucap selamat tinggal padanya?

Seperti Instagram yang masih namanya Instagram namun dengan logo FACEBOOK.

Mungkin ia masa untuk kita fikirkan perniagaan kita juga sempena logo baru Facebook.

Perniagaan kita sudah ada jenama korporat? Ianya dikenali atau difahami pengguna?

Dapatkan ia diceritakan semula oleh pengguna? Sesuatu untuk usahawan atau penjalan perniagaan fikirkan.

Suraya Ali

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *