fbpx

Part 2 – Episod Melaka

Gambar ni diambil 19 Mei 2000.
Satu hari sebelum pendaftaran di MMU Melaka.
Masa ni abah, mak dan arwah adik hantar saya .

Malam tu kami keluar untuk ambil angin tepi swimming pool di Ayer Keroh D’Village.

“Adik ambilkan gambar kakak depan kereta ni.”
Ketawa mengekek kami berdua bila saya kata “Cepat sikit dik nanti tuan dia nampak, malu kita.”
.
.
Menurut arahan, dapatlah kenangan gambar depan kereta orang lain.
“Nak tunggu kereta sendiri, entah bila. “
sambung saya ketawa.
.
Kamera dulu bukan macam harini.
Kalau ambil gambar, sekali snap je dah mesti menjadi. Mana boleh demand nak gambar nampak kurus sebab kena cuci negatif di kedai gambar.
.
.

Tahun 2002 bila saya dah ‘berkawan’ dengan W dia selak album gambar dirumah saya masa beraya.

“Eh bila Sue ambil gambar depan kereta ayah ni?”

Saya pandangnya semula.

“Ini bukan kereta abah Sue. “
Masih blur. Saya tak bahasakan ayah saya ‘ayah’.

“Bukan abah Sue, tapi ayah saya.”
Masa tu dah naik taraf. Tak cakap ko dan Sue dah.

“Gambar ni dimana?” tanyanya untuk kepastian.

Rupanya malam sebelum kami mendaftar di MMU Melaka, keluarganya juga bermalam di tempat yang sama!

Mujurlah dia tak nampak ada budak perempuan mana ntah gelak-gelak dengan adik dan bergambar depan kereta ayahnya!
😂

Ya Allah, daripada nak rahsia kita-kita, kini (anak) tuan punya kereta pun dah nampak gambar buktinya!
Mana ni nak sorok mukaaaaa.
Nak jawab apa ni?
Saya memang jenis suka bergambar depan kereta sesiapa?

Saya suka keretani?
Saya (target untuk) suka anak tuan kereta ni?

Kalau ada orang baca nanti Cik Sue sambung part tiga.

Leave a Reply