Program VEST Malaysia

Program VEST Malaysia Peringkat Kedua

Blog

Program VEST Malaysia Kini Bermula

Program VEST Malaysia – Varsity Entrepreneurship Skill and Talent anjuran KPDNKK dan agensi PNS kini di peringkat kedua.

Program VEST Malaysia

Program kendalian Fizo Omar Channel ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar pelajar dari IPTS dan IPTA untuk mempersembahkan sebuah bisnes idea yang segar dan bermanfaat.

Tempat pertama dan kedua akan memenangi hadiah bernilai RM25000 setiap kumpulan mewakili satu idea bisnes.

17 Ogos 2017 – Peringkat kedua Program VEST Malaysia

Peringkat kedua VEST dilangsungkan di UiTM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seramai lebih kurang 32 peserta dari 4 universiti berkumpul di dua lokasi ini untuk belajar dan seterusnya pitching untuk idea bisnes mereka.

UKM, Uniten, MMU dan USIM berkumpul 4 hari 3 malam di UKM.

Peserta dari UM, UiTM, UniKL Melaka dan UIA juga berkumpul di UiTM Puncak Alam.

Program VEST Malaysia

Kemeriahan mula terasa dari hari pertama.

Kos Sara Diri yang Meningkat

Dato’ Syed Kamarulzaman, Managing Director PNS ‘turun padang’ memberikan kata kata mutiara untuk peserta Program VEST Malaysia.

Dalam tempoh 30 minit, ucapan beliau benar-benar menyentuh hati.

Katanya program VEST ini untuk generasi seterusnya. Kesedaran rakyat Malaysia tentang kewangan belum menyeluruh menyebabkan ramai yang terperangkap dalam beban hutang.

“Asingkan pendapatan anda nanti kepada 70:20:10” ujar Dato’ Syed.

70 peratus untuk perbelanjaan dan keperluan.

20 peratus untuk simpanan dan kemahuan seperti mahu menunaikan haji.

10 peratus lagi hanya untuk pelaburan yang rendah risikonya!

Ucapan Dato’Syed benar benar ikhlas mahukan Program VEST Malaysia mengubah persepsi dan tindakan generasi Malaysia yang seterusnya untuk cenderung kepada bidang keusahawanan.

Sebagai seorang antara business Coach yang terpilih untuk menjadi tenaga pengajar, saya amat berbesar hati dengan usaha ini.

Business Coach Malaysia

“Tolong saya bantu mereka betul-betul. Jumpa saya kalau awak perlukan apa apa” pesan Dato’ Syed kepada saya.

Suraya Ali – Business Coach di Malaysia

Program VEST ini membuka mata saya untuk melihat betapa pentingnya keusahawanan dipelajari dari peringkat sekolah dan universiti.

Usahawan ialah orang yang perlu berdikari dan berfikir sendiri untuk menjana pendapatan dan pasti ianya bukan mudah.

Tugas business coach ialah memandu usahawan menetapkan matlamat dan bersedia dengan apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat kita.

Coach Bisnes Malaysia

Semoga kejayaan mengiringi perjalanan kehidupan peserta Program VEST Malaysia dan diharapkan lebih banyak pertandingan yang sebaik ini dijalankan di Malaysia.

21 Ogos 2018 ialah hari Pitching

Dua kumpulan dari 8 kumpulan yang bertanding pitching hari ini akan ke peringkat seterusnya.

Gambar malam sebelum dimana pelajar bertungkus Lumus membuat persediaan untuk pitching
business idea mereka.
Program VEST

 

 

 

Leave a Reply