Sedekah Seringgit Sahaja

“Aunty tak bolehla macamni. Sebelum beli barang, kenalah cek dulu duit cukup ke tidak. Saya tak boleh void suka suka je.”

Sedang memilih pewangi untuk kereta di kedai runcit, saya dengar suara juruwang menegur seorang pelanggan.

Dari hujung mata saya kerling, wanita tua berbangsa asing seperti India.

Memakai pakai seakan lehengga pakaian tradisional, berbadan gempal dan berwajah manis. Beliau senyum sahaja tak menjawab apa-apa. Saya kira beliau tak faham Bahasa Malaysia dan tak tahu nak jawab apa.

Selesai memilih barang, saya ke kaunter.
Waktu tu saya mengejar masa.

Hari ini juga perlu ke LHDN untuk urusan matikan setem dan kemudian ada dua temujanji di Ampang dalam masa kurang 1 jam setengah.

Macamana masih ada masa untuk saya beli pewangi kereta? Benda tu macam boleh tunggu beli hujung minggu sahaja.

Saya perlu juga singgah kedai ini kerana milo yang tertumpah dua hari lepas di kusyen kereta sudah berbau basi. Sekarang ni saya pun berbau basi 😂
Dan untuk cuci kusyen, kereta perlu ditinggalkan di kedai selama dua hari.

Jadi pewangi kereta dan antibacterial spray adalah alternatif dan a must-have. Tidak boleh tidak beli.

Selesai memilih, saya beratur di kaunter.
Sudahlah nak cepat, aunty ini pula masih belum selesai masalahnya.

Juruwang kelihatan tak tahu nak buat apa. Nak void belian mungkin pengurusnya keluar. Barisan pelanggan selepas saya juga semakin panjang.

“Berapa aunty ada?” Tanya juruwang lagi. Perlahan aunty serahkan semua syiling yang beliau ada.

“Sepuluh sen, dua puluh sen” kira juruwang.

Saya lihat barang-barang yang beliau beli. Dua kotak susu, sayur dan tauhu .
“Eh apa yang boleh dimasak dengan semua ni” haha sibuk sahaja dia bukankah saya tengah rushing?

Sempat saya kira jumlah beliannya, semuanya dalam RM15 atau kurang.
Saya ada RM16.
Kalau saya bayar untuk barang-barangnya, antibacterial spray ni saya kena letak semula dan beli waktu ada cash nanti. Tak apalah bau basi pun. Daripada isu aunty ni tak selesai.

“Berapa yang aunty tak cukup?” Suara saya memecah sepi.
“Tak sampai seringgit.”

Saya serahkan seringgit, dan syiling syiling aunty itu adik juruwang pulangkan semula padanya.

Hasilnya? Duit cash saya cukup untuk aunty dan saya.

Selesai urusan bayaran aunty, adik juruwang beritahu.
“Begitulah dia kak, setiap kali datang tak cukup duit. Bila kita cakap dia tak faham. Dia tunggu orang Malaysia bayarkan. Ini bukan kali pertama”
bual adik juruwang.

Daripada niat baik, saya timbul sebal. Betul juga. Cepat-cepat saya padamkan fikiran tersebut. Kalau betul aunty nak pau orang lain, baik pau seratus ringgit.

Ini betul-betul dia tak pandai kira bajet nak membeli ni kan? Fikir diri sendiri memujuk hati. Seringgit je kut.

Wanita tersebut meneruskan perjalanan. Bukan, bukan aunty tadi tapi wanita dengan Febreeze spray untuk menuju ke LHDN.

Sampai di tempat parking bangunan PGRM dan dua kali saya pusing tak ada kosong.
Aduhhhh, waktu appointment tinggal kurang lagi satu jam.
Terhegeh-hegeh lagi saya disini.

Banyak parking kosong namun reserved dengan plet nombor. Saya ada terfikir nak masuk sahaja dan tinggalkan nota Hello Kitty “Saya betul-betul takkan lama dan perut pun dah mula sakit kena ke tandas. Tuan/Puan boleh tunggu sekejap?”
Ha begitulah plan saya.

Namun tak jadi masuk parking reserved, saya memandu ke kaunter tiket.
“Kak, tak ada parking kosong kak”
Adu seorang pengguna.

“Eh kat atas banyak parking. Kat bawah ni memang penuh.” beritahunya dengan wajah hairan menerima aduan berikut yang mungkin pertama kali diterima

“Alamak, ada atas ya? Saya tak nampak pun jalan naik atassss.”
Sudahlah sakit perut, rabun dan hijabnya tertutup pula tu.

“Tak apa dik, parking je kat sana. ” mesra suara kakak kaunter menunjukkan dua tempat kosong sebelah kaunter dengan tanda reserved namun tiada nombor plet.

Wahhh ini sebuah kelebihan!
Segera saya parking kereta dan mengucapkan terima kasih lalu menuju ke tempat masuk bangunan yang tidak jauh dari situ.

Dapat parking speciallah!
Happy sangat kita bila dapat perkara yang tak dijangka.
Waktu kita rasa dunia termasuk diri kita sendiri tak upaya.
Dan kebaikan insan sekeliling kita memberikan sangat makna.
Walaupun sekadar ruang parking.

Tinggi sangat nilainya untuk seringgit yang saya keluarkan pagi tadi ni!
Walau saya tak harap apa apa dari aunty tadi.

Eh adaaaa, harapan saya ialah dia dapat masak masakan yang sedap untuk seisi keluarganya!

Tuan Puan pasti ada pengalaman bersedekah dan menerima lebih banyak dari apa yang diberikan kan?

Leave a Reply