Blog

Tips Bisnes Online 2 (Part 1)

Tips 2 Business Online

————————
Perniagaan anda memerlukan laman web dengan domain .com atau .my atau .com.my

Nama domain anda boleh jadi:
1. Jenis perniagaan anda contohnya
www.tudungeksklusif.com

Kebaikan penggunaan domain seperti ini membuatkan enjin carian Internet mudah mencari dan menjumpai laman web apabila perkataan ‘tudungeksklusif’ ditaip.
Jika anda dapat memiliki domain yang lebih spesifik adalah lebih baik contohnya www.butikmuslimahputrajaya.com
Kerana kebiasaannya lokasi dicari pengguna ketika menggunakan internet

Kekurangan :
Penggunaan laman web ini baik untuk trafik namun kurang comel untuk penjenamaan.
Kecuali jika anda tidak bercadang menjual satu jenama sahaja iaitu jenama anda.

Tips :
Ramai pengguna mencari perkataan murah di laman web contohnya gearbox murah, baju berjenama murah dll.
Perkataan ini memberikan efek murah pada perniagaan kita berbanding perkataan lebih nilai, harga berpatutan dan lebih jimat.
Elakkan perkataan murah dalam label perniagaan anda ya apatah lagi domain.

Tulisan hati Puan Suraya Ali

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *