Tips Blogging – Kenapa Saya Kena Ada Blog?

Tips Blogging

Suatu ketika dahulu,aktiviti blogging sangat top di Internet sebelum ‘fenomena Facebook-ing’ menyerang ramai diantara kita. Saya kongsikan tips blogging yang dapat digunakan sebagai panduan untuk usahawan berkongsi ilmu di laman web.

 

tips blogging

Dari Blog ke Dunia Facebook

 
Mereka yang aktif berblogging perlahan-lahan menyertai kumpulan ramai orang yang berFB.
Siapa yang tidak suka, FB lebih interaktif, cepat dapat like dan share berbanding tulisan kita di blog yang rasanya sendiri tulis dan sendirilah yang membacanya.

Apa kata Survey

Berdasarkan survey Mindjumpers:
• Blog mencatatkan 80% dijumpai apabila pengguna menggunakan Internet
• 23% masa pengguna diluangkan untuk membaca blog (iaitu 2 kali ganda masa bermain game)
Mengikut Marketing Charts:
• Seramai 60% pengguna menulis sebanyak 1 entri seminggu dan hanya 10% bloggers menulis setiap hari di blog.
 

Tips Blogging – Pelanggan Mahu Apa?

Terdapat kaitan antara kaitan kekerapan blog ditulis dan juga permintaan pelanggan.
Syarikat atau individu bloggers yang menulis banyak entri sebanyak seminggu mendapat 92% permintaan pelanggan melalui blog.
 
Ini dibandingkan dengan bloggers yang menulis beberapa kali sebulan dimana pelanggan yang bertanya menurun sebanyak hampir 60% dimana peratusan pelanggan yang menghubungi mereka jatuh kepada 43% sahaja.
 

Apa Kaitan dengan Perniagaan Kita?

Apa maksudnya angka-angka diatas?
Blog sangat penting dan ianya berdiri secara sendirinya sebagai alat pemasaran (marketing tools).
 
80% enjin carian akan memaparkan blog!
Siapa yang tidak mahu servis atau syarikatnya terpapar di Internet apabila dicari oleh pelanggan?
Ianya peratusan yang besar — bagi individu yang menimbangkan Digital Marketing di Media Sosial.
 
Jika tiada masa untuk menulis, pertimbangkan mengambil servis orang yang boleh menulis.
(Hubungi saya — saya sangat sukakannya!)

Tak faham lagi tentang Blog?

 
Tujuan blog ialah sebagai ‘pintu’ untuk orang masuk ke kedai kita dan membeli daripada kita. Ianya ‘pintu’ yang terbuka dimana pelanggan berhak melihat-lihat (iaitu membaca) tentang syarikat mahupun produk kita sebelum membuat keputusan untuk membeli.
 
Tulisan di blog biasanya panjang (berbanding di FB). Slow Fashion Movement iaitu corak pembelian pelanggan yang suka mengumpul informasi sebelum membuat belian membuatkan tulisan di blog amat suka dikongsikan oleh pelanggan di Media Sosial lain (seperti FB dan Twitter).

Tips Blogging – Bagaimana Nak Buat Sendiri?

 Langkah membuat blog ialah :
 
+ Bina blog mudah di www.wordpress.com atau www.blogspot.com
+ Hiaskannya cantik-cantik. Banyak template yang kelihatan professional yang boleh di download secara percuma.
+ Mula menulis isinya.
Kalau tak tahu nak buat bagaimana, hubungi saya di puansurayaali@gmail.com

Ada tips lagi?

Kenalpasti siapakah pelanggan kita supaya mudah kita mengarang content.
Gunakan Google Keywords untuk melihat apakah trend ‘keywords’ atau kata kunci yang sering dicari oleh pembaca mahupun pelanggan kita.
 
Blog ini pun dicipta untuk membantu mereka bukan?
 
Tulisan adalah berinformasi dan menarik perhatian pembaca. Ianya cara mudah untuk softsell. Kita tidak terus menulis ‘Belilah dari saya. Saya ialah peniaga yang bagus’
 

BONUS : Tips Blogging

Secara mudah ada 3 perkara yang mesti ada dalam content tulisan kita:

 
+ Bernilai
+ Evergreen

+ Personal

 
Bernilai bermaksud apabila pembaca membacanya, mereka dapat membuat perubahan dalam kehidupan mereka.
Contohnya artikel cara menjaga rambut.
Atau entri tentang cara mengembalikan susu ibu sekiranya ia berkurangan terutama bagi ibu bekerjaya.
 
Review tentang produk baru yang sedang IN dalam pasaran adalah sangat dialu-alukan.
Contohnya kereta yang baru keluar (bagi penulis blog tentang kereta) mahupun handphone (untuk penulis blog gadget)
 
Evergreen ialah entri kita selalu updated dengan keyword terbaru yang dicari pembaca.
Kita boleh menggunakan perkataan bermula dengan ‘bagaimana’ contohnya bagaimana menggunakan blog secara efisien.
Atau bagaimana menguruskan kewangan.
 
Ianya perkataan yang sering ditaip oleh pembaca apabila mereka melayari Internet.
 
Personal bermaksud tulisan kita di blog bukan sekadar copy and paste. Ianya benar-benar ditulis kepada pembaca dan mempunyai unsur humor mahupun penekanan serius.
 
Kita menulis untuk manusia dan bukannya robot!
 
Pembaca juga sukakan penulis yang memberi manfaat dan mempunyai karektor dalam masa yang sama.
Ianya bonus!
 
Selamat berblog ya kawan kawan.

2 thoughts on “Tips Blogging – Kenapa Saya Kena Ada Blog?”

  1. Terima kasih atas perkongsian ini dan di kelas hari ni. Banyak ilmu baru dan insyaAllah akan mula berblogging selepas ini. Menulis dari hati agar hati yang mendengar.
    .
    Lapaq Perut Mai BerShell Out ke My Story Cafe kami di Kota Kemuning Shah Alam, nanti.
    .
    Terima kasih cikgu dan cikPuan Sharina berkongsi ilmu hari ni di Cyberjaya. Barakallah fiekum.

Leave a Reply