Blog

Tips Menulis Blog dengan Pantas Setiap Hari

Kelas SEO Malaysia

Tips Menulis Blog dengan Pantas Setiap Hari

Bagaimana mahu mendapatkan tips menulis blog setiap hari supaya ranking blog kita berada di carian Google muka surat pertama? Tuan/Puan berada di artikel yang betul.

Teruskan membaca kerana pasti akan ada banyak ‘aha moment’ yang dapat terus dipraktikkan dalam aktiviti mengupdate blog.

Artikel tips menulis untuk usahawan disini.

Puan Suraya Ali telah menulis blog sejak tahun 2000. Minat menulis ini membawa kepada perniagaan ‘Lunatots’ yang mensasarkan jualan produk pam susu dan makanan meningkatkan susu ibu (Milk Booster) kepada kumpulan ibu menyusu.

 

Kini beliau mengajar kelas blog dan SEO sepenuh masa dan turut memberikan servis penulisan di blog kepada usahawan yang mempunyai produk dan servis.

Menulis mungkin hanyalah sebuah hobi. Apabila tulisan tersebut dipindahkan kesal sebuah blog, anda boleh menjana pendapatan daripadanya.

Samada ianya sebagai salah satu sumber pemasaran perniagaan kita atau ianya benar-benar sebuah perniagaan kita iaitu servis menulis.

Boleh jadi juga sebagai duit pendapatan sampingan macam bagaimana Aliff Syukri dapat duit daripada Google tempohari.

Tips Menulis Blog

Langkah pertama dalam Tips Menulis Blog dengan Pantas Setiap Hari

Tetapkan Genre Blog

Saya pasti Tuan/Puan sudah mempunyai blog di website anda iaitu sebuah tempat untuk menulis.

Tetapkan genre blog anda atau cara paling mudah ialah fikir ‘siapa pembaca blog ini?’.

Dengan melakukan langkah pertama ini kita akan lebih mudah menetapkan lenggok gaya bahasa yang akan kita gunakan dalam penulisan.

Tips mudah menulis blog : Contohnya kita seorang usahawan produk kecantikan. Pembaca kita ialah wanita, umur anggaran 30-45 tahun, bekerja, dan mahu menggunakan produk yang selamat dan dapat mencantikkan kulit.

Jadi blog kita perlu ada banyak artikel tentang tips penjagaan kulit dan memilih produk kosmetik yang selamat. Petua dan resepi makanan untuk kulit cantik juga bagus diletakkan didalam blog tersebut.

Terus kekal dalam genre kecantikan (dalam kes usahawan ini) untuk membuatkan pembaca faham dan mahu ‘engage’ lama dengan blog kita kerana ianya memenuhi keperluan serta kehendak pembaca dari kumpulan ini.

Langkah Kedua : Tips Menulis Blog dengan Pantas Setiap Hari

Pilih Kata Kunci

Pilih kata kunci (keywords) yang pembaca cari adalah sangat penting. Ianya sama penting atau mungkin lebih penting dari keseluruhan penulisan.

Kata kunci ini akan digunakan secara berulang-ulang didalam blog kita.

Kita boleh mengetahui apakah kata kunci yang pembaca cari melalui semakan di Google Suggestion iaitu bahagian kolum carian.

Untuk artikel yang saya tulis 4 hari lepas ini, kata kuncinya ialah ‘Bagaimana Menetapkan Azam’ dan sudah berada di muka surat pertama carian Google untuk keyword ini.

Tips Menulis Blog dengan Pantas Setiap Hari

Kata kunci ini ialah – apa yang prospek atau bakal pelanggan kita taip apabila mahu mendapatkan servis kita.

Contoh : Kita seorang peniaga sate di kawasan Klang. Prospek kita ialah orang yang Google ‘sate sedap Klang’ atau ‘supplier sate Klang’.

Tuan/Puan mahu belajar cara mudah memilih kata kunci di blog kita? Sertai kelas blog dan SEO Puan Suraya Ali dengan cara klik link ini dan masuk ke grup WhatsApp dahulu. Maklumat kelas akan dimaklumkan didalam grup.

Langkah Ketiga : Tips Menulis Blog

Tulia Sisi yang Kita Mahir

Manusia lahir dan membesar dengan pelbagai kemahiran dan skill. Tulis dan tonjolkan bahagian atau sisi yang kita mahir.

Jom kita tengok sedutan drama Korea : What’s Wrong with Secretary Kim ini.

(Saya adalah peminat drama Korea, jadi bertabahlah ya haha)

Wanita A dan B dalam gambar diatas bekerja di pejabat yang sama.

A beritahu kepada B (yang mahu mengambil gambarnya) bahawa sisi kiri beliau lawa dalam gambar dari angle tertentu. Jadi, sila ambil gambar dari sudut tersebut.

Pastilah B menurut apa yang diminta oleh A. Dalam gambar diatas A (berpura-pura) minum air semasa gambar diambil bagi tujuan penghasilan gambar yang insta-worthy (berbaloi untuk di upload di Instagram)

Malam tersebut A dan B menghadiri majlis makan malam bersama kawan sekerja. Dan kali ini A memotong daging yang dibakar diatas pemanggang.

A masih pesan pada B ‘Ingat tau sudut yang saya cantik dalam gambar ialah sudut belah kiri’

Gambar semasa B mengambil gambar A.

Baiklah, Tuan/Puan dapat sesuatu dari gambar yang saya kongsikan?

Bagaimana mengaplikasi pengetahuan ini ke dalam tips menulis blog ialah, tulis topik yang kita mahir.

Ianya akan membuatkan artikel kita cepat siap, menarik dan (kelihatan) berilmiah. Kalau boleh, topik yang andainya kita perlu Google sekalipun tidak lama.

Mungkin kita Google hanya untuk mengetahui ‘environment’ seperti berapa ramai orang tulis tentangnya, siapa berada di ranking Google Pertama dan apa kata kunci yang kita patut guna.

Tips Menulis Blog dengan Pantas Setiap Hari

Contohnya : Kita mahir tentang membaiki kereta. Pecahkan kepada beberapa artikel seperti Tips Wanita menjaga Kereta, Tips Pelajar Menjaga Kereta, Tips Menjaga Kereta pada Musim Hujan, Tips Menjaga Kereta pada Musim Panas.

Dengan memfokuskan kepada sudut yang kita mahir iaitu menjaga kereta, artikel yang kita tulis akan menjadi menarik dan berkesan serta disukai pembaca.

Pembaca bukan sahaja seorang yang pandai menilai artikel kita samada berbaloi untuk diteruskan baca atau tidak. Pembaca juga seorang yang suka kepada penulis yang bersungguh-sungguh kerana ianya dapat dirasai.

Oh ya tulisan blog juga mestilah simple (ringkas), mempunyai cukup isi dan elegan. Ha elegan tu bahagian sudut kita jelita itulah!

Dalam kelas SEO dan Blog, Puan Suraya Ali kongsikan lagi ya.

Recommended Articles

3 Comments

  1. Hi sya shira..sya brminat utk menulis blog..cuma sya x tau..cra penulisn dn topik yg di tulis..sbb sya suka tulis motivasi kehidupn..


    Shira boleh join grup Telegram t.me/RaitaGroup untuk tips tips penulisan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *