CINTA DAN BAHAGI

Membesarkan dan mendidik anak anak yang sihat tubuh badan dan emosinya (mentally healthy) memerlukan resepi kasih sayang (loving), mendidik (nurturing) dan menghormati perhubungan ini (mutual respectful relationship).

Kasih sayang (Loving)
Loving itu adalah menerima mereka seperti seorang individu.
Individu yang memiliki kekuatan dan kelemahan.

Loving is adjusting our expectation to fit our children, and not trying to adjust our child to fit our expectation.
Jika ada perkara yang boleh diubah laras, ianya adalah expectation atau jangkaan kita dan bukanlah anak itu.

Loving juga ialah mencari jalan untuk gembira (setiap hari).Tidak perlu sepanjang hari — beberapa momen yang singkat seperti menggeletek nya,  membaca buku bergambar bersama, bersiar siar di taman atau sekadar berbual tentang  perkara yang digemari.

Cipta sebanyak mungkin momen bersama biarpun kita jarang bersama.

Memetik kata Dr Spock dalam sebuah buku,
Love and enjoy your children for what they are, for what they look like, for what they do and forget the qualities that they don’t have.

Children who are appreciated for what they are, even if they are homely, or clumsy, or slow, will grow up with confidence in themselves and happy.

They will have a spirit that will make the best of all the capacities that they do have, and of all the opportunities that come their way.

Didikan (Nurturing)
Setiap anak kecil mempunyai keperluan — seperti seorang individu. Memahami keperluan mereka itu dan memerikan komitmen untuk memenuhinya adalah Nurturing (didikan).

Keperluan seorang bayi ialah : mandi, tukar lampin, minum susu (dan makan bagi yang berusia 6 bulan keatas), dipegang dan berbual dengan penjaga.

Matlamat tahun pertama nurturing seorang bayi ialah membantunya membina kepercayaan terhadap orang lain yang mana ia akan membuatkannya lebih positif sepanjang kehidupan. InshaAllah.

Semakin meningkat usia dan kebolehannya, anak kecil mahukan lebih peluang untuk melakukan pelbagai perkara dalam kehidupan.

Mereka perlukan cabaran  — yang tidak melukakan.
Mereka perlukan aktiviti lasak — yang tidak membahayakan.

Anak kecil perlu belajar makan sendiri namun ianya tidak akan berlaku apabila semasa mereka bayi mereka tidak berpeluang membuat ‘kecah’ (make a mess).

Anak juga belajar mengikat tali kasut setelah mencuba dan gagal (berkali -kali).

Bahagian ibu bapa — membenarkan anak anak melakukan aktiviti yang boleh membantu perkembangan mereka.

Children want what they want when they want it.

Mereka perlu memahami antara mahu (wanting) dan perlu (needing).
Anak yang stabil tahu bahawa mereka akan dapat apa yang mereka perlu dan bukan semua apa yang mereka mahu.

Anak juga perlu difahamkan dimana orang lain juga mempunyai keperluan dan kemahuan.

Anak mudah belajar apabila mereka difahamkan dengan kebaikan dan penghormatan.  Mereka mudah memberikan semula rasa hormat, kerjasama dan kesopanan.

When it comes to raising children, love is not enough.
Children need love and limits.

Cinta untuk pergi.
Bahagi untuk peliharai.

Perhubungan (Relationship)
Perhubungan untuk dunia yang lebih luas.
Apakah yang merangsang sebuah tumbesaran yang normal dan seimbang seorang individu — dari segi emosi,  sosial dan intelektual?

Bayi dan anak kecil secara alaminya akan berhubungan dengan individu lain.

Asas sebuah keluarga iaitu ibubapa yang penyayang dan sentiasa membalas kepada senyuman dan rengekan mereka.
Senyuman (serta perlakuan) yang sama berulang kali dilakukan setiap kali bayi buka mata — contohnya menukar lampin (sepanjang beberapa bulan pertama).

Ibu berikan susu bila bayi perlu dan ini membina asas percaya yang akan anak ini gunakan pada masa hadapan.

Minatnya terhadap semua perkara di sekelilingnya akan disokong dengan asas sayang dan percaya — love and trust.

Anak kecil perlu mengetahui sekurang -kurangnya ada seorang dewasa yang menyayangi dan dipercayainya.

Dari asas ini mereka akan mudah melonjak mencapai apa sahaja di hadapan mereka.
Sikap baik dalam diri anak akan semakin terserlah apabila dicurahkan sayang dan didik — love and nurture.

Kehidupan akan menemukan mereka dengan pelbagai peluang dan pada waktu ini bakat dari lahir mereka digunakan (inborn talent).

As children grow, they reach out to embrace the world.
As a parents we have a big responsibility to encourage a bright, capable, sociable and loving young people.

Leave a Reply