Blog

Urus Akaun Bisnes Syarikat – Tips Mudah dari AR Success

Urus Akaun Bisnes Syarikat (Part Two)

AR Success merupakan sebuah syarikat yang banyak membantu individu dan usahawan dalam mengendalikan urusan urus akaun bisnes syarikat. Artikel ini merupakan artikel kedua sambungan topik ini:

Lima (5) Perkara yang Perlu Buat sebelum Berniaga oleh AR Success

Perkara pertama dalam asas urus akaun bisnes syarikat ialah membuat platform perniagaan atau syarikat. Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan tentang perkara urus bina syarikat boleh terus menghubungi AR Success yang sangat berpengalaman membantu usahawan!

Urus Akaun Bisnes Syarikat

 

Perkara kedua yang usahawan perlu lakukan setelah membuka perniagaan atau syarikat (atau kita panggil entiti) ialah membuka akaun bank perniagaan.Ianya sangat penting kerana kemasukan dan pengeluaran duit perniagaan dapat direkodkan atau dikenalpasti daripada bank statement tersebut.

Terdapat beberapa bank di Malaysia yang sering digunakan oleh usahawan di Malaysia diantaranya ialah Maybank, CIMB, Bank Islam, Hong Leong Bank, Bank Rakyat dan Al-Rajhi.

Sebaik sahaja membuka akaun bank perniagaan di bank, usahawan akan diberikan buku cek bagi tujuan membuat pengeluaran wang dari syarikat. Turut terdapat servis dari bank yang membenarkan urusan pemindahan wang secara online dilakukan dan ianya lebih mudah dan jimat antaranya ialah M2U Biz.

Hubungi bank berhampiran Tuan/Puan untuk bertanyakan mengenai servis ini ya!

Tips pengendalian wang dan urus akaun bisnes syarikat ialah:

Tips Pertama urus akaun bisnes #1

Buka akaun bank perniagaan yang dekat dengan premis perniagaan. Ianya bagi memudahkan urusan kemasukan duit di bank tersebut dilakukan oleh pekerja.
Semakin dekat jarak premis dengan bank itu, adalah lebih bagus.
Ia mengurangkan risiko bahaya atau kehilangan yang mungkin berlaku semasa pekerja kita mahu memasukkan duit tersebut di bank.

Ianya jarang berlaku, namun apa salahnya jika kita beringat kan?

Format Buku Tunai

Contoh format buku tunai bank dari http://www.iticale.com/

 

Tips Kedua #2

Rekodkan traksaksi harian kita didalam sebuah buku tunai bank. Bank akan memberikan kita salinan transaksi setiap hari yang berlaku sepanjang bulan itu pada hujung bulan.
Bimbang kita sudah lupa, kepada siapakah yang kita keluarkan duit RM1000 ini (contohnya).
Atau siapakah yang memasukkan wang RM300 ini kepada kita. Pelanggan kah atau suntikan modal dari pengarah?

Sekiranya kita ada rekod bertulis didalam buku tunai bank setiap hari, ia akan membantu kita mengenalpasti setiap transaksi dan ianya adalah asas dalam urus akaun bisnes yang efisien!

 

Tips Ketiga #3

Buku tunai bank yang merekodkan transaksi harian juga adalah sangat penting kerana sebagai pemilik syarikat, kita boleh membuat keputusan yang cepat untuk perniagaan tanpa perlu menunggu hujung bulan.
Contohnya jika kita dapati wang jualan yang dimasukkan minggu ini belum mencapai sasaran yang diletakkan, kita boleh membuat hebahan promosi kepada pelanggan.

Begitu juga jika belanja yang dikeluarkan dalam dua minggu ini agak tinggi, pemilik perniagaan boleh membuat perancangan pengeluaran wang bagi minggu yang seterusnya!

 

Tips Keempat #4

Buku tunai bank yang diisi oleh staff atau pemilik dapat memberikan maklumat segera kepada pemilik untuk menyemak baki dalam bank.

Maklumat di hujung jari kita sekiranya buku bank syarikat diupdate setiap hari!

Sangat penting untuk kita tahu baki wang dalam akaun bank kita.

 

Tips Kelima #5

Ambil pekerja bahagian perekodan buku bank terlebih dahulu!

Sewaktu saya memulakan perniagaan, pernah ada seseorang yang berpesan yang sekiranya kita mahu mengambil staff, utamakan individu yang boleh membuat tugasan pengurusan dan update buku bank setiap hari.
Ianya bagaikan nadi dalam perniagaan kita yang setiap hari tidak berhenti mengalirkan wang keluar dan masuk.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai staff untuk menjaga bahagian buku bank dan mahu menambahkan ilmu mereka didalam bidang pengurusan buku tunai bank ini, hubungi sahaja:

Rozita Kamarudin

Principal, AR Success
Chartered Accountant
Member of the Malaysian Institute of Accountants
Membership No: 26195

Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes. Klik sahaja untuk daftar kelas akaun bisnes mudah.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

Laman web AR Success di link ini (klik sahaja)

 Untuk berhubung dengan FB AR Success, klik disini 

 

 

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *