Blog

Program VEST Malaysia – Varsity Entrepreneurship Skills & Talents 2017

Pelancaran VEST Malaysia

Apakah Program VEST Malaysia?

Program VEST Malaysia ialah Varsity Entrepreneurship Skills & Talents yang telah dilancarkan oleh  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dalam gambar di bawah (empat,kiri) beliau bergambar bersama pelajar sempena Majlis Pelancaran Program ‘Varsity Entrepreneurship Skills & Talents’ (VEST) 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia pada 28 April 2017 di USIM, Nilai.

Pelancaran VEST Malaysia
–foto milik BERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

Bermula sejak itu, business coach sudah mula menjalankan tugas ke seluruh universiti IPTA dan IPTS di Malaysia.

Program VEST Malaysia 2017 ialah Program Keusahawanan

Buat julung-julung kalinya, program keusahawanan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi dari seluruh Malaysia dijalankan secara besar-besaran.

Seramai 1000 mahasiswa dan mahasiswi bertanding secara sihat bagi memenangi pertandingan keusahawanan ini.

Mereka perlu mempersembahkan idea bisnes mereka kepada juri yang memenuhi kriteria dari segi kesegaran idea, penyelesaian masalah dan juga peluang pengembangan perniagaannya.

Hadiah yang ditawarkan juga bukannya sedikit, RM50,000!

Maknanya, semua mahasiswa mahasiswi mesti merebut peluang ini untuk menyertai Program VEST Malaysia.

Program VEST Malaysia

Dengan menyertai Program VEST Malaysia, para mahasiswa bukan sahaja dapat belajar ilmu bisnes dengan business coach yang berpengalaman.

Namun yang paling penting ialah semua peserta berpeluang untuk merebut tawaran hebat dari agensi dibawah KPDNKK seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Rakyat dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan keistimewaan ini;

  1. Daftar perniagaan melalui SSM secara PERCUMA dibawah Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan yang asalnya bernilai hampir RM70
  2. Membukan akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat dengan hanya RM100 tanpa pencadang dimana selalunya amaun RM2000 diperlukan.
  3. Mendaftar hak cipta/logo perniagaan melalui MyIPO.

Bagaimana Mahu Menyertai Program VEST MALAYSIA?

Pelajar boleh mendaftar melalui Keusahawanan Universiti masing-masing atau melalui laman web PNS (klik disini)

Apa kata mahasiswa mahasiswi yang telah menyertai Program VEST sehingga peringkat kedua dibawah seliaan Business Coach Puan Suraya Ali dan Puan Salwa Mohd Saleh selama hampir 4 hari 3 malam.

“Dear Coach Su, tak pernah penat melayan kami, karenah kami sepanjang dua hari. Ilmu Kak Su memang kami akan gunakan sampai bebila. Kak Sue sangat ceria dan muda 🙂 Lots of love, Nurin MMU”

“You’re very supporting and sporting. Thanks 4 everything. Fawzan USIM”

“Keep spreading your love and positive vibes!! You rock Kak Su!”

“Dear Coach Su, Hey lovely coach, our MMU senior! Didn’t get to talk to you much but we really think that you are really amazing and insightful. Hope to get some great advice from you too! You look great today!

“Cik Sue, Sentiasa sangat sopan, positive. Pooooower!!”

“Coach Sue 🙂 Confidence bila Coach Sue bercakap di hadapan. Lebih berkarisma perwatakan coach Sue bila memberi nasihat like tiger!”

 

Business Coach Malaysia

“Kehadapan Cik Sue.. Dari hari pertama berjumpa dengan Cik Sue, aura-aura positif + bersemangat Cik Sue sentiasa ingin diserap dalam diri saya. Semoga satu hari nanti, dapat mengikut jejak langkah Cik Sue dalam bidang business training. Eevon UKM”

“Coach Su – thank you sebab jaga macam anak. Semoga kekal bahagia dan makin berjaya bersama cik Suami”

Program VEST Malaysia

“Dear Coach Su, Saya pernah dengar pasal akak daripada Encik Youmeden. Saya ingat tak akan jumpa Coach Su tapi seronoknya saya pada hari pertama di UKM sebab nampak Kak Su. Kak Su selalu memberi nasihat dengan lembut dan buat saya rasa sentiasa bersemangat dan bermotivasi. Terima kasih Kak Su. Harap dapat jadi macam Kak Sue suatu hari nanti. – USIM”

“Coach Sue, stay cheerful 🙂 and may today be better than yesterday. Nisa UNITEN”

“Kak Su, bersifat keibuan, penyayang, bersungguh-sungguh mengajar, lembut, positif”

“Kepada Kak Sue, saya terinspirasi dengan sifat positif Kak Sue! Camne nak always positif ek?”

Program VEST Malaysia 2017
Business Coach bersama Peserta VEST 2017

“Kak Su baik sangat. Comel. Suka tengok gaya Kak Sue. Selalu tenang buatkan orang lain pun rilex. Terima kasih Kak Sue 🙂

“Coach Sue, Lantang tapi soft hearted. Always in best outfit everyday. Sure you’re a good mother and kind mother. Thanks for all – Qie UNITEN”

“To Coach Su, You are very positive and inspirational 😀 I always gain positivity and inspiration from you. Thank you Coach – Thony MMU”

Peserta VEST 2017 USIM
Peserta VEST dari USIM bersama Business Coach

“Kak Suuuu…Saya suka Kak Su 🙂 Kak Su selalu motivate us during up and down LOVE – KN USIM”

“Kak Sue, TQ sebab memberikan aura positif yang sangat luar biasa. Pertemuan yang sangat bernilai untuk saya”

Instagram VEST MALAYSIA

Sertai Program VEST MALAYSIA

Pelajar boleh mendaftar melalui Keusahawanan Universiti masing-masing atau melalui laman web PNS (klik disini)

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *