Blog

10 Perkara Ibu Menyusu Mesti Tahu ketika Bulan Ramadhan

10 Perkara Ibu Menyusu Mesti Tahu ketika Bulan Ramadhan

Perkara No #1
Berpuasa itu sebenarnya TIDAK akan mengurangkan jumlah susu ibu (volume of milk supply) yang seorang ibu hasilkan. Ironi nya, susu tetap berkurang walaupun bukan semasa bulan puasa.

PerkaraNo #2
Magisnya, komposisi susu ibu itu akan mengikut nutrien dan makanan yang diambil semasa ibu itu berpuasa. Dan semasa berpuasa, secara automatis badan ibu akan membuat perubahan terhadap metabolic adaptions hariannya untuk memastikan produksi susu tidak terganggu

Perkara No #3
Walau bagaimanapun, ibu tetap perlu mengikuti diet dan tips2 pemakanan
Seperti makan nasi, ayam, ikan ataupun daging, sayur dan buah pada setiap kali waktu berbuka dan bersahur.

Perkara No #4
Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, nescafe dan kopi kerana kafein akan menyingkirkan zat yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh (tambahan lagi semasa bulan puasa)

Perkara No #5
Sediakan 2 liter air kosong didalam botol air dan minum sedikit demi sedikit bermula dari waktu berbuka dan sehingga waktu sahur

Perkara No #6
Tambahkan dalam rutin Ibu untuk mengepam selama 20 minit sebelum masuk tidur dan 20 minit sebelum/selepas sahur

Perkara No #7
Jadual mengepam semasa hari siang berlangsung seperti biasa (2-3 jam sekali)

Perkara No #8
Makan makanan milk booster seperti halba kini dipermudahkan dalam bentuk minuman dan makanan The Milk Story. Amalkan pengambilan air longan, kurma merah dan lobak putih.

Perkara No #9
Sekiranya ibu menyusu mengabaikan diet di atas berkemungkinan besar mereka akan mengalami waktu yang sukar untuk mengembalikan produksi susu ibu.

Lebih mudah jika bayi berusia lebih daripada 6 bulan kerana hidangan susu bayi boleh digantikan dengan makanan

Perkara No #10
Bagaimanapun, pantau penghasilan susu harian anda semasa berpuasa
sekiranya susu yang dipam setiap hari amat kurang berbanding apa yang bayi anda minum, Ibu dibolehkan untuk membuka puasa dan berusaha untuk meningkatkan kembali produksi susu ibu.

Selamat menyusu ya Ibu.

 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *