fbpx

Bagaimana Kempen Bantu Perniagaan Anda?

Bagaimana Kempen Bantu Perniagaan

Pada permulaan membuka kedai retail atau runcit Lunatots dahulu, antara aktiviti yang Sue lakukan setiap minggu ialah berjalan ke pusat membeli belah. Bukan untuk shopping, ya! Sue pergi ke pusat membeli belah untuk melihat idea pemasaran jenama runcit besar. Apabila sudah bekerja sepenuh masa dalam bidang latihan pemasaran digital bersama Lunaworks.co, lagilah Sue suka melihat keadaan sekeliling untuk mendapatkan idea bagi membantu usahawan. Perkara utama dalam pemasaran ialah penciptaan kempen. Tapi, bagaimana kempen bantu perniagaan?

Setiap kali sebut tentang ‘kempen’, pasti anda terfikir tentang promosi sahaja. Padahal, kempen merupakan sesuatu “perkara” yang kita atau perniagaan kita kisah tentangnya.

Disclaimer: Artikel ini hanyalah bertujuan untuk perkongsian. Tidak ada tajaan daripada mana-mana pihak atau niat lain!

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di bawah, Big Pharmacy mengadakan Kempen Happy Earth Month – Happy Giveback.

Bagaimana Kempen Bantu Perniagaan

Kempen yang ingin diadakan bukan sekadar memilih nama, tetapi juga diikuti dengan aktiviti. Jadi, bagaimana kempen bantu perniagaan? Jom lihat contoh dalam gambar kedua, iaitu “hantar inhaler ke mana-mana cawangan farmasi mereka”.

Bagaimana Kempen Bantu Perniagaan

Jika anda ingin mengadakan kempen, perlu mulakan dengan sesebuah isu. Dalam kempen tersebut, dapat dilihat isunya ialah 29% inhaler yang sudah dipakai dan expired masih mengandungi bahan ubatan. Tahukah anda? Plastik inhaler mengambil masa sehingga 200 tahun untuk lupus! Apabila dilupuskan dengan cara yang tidak betul di tempat pelupusan sampah, plastik inhaler ini boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar. Jangan bermain-main dengan plastik yang hanya sebesar ibu jari ini!

Dalam setiap kempen, sudah pasti ada penyelesaian atau peranan yang perlu dilakukan. Dalam kempen yang dinyatakan ini, penyelesaian yang dicadangkan ialah, untuk mengumpulkan 100,000 inhaler terpakai dan lupuskan dengan cara yang betul menggunakan bajet mereka.

Selain itu, setiap kempen perlu mempunyai jangka masa! Bagi kempen ini, jangka masanya ialah sehingga 2030. Namun, di sini tidak dinyatakan pula pada bulan bila. Mungkin kempen ini diadakan pada bulan ini atau beberapa bulan sehingga tamat inisiatif pengumpulan used inhaler.

Kesimpulannya, bagaimana kempen dapat bantu perniagaan? Dalam dunia perniagaan, anda boleh cuba aplikasikan cara ini dengan membangkitkan perkara yang anda kisah tentangnya! Cari satu isu dan bincang bersama team anda tentang inisiatif yang boleh dilakukan. Kemudian, war-warkan dalam media sosial, laman web, emel atau pamplet bercetak.

Sue berharap, idea bagaimana kempen bantu perniagaan dan perkongsian yang dikongsikan ini dapat membantu perniagaan anda dan team anda untuk adakan kempen! Semoga bermanfaat!

•••

Tuan/Puan dijemput juga kalau nak like dan follow facebook Puan Suraya Ali untuk lebih banyak input tentang keusahawanan.

Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh layari laman web portal SurayaAli.

Leave a Reply

%d bloggers like this: