Blog

5 LANGKAH BANGUNKAN PRODUK YANG BERJAYA

5 LANGKAH BANGUNKAN PRODUK YANG BERJAYA

Ramai mahukan produk sendiri. Atas pelbagai sebab tersendiri.
Jenama Lunatots dan The Milk Story dibangunkan kerana minat dan suka. Saya pasti kawan-kawan pun begitu semasa bangunkan produk kan.

 

Semalaman sanggup cakap tentangnya.
Lama kelamaan ianya menjadi tanggungjawab.
Bantu ibu menyusu untuk menyusukan.
Sambil itu semangat kebangsaan saya mahukan satu negara semuanya berjaya.


5 langkah ini adalah fasa yang penting dalam pembangunan produk.
Teruskan membacanya ya.

Langkah #1 Idea

Idea ini didatangkan tidak terkata hikmahnya pada kita semua. Ia rahsia dalam rahsia.
Kadang kita ada idea tapi bila tak execute 2 hari lepastu dah ada orang buat.
Kita kata itu idea kita tapi orang ambil haha ok kata dalam hati sahaja.

Bila kita ada idea selalunya Cik Sue akan berkongsi dengan Google, Instagram dan Facebook. Maksud saya survey dan lihat disekeliling siapa yang telah buat dan bagaimana dia buat.

Belum buat research apa apa. Baru idea.
Cerita dengan orang sekeliling kita terutama individu yang paling hampir antaranya rakan niaga.

Langkah #2 Kumpul Data

Siapa yang sedang buat idea yang sedang kita fikir dan apa yang mereka tidak buat.
Sudut mana yang akan buat kita berbeza dalam pasaran.
Produk kita ini untuk dijual kan. Jadi perlu tahu pasaran.

Saya tak bercerita tentang produk untuk menang anugerah atau kajian dengan grant.
Ini projek produk usahawan kecilan.

Ada orang suka buat analisa.
Jenis yang lain pula suka kumpul banyak informasi sebelum memulakan.
Tidak kurang orang yang jenisnya mesti  menghubungkait mengikut kesesuaian persekitaran.
Cara saya bekerja, belajar melalui tindakan. Kumpul data untuk rancang tindakan seterusnya.

Asalkan ada data. Untuk kita bercerita.

bangunkan produk

Langkah #3 Fikirkan Tema

Tema itu termasuk warnanya, ceritanya, pasukannya.

Susu kambing berpuluh puluh (atau hampir ratus) di Malaysia.
Sampai pengguna tak dapat bezakan.

Yang itu menyihatkan, yang ini juga menyihatkan.

Apa yang membuatkan kita berbeza dalam pasaran?

Kita bukan punya bajet besar terus ambil duta. Tapi idea, data dan cipta cerita adalah (hampir) percuma.

Nah apa cerita kita?
Lunatots dan The Milk Story adalah cerita harapan ibu dan bapa.
Ibu yang sangat mahu menyusu dan sanggup buat apa sahaja untuk itu.

Kami percaya akan ilmu akan membawa perubahan dalam kehidupan sekecil entiti keluarga.
Biarpun ia hanya setitis susu. Segalanya bermula dari itu.

Fikirkan bagaimana packaging produk kita. Pertimbangkan kos yang paling minima.

Dalam pada semua nak cantik, kos packaging kalau dapat buat sendiri, buat sendiri dahulu.
Biasanya saya akan gunakan kurang dari 10% kos untuk packaging untuk permulaan.

Langkah #4 Mula Memberitahu

Beritahu untuk menjual. Bagaimana kita mahu beritahu.
Dimana.

Mula memberitahu cerita kita.
Luahkan dengan rasa.
Kalau kawan kawan tak pandai tulis pun tak apa. Mulakan dengan bercakap.

Kadang kadang bila kita mula bercakap tentang produk kita, ornag lain boleh nampak cahaya dimata dan suara kita.
Masa kita berbual ianya akan kelihatan kita hanya mahu bercerita.

Biarpun orang tersebut mungkin belum mahu membeli tapi dengan cahaya itu dia akan sentiasa ingat semangat kita didalamnya.

Dia juga mendoakan kejayaan kita.
Channel murah dan mudah untuk memberitahu ialah Media Sosial (Fb,IG Blog, Emel)
Channel lain ialah kenduri haha mahupun any event yang kita hadiri. Reunion.

Langkah #5 Sentiasa Tahu Apa Berlaku

Kejayaan itu perjalanan. Bukan sekadar matlamat tempat sampai.

Sepanjang perjalanan ini kita akan belajar untuk melihat bagaimana boleh kita position atau perbaiki produk kita ini.

Tanya kawan kawan.
Dengar semua.
Namun usah buat semua. Haha.
Buat inisiatif yang kosnya rendah dari segi masa dan wang serta membawa pulangan banyak.

Kita akan jadi peminat setia produk kita. Co Founder ataupun orang kuat kita adalah cerminan diri kita. Percaya atau tak percaya. Suka atau biasa biasa.

Selamat bereksperimen dalam bangunkan produk anda ya!

Semuanya ada dalam cerita kita.

Puan Suraya Ali

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *